Wednesday, 25 October 2017

NENEK ROKIAH - FateStayNite


NENEK ROKIAH
KARYA: FateStay Nite

=========================
(Penyata:
Cerita Nenek Rokiah memiliki mantera yang tidak diketahui kesahihannya.)

-Disebuah rumah di Kampung Pangku-
Suasana malam itu nyaman,hening dan damai. Fikri sedang duduk menghadap jendela, sambil tangannya memegang sebuah buku nota. Dia mencoret puisi.
"Sepi....
Sunyi malam ini.... membawa aku kepada memori...
Saat melihat dikau kali terakhir...
............"

Penulisannya terhenti tiba-tiba. Matanya tertumpu seseorang diluar rumahnya.
“Eh. Siapa pulalah malam-malam ni melepak dibawah pokok tu?”
Fikri melihat sesusuk tubuh sedang duduk dibawah pokok besar di jalan utama kampungnya.Susuk tubuh itu nampak samar dan kabur. Puas diamati Fikri, namun dia masih tidak mampu mengecam susuk tubuh itu.
“Ah. Biar jela. Baik aku siapkan puisi aku.”
Baru sahaja dia ingin menyambung tulisannya...

Zappppppp!
Sesuatu melintas laju di hadapan tingkapnya.
"Allah!"

Fikri sedikit terperanjat, dia menjengah keluar tingkap.

Tiada sesiapa.
“Fuh. Perasaan je kot?” Fikri menutup tingkap biliknya,bimbang jika ada sesuatu atau cubaan menceroboh rumahnya.
-Di bawah pokok besar-
Razi, Shakir dan Badrul sedang duduk melepak. Salah seorang dari tiga remaja inilah yang dilihat oleh Fikri sebentar tadi. Lagi dua terlindung disebalik pokok. Mereka duduk diatas motor yang ditongkatkan.
“Cindailah mana.. tidak berkias
Jalinnya lalu..rentah beribu
Bagailah mana..hendak berhias
Cerminku retakkk aaa...aaa... seribu”

Razi menyanyi-nyanyi lagu Cindai yang dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza. Badrul yang tidak senang dengan pilihan lagu Razi - mengerling Shakir sambil menjuih bibir.
Pap!
Shakir menampar bahu Razi sekuat hati. Geram betul dia! Makin seronok pula melayan perasaan.
"Kau dah kenapa pukul aku!" Razi bertanya terkebil-kebil.
"Yang kau nyanyi lagu tu malam-malam dah kenapa? Sekarang dah pukul 11 lebih weh!” balas Shakir.
"Alah. Apa masalahnya? Lagu je pun. Bukan aku nyanyi lagu Ulek Mayang!" Razi seakan tidak berpuas hati.
"Lantak ko lah. Orang cakap tak nak dengar!" Badrul menyampuk.
Tidak berpuas hati, tiba-tiba Razi menyanyikan lagu Ulek Mayang.
“Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua......”

Shakir merenung Razi tajam. Badrul pula seakan sudah malas berkata-kata. Razi tersengih-sengih, geli hati dapat menyakat rakan-rakannya.
Tiba-tiba.
“Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning .....”

Terdengar sayup suara perempuan tua menyambung nyanyian Razi. Pada awalnya mereka tergamam. Kemudian, Shakir yang sedia duduk diatas motor lantas menghidupkan motornya.
Badrul dan Razi melompat naik. Motor dipecut laju,segala lubang dan bonggol habis dilanggar.
Mereka terus menuju ke warung Wak Hassan yang terletak tidak jauh dari situ,
"Kau nyanyi la lagi! Kenapa ikut lari?" Bebel Badrul jengkel. Razi hanya duduk diam sambil meneguk air kopi O suam. Pucat lesi mukanya. Mengigil-gigil tangannya sewaktu mengangkat cawan ke mulut. Padan muka!
"Sorry la." balas Razi perlahan, mengaku kesalahannya.
"Hah. Korang ni kenapa? Aku dah nak tutup kedai baru nak datang. Muka masing-masing pucat ni kenapa?" Tegur Wak Hassan, turut duduk semeja. Warungnya sudah lengang.
"Tak ada apa wak. Si Razi ni. Dia boleh nyanyi lagu Ulek Mayang! Sekali ada suara perempuan tua nyanyi sama…"balas Shakir sambil menjeling kearah Razi.
"Kau pun satu Razi… Pergi nyanyi lagu macam tu, Kenapa…? Suara tu macam mana?" Wak Hasan seakan berminat ingin tahu.
"Suara perempuan tua, Wak....." Sampuk Badrul.
"Dah,dah. Jangan gaduh-gaduh. Korang cepat minum. Pukul 12 Wak nak tutup kedai.” Wak Hasan cuba menenangkan keadaan sambil bangun untuk mengemas dapurnya.
Razi,Shakir dan Badrul terus meneguk laju air mereka yang sudah sejuk, dan terus pulang kerumah bersama Wak Hassan.
Kisah mereka diganggu semalam tidak heboh dikampung, mungkin kerana gangguan itu di atas kesilapan sendiri.
-Di rumah Fikri-
Perut Fikri berbunyi lapar.
“Alah. Time-time macam ni lah dia mintak makanan!” 
Lantas, Fikri kedapurnya untuk melihat jika ada lagi baki makanan.

