Panggilan Disebalik Tingkap
“Ya Allahu Ya Rabbi…Ya Allahu Ya Rabbi…” Lagu Ya Allah nyanyian Wali Band yang aku jadikan ringtone handphone aku kedengaran ketika aku sedang memandu kereta ke tempat kerja. Tangan aku mencapai handphone yang aku letakkan di seat sebelah dan pantas menjawab panggilan.
Aku: Assalamualaikum… Hello..
Hanafi: Waalaikumussalam… Rul ke ni?
Aku: Ye saya… siapa ni?
Hanafi: Ni aku Napi…
Aku: Napi?? Napi mana ye?
Hanafi: Hanafi… Yang naik Lagenda biru masa kat Universiti dulu…
Aku: Ooo… Hanafi… Lama tak dengar khabar… Sihat ke?
Hanafi: Sihat Alhamdulillah… Ni Rul, aku dengar kau boleh merawat gangguan. Aku nak minta tolong sikit boleh?
Aku: Sikit sikit boleh la. Kenapa tu? Siapa yang sakit?
Hanafi: Adik aku. Kau boleh datang JB tak?
Aku: JB?? Bila?
Hanafi: Esok ke lusa ke.
Aku: Aku macam tak dapat ke sana dalam masa terdekat ni. Tak apa. Aku inform Ust.Kamal mintak dia bantu kau. Dia memang kat Johor sekarang ni. Nanti apa apa hal aku bagi tau kau ok.
Hanafi: Haa… ok ok.
Aku: Assalamualaikum.
Hanafi: Waalaikumussalam
Aku menamatkan panggilan dan terus menghubungi Ust.Kamal. Setelah aku jelaskan dengan terperinci segala permasalahan yang dihadapi, Ust.Kamal bersetuju untuk membantu Hanafi dan akan kerumah dia keesokan hari. Aku menghubungi Hanafi semula dan memaklumkan pada dia yang Ust.Kamal akan kerumahnya esok dan dia bersetuju. Aku forwardkan nombor telefon Ust.Kamal pada Hanafi supaya senang untuk mereka berhubung.
Kisah dibawah adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Ust.Kamal setelah selesai sesi merawat adik kepada Hanafi. Aku dalam kisah dibawah ini adalah Ust.Kamal.
----------------
Hanafi dan adiknya Hani baru sahaja kehilangan ibu kandung mereka yang meninggal sebulan yang lalu. Mengikut apa yang diceritakan oleh Hanafi pada aku, Hani saban hari menangis meratapi kematian ibunya.
“Ibu…..Ibu….Kenapa tinggalkan Hani….balik la ibu…” Setiap hari tangisan Hani dapat didengar oleh Hanafi. Kadang-kadang Hanafi tegur dan marah pada Hani supaya menerima hakikat yang ibu mereka dah pergi buat selamanya. Tapi teguran dan nasihat seperti mencurahkan air ke daun keladi. Hani tetap macam tu. Berkurung dalam bilik sendirian dan menangis memanggil ibunya. Tetapi semuanya berubah sebulan selepas kematian ibunya. Hani kembali normal seperti biasa. Namun ada sesuatu yang membuatkan Hanafi pelik dengan kelakuan adiknya itu.
Setiap kali kalau makan dia akan makan dalam bilik. Dan setiap malam Hanafi dapat dengar seolah olah Hani bercakap dengan seseorang dalam bilik dia. Itu yang membuatkan dia cuba dapatkan bantuan.
Pada hari yang dijanjikan, aku pun sampai dirumah Hanafi setelah dia kongsikan lokasi rumah dia pada aku. Aku hanya menyarung jeans dan t-shirt biasa saja ketika itu.
Aku: Assalaamualaikum…
Hanafi: Waalaikumussalam… Ust.Kamal?
Aku: Ye saya.
Hanafi: Jemput masuk ustaz.
Aku: Baiklah.
Disaat aku melangkah masuk kedalam rumah Hanafi aku sudah merasakan sesuatu yang tak baik sudah masuk dalam rumah.
Aku: Ayah kamu mana?
Hanafi: Ayah dah lama tak ada ustaz.
Aku: Owh… maafkan saya.
Hanafi: Tak apa.
Hani yang dengar ada orang datang keluar dari bilik dengan senyuman dan kedapur untuk menyediakan minuman.
Hani: Abg, Hani buat air dulu ye.
Hanafi: Yelah.
Hani: Orang buat lebih ye. Ibu kat dalam pun nak jugak.
Hanafi yang dengar Hani merepek itu mula rasa nak marah.