Tiada.
“Hah. Dah habis dah. Aduh... Nampaknya kene ke warung Wak Hassan la ni.”
Fikri melihat jam. Sudah pukul 10.55 malam. Ayah dan Ibunya sudah lena dibuai mimpi. Perlahan-lahan dia membuka pintu supaya tidak menganggu ibu dan ayahnya yang sedang tidur.
Baru sahaja Fikri melangkah naik ke atas motor, langkahnya terhenti.
“Baik aku naik basikal je. Warung bukan jauh sangat pun.”
Dia mencapai basikal jaguar ayahnya. Perlahan-lahan Fikri mengayuh.
Sampai di pokok besar jalan utama kampung itu, tiba-tiba ada kelibat putih melintas. Suasana gelap, hanya lampu dynamo basikal sesekali bercahaya malap. Fikri memicingkan mata.
Dia tidak dapat memastikan apakah yang melintas. Selepas melepasi pokok itu, terbaring sekujur tubuh berbungkus putih,kainnya kotor dipenuhi tanah lumpur.
"Poconggg!!!"
Fikri menjerit sambil terus mengayuh basikalnya pantas. Waktu itu basikalnya terasa bagaikan berat dan perlahan. Sehabis kudratnya dipaksa untuk mengayuh laju.
"Allah...Allah...Allah!!!" hanya itu yang mampu di ucapkan. Sampai di warung Wak Hassan Fikri terus melompat turun. Basikalnya terhuyung-hayang lalu terjatuh, mengejutkan semua pelanggan yang di Warung Wak Hassan.
Ketakutan menguasai dirinya. Terketar-ketar dan tercungap-cungap, Fikri menunjukkan kearah jalan besar. Ketua kampung, Razi, Shakir, Badrul dan semua yang ada disitu semua tercengang, pelik melihat gelagat Fikri.
"Kamu ni kenapa Fikri? Macam kena kejar anjing?" Tanya ketua kampung, hairan.
"Saya...saya..." ujar Fikri gagap.
"Saya saya apa?" celah Ketua Kampung.
"Saya..."
"Saya apa sebenarnya? Kau dah kenapa?" Shakir pula menyampuk.
Fikri menelan air liur. Dia menarik nafas.
"Kena kacau pocong!" balas Fikri sekuat hati.
"Kah kah kah! Apa yang kau mengarut ni. Banyak sangat tengok movie la ni!" Razi mentertawakan Fikri.
"Eleh. Semalam siapa yang ikut lari?" Sindir Badrul sambil menghirup airnya.
"Betul... Saya nampak pocong dekat pokok besar tepi jalan tu, berbungkus kain kafan. Kotor dengan lumpur!" Fikri cuba meyakinkan semua orang dalam gementarnya.
"Sudah. Sudah Fikri. Mari duduk dahulu... Ceritakan dengan tenang..."Ujar Ketua Kampung. Dia menarik sebuah kerusi, mempersila Fikri duduk. Fikri yang masih menggeletar menurut. Duduk sekali dengan mereka.
Wak Hassan menghidangkan pinggan berisi mee maggi goreng yang berasap nipis ke meja ketua kampung.
"Eh… Kenapa macam riuh je ni?" Wak Hassan bertanya sambil melihat keliling warungnya.
“Tak ada apalah Wak, ni si Fikri... Katanya kene kacau pocong." balas Ketua Kampung.
"Hah? Pocong? Macam mana ceritanya? Semalam si budak tiga orang ni kena!” kata Wak Hassan, turut menarik kerusi.
"Ehh...Biar betul? Cuba ceritakan." kata Ketua Kampung sambil memusingkan badannya menghadap mereka berempat.
Fikri pun memulakan ceritanya,siap menggayakan waktu dia melarikan diri. Sesekali Ketua Kampung dan AJK kampung yang ada - tergelak kecil melihat gelagat Fikri. Selepas Fikri habis menceritakan kisahnya, Shakir pula menceritakan apa yang mereka lalui semalam. Tempat hampir sama. Cuma keadaan berbeza. Mereka hanya mendengar suara, tidak kena seperti Fikri.
"Ishh... Kau semua ni pengaruh tv kuat. Sudah,sudah...tak perlu mengarut lagi. Baik minum kopi O tu. Nanti sejuk dah tak sedap…!" kata Ketua Kampung.
Fikri pun sudah mula tenang, perutnya pun kembali berbunyi. Baru dia teringat yang dia hendak ke Warung Wak Hassan kerana lapar.
“Wak, nasi goreng pattaya satu!”
-Keesokan paginya-
Cerita Fikri diganggu pocong, pantas tular kesemua pelusuk kampung. Ada yang percaya, dan ada yang tidak. Maklumlah, dizaman serba canggih dan moden ini, mana ada hantu… yang ada pun rumah hantu!
Mak Senah dan Mak Timah sedang sibuk bercerita tentang hantu pocong yang menganggu Fikri. Tiba-tiba perbualan mereka disampuk oleh Mak Su.
"Alah Senah, Timah! Kau tak payah percayalah dengan cerita si Fikri tu. Entah-entah yang dia nampak tu guni tepung orang tercicir!" sampuk Mak Su.
"Bukan nak percaya bulat-bulat. Tetapi berjaga-jaga,bimbang kalau kita pula yang kena." balas Mak Timah.
Pada hemat Mak Timah dan Mak Senah, ada betul juga kata si Mak Su tu. Mana tahu guni yang dilihat, sangkanya hantu pocong. Sedang mereka sibuk bergosip, kelihatan Nenek Rokiah atau nama pangilannya Nek Kiah, sedang mengayuh basikal tua yang usang. Dihadapan basikalnya ada bakul yang dipenuhi barang-barang dapur seperti sayur dan ikan.
"Assalamualaikum Nek Kiah, kemana tu?" Mak Su menegur.
"Salam...Baru balik pasar." jawab Nek Kiah sambil memberhentikan basikalnya.
"Nek Kiah...ada dengar cerita tak? si Fikri tu jumpa pocong!" tiba-tiba Mak Senah menyampuk.
"Yeke? bila dia nampak?" tanya Nek Kiah dengan tenang.
"Semalam Nek Kiah..."balas Mak Timah pula.
"Yang keluar malam siapa suruh. Malam kan waktu ‘mereka’...” Nek Kiah tersenyum menampakkan gigi palsu emasnya.
Selepas berborak serba sedikit,Nek Kiah pun meminta diri untuk pulang kerumah,banyak kerja yang hendak dilakukan. Ada seorang yang bakal bersalin dalam masa terdekat ni. Jadi dia kena sentiasa ada dirumah,takut-takut jika orang datang mencarinya.
“Allahu akhbar… Allahuakbar…”
Suara azan Maghrib berkumandang. Hampir semua pintu rumah dikampung itu sudah tertutup rapi, termasuklah rumah Mak Timah, Mak Senah dan Mak Su.
Nek Kiah pula sedang sibuk duduk mengubat pesakitnya yang datang dari luar, Nek Kiah bukan hanya sebagai bidan, malah dia juga digelar bomoh. Dia boleh mengubat penyakit-penyakit mistik dan misteri.Selepas selesai merawat pesakitnya, dan pesakit sudah pulang. Nek Kiah terus menutup pintu rumahnya.
"Haish...serabutlah! Kau ni tak reti nak sabar ke!" tiba tiba terdengar suara pekikan Nek Kiah memarahi sesorang, sedangkan dia tinggal keseorangan.
Kemudian, rumah Nek Kiah sunyi.
Begitulah rutin yang didengari oleh jiran terdekat Nek Kiah. Mereka tidak pernah ingin bertanya, siapa yang dimarahinya. bimbang Nek Kiah pula marah pada mereka.

-Dirumah Mak Su-
"Abang... Mari makan...Ajak anak-anak sekali." Ujar Mak Su.
Tanpa dipangil oleh suaminya, anak-anaknya sudah turut ikut kedapur. Selesai makan malam, si suami terus duduk menghadap televisyen, manakala anak-anak pula masuk kebilik menyiapkan kerja sekolah.

Begitulah rutin harian mereka. Mak Su pula sibuk membasuh dan mengemas dapur. Sedang mak Su sibuk membasuh pinggan mangkuk, tiba-tiba ditingkap singkinya kelihatan samar-samar lembaga putih.
Mak Su terperanjat kerana benda itu muncul betul-betul dihadapan cermin tingkapnya. Mak Su nampak bayang seolah benda itu – berbungkus.
Wanita yang sudah mencecah umur 40-an itu bukan jenis cepat percaya. Dia agak skeptik, lagi pun waktu itu baru pukul 8 malam.
“Kau nak takutkan aku ya? Jaga kau. Aku simbah dengan air.” Getus hati Mak Su.
Dia mencapai jag air yang sudah dibasuhnya tadi, lantas diisi penuh. Mulutnya mengomel-ngomel perlahan sambil mengintai bayang yang masih berdiri tegak ditingkap.
“Budak-budak sekarang ni dah tak reti bahasa. Jaga!” ngomel dia lagi.
Perlahan-lahan tangan dia membuka engsel tingkap.
Degang! Jag air terlepas dari pegangannya. Jatuh ke dalam singki.
Air membuak tumpah ke dalam lubang singki.
Mata Mak Su terbeliak.
Jantungnya seakan direntap.

Berdiri tegak di hadapannya – adalah lembaga berbungkus rapi,dengan wajah hitam menggerutu dan berkuping. Mata putihnya terbeliak, merenung Mak Su tajam.
Perlahan, makhluk itu menyeringai. Ia ketawa mendehit, seakan menyindir kebodohan Mak Su.
“Po..