Hanafi: Ha…
Aku menghalang sebelum sempat dia marah adiknya tu.
Aku: Tak apa, biarkan je. Nanti saya uruskan.
Sedang Hani kat dapur menyediakan air, aku meminta izin dengan Hanafi untuk solat hajat.
Aku: Saya minta izin solat hajat kejap ye.
Hanafi: Boleh ustaz. Kat sini boleh?
Aku: Eh tak… kat dalam bilik adik kamu tu boleh? Kamu ikut skali kalau tidak yakin.
Hanafi: Boleh.
Hani: TAK BOLEH!!!!
Aku: Kenapa? Ada sesuatu yg kamu sorokkan?
Hanafi: Tak apa la Hani. Abang temankan dia. Hani tunggu kat luar.
Aku dan Hanafi masuk dalam bilik Hani untuk menunaikan solat hajat. Selesai solat hajat aku mengarahkan Hanafi untuk panggilkan Hani ke biliknya. Hani datang ke biliknya ditemani Hanafi. Wajah Hani kelihatan marah dan matanya kemerahan.
Hani: BUAT APA KAU DATANG….!!!
Suara Hani berubah menjadi kasar dan kadang-kadang seakan bunyi suara nenek yang sudah tua.
Aku: Aku datang untuk pisahkan kau dari badan manusia ni.
Hani: JANGAN HARAP KAU DAPAT PISAHKAN AKU DARI DIA….Hehehehe…..
Hani melompat dan duduk mencangkung depan aku dengan kepala yang digerakkan ke kiri ke kanan.
Aku: Aku tau siapa kau sebenarnya. Budak ini bukan milik kau. Keluarlah kau sekarang sebelum aku keluarkan kau dengan cara kasar.
Hani: BUAT APA AKU KELUAR??? DIA YANG PANGGIL AKU KESINI!!!!...hehehehe…hahahaha
Aku: Sememangnya bangsa kau ni bangsa yang degil. Aku nak tengok setakat mana kau mampu bertahan. En. Hanafi, tolong bukakan tingkap bilik ni.
Hanafi: Baiklah ustaz.
“A’UZUBILLAHIMINASYAITONIRROJIM…BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…”
“WAMAN YATTAQILLAHA YAJ’AL LAHU MAKHROJA, WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIB, WA MAN YATAWAKKAL ‘ALALLAHI FAHUWA HASBUHU, INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI, QAD JA’ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.”
Ayat seribu dinar aku bacakan dan Hani menjerit dan menggelupur seperti kepanasan. Aku arahkan supaya Hanafi memegang Hani. Aku ke bahagian kepala Hani dan memegang ubun-ubun kepala Hani.
Aku: Izinkan saya ye En.Hanafi.
Hanafi: Saya izinkan.
Aku: Lillahi maafis-samaawaati wa maa fil-ardh. Wa in tubduu maa fi anfusikum au tukhfuuhu yuhaa sibkum bihi-llah. Fayaghfiru lima yasyaa-u wa yu’adz-dzibu ma-yasyaa. Wallaahu ‘alaa kulli syai-in qodiir.
Aku: Aamanar-rosuulu bimaa-unzila ilaihi mir robbihi wal-mu’minuun. Kullun aamana billahi wa mallaaikatihi wa kutubihi wa rusulih. Laa nufarriqu baina ahadim mir-rusulih. Wa qooluu sami’naa wa atho’naa ghufroo naka robbanaa wa ilaikal-mashiir.
Aku: Laa yukallifu-llaahu nafsan illa wus’ahaa. Lahaa maa kasabat wa ‘alaiha maaktasabat. Robbanaa laa tu-aakhidznaa in-nasiinaa au akhtho’naa. Robbanaa wa laa tahmil ‘alainaa ishron kamaa hamaltahu, ‘alal-ladziina min qoblinaa. Robbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa thoo-qotalanaa bih. Wa’fu’anna waghfirlanaa warhamnaa. Anta maulaanaa fanshurnaa ‘alal-qoumil-kaafiriin.
Setelah selesai bacaan aku menarik jin yang menghuni dalam badan Hani dengan laungan Allahuakbar. Hani menjerit dan jeritan itu makin perlahan saat laungan Allahuakbar dilaungkan. Serentak dengan itu satu angin kuat menerpa dan seolah keluar dari bilik Hani melalui tingkap yang dibuka Hanafi tadi. Hani pengsan. Aku mengarahkan Hanafi bawak Hani keluar untuk aku pagarkan bilik tu.
Di ruang tamu rumah.
Aku memberikan segelas air ruqyah kepada Hanafi yang aku dah bawa dari awal tadi.
Aku: Ambil sedikit air tu letak di tapak tangan. Ambil berkat selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kemudian sapukan pada muka adik kamu tu.
Hanafi: Baiklah ustaz.
Hani perlahan-lahan sedar setelah air ruqyah disapukan ke mukanya.
Aku: Beri dia minum air tu.
Hanafi memberi adiknya Hani minum air ruqyah untuk pulihkan kembali semangat Hani.
Setelah sesi rawatan selesai, sesi tazkirah bermula. Aku bertanya pada Hani macam mana semua ni boleh jadi walaupun aku tahu apa puncanya. Hani menceritakan yang dia sememangnya sangat rapat dengan ibunya. Apa-apa masalah atau cerita mesti ibunya yang pertama tahu. Mungkin sebab itu dia tidak dapat terima hakikat yang ibunya dah meninggal dunia.
Sehinggakan pada suatu malam tu, sedang Hani menangis memanggil ibunya. Tiba-tiba panggilannya bersahut.
“Hani………..Hani……….ibu datang ni Hani……..Buka la pintu…..bagi ibu masuk……”
Satu suara yang sangat Hani kenal memanggil Hani dengan mendayu-dayu dari sebalik tingkap rumahnya. Hani menjenguk dan terlihat susuk tubuh yang dia sangat kenal. Ibunya. Hakikat sebenarnya itu bukanlah ibunya, tetapi jin yang mengambil kesempatan diatas tubuh badan Hani yang lemah. Hani bergegas ke pintu dan membuka pintu.
“Ibu…..masuklah ibu…. Jangan tinggalkan Hani lagi…”
Hani menangis dan membawa ‘Ibu’nya itu masuk kedalam bilik dan bermula dari itulah hidupnya berubah menjadi bahagia kembali kerana dia merasakan yang ibunya sentiasa ada bersama dia di dalam biliknya.
Aku pun menasihati Hanafi dan Hani serta kakak ipar Hani iaitu isteri Hanafi yang turut ada pada masa tu.
Aku: Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur. Kerana sesunguhnya syaitan akan lari dari suatu rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya. (HR. Muslim)
Aku: Jadi hiasilah rumah ni dengan solat dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Jangan biarkan rumah ni kosong. Kurangkan hiburan kerana Malaikat yang membawa rahmat Allah tak akan masuk dan hiburan yang berlebihan tu kesukaan syaitan.
Hanafi: Maafkan kami ustaz. Sememangnya sejak ibu kami tak ada, tiada lagi yang membaca Al-Quran dalam rumah ni.
Aku: Tak apalah… Yang dah lepas tu lepaslah… Bertaubat dan mohon pada Allah SWT. Allah sentiasa menerima hambaNya yang ikhlas kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Hanafi: Saya faham ustaz.
----------
Aku: Uishhh… sampai macam tu sekali Hani tu meratapi kematian ibu dia ye.
Ust.Kamal: Bukan Hani je. Ramai lagi yang jadi macam tu. Cuma kita tak tau je.
Aku: Itulah… betul dah tu apa yang ustaz cakap tu. Ehehehe…
Ust.Kamal: Kau tak payah nak ber’ustaz’ sangatlah dengan aku.
Aku: Yelah yelah… aku bergurau je. Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada kau sebab sudi tolong kawan aku tu.
Ust.Kamal: Tak ada apalah… benda kecik je.
Aku: Nanti kau dengan wife kau datang la sini aku payung kau makan besar.
Ust.Kamal: Insyaa Allah… nanti aku contact kau jika aku gi sana. Oklah aku ada kerja ni. Nanti jumpa kita sembang lagi. Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.
Panggilan ditamatkan.
Tiada manusia yang tidak sedih akan kehilangan. Tapi biarlah berpada. Redhalah akan ketentuan Allah SWT. Kita sebagai manusia kena sentiasa percaya pada Qada’ dan Qadar dan kena sentiasa ingat setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian. Tiada siapapun yang akan hidup selamanya di dunia ini. Dunia ini adalah persinggahan sementara buat kita. Tempat yang sebenarnya kita tuju adalah Akhirat yang kekal selamanya. Jangan jadikan persinggahan sementara ini sesuatu yang sia-sia. Isilah dengan amal soleh dengan sebanyak-banyaknya untuk kita jadikan bekalan dalam menuju akhirat yang abadi.
-Tamat-
-adaptasi dari kisah benar-
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog atau page anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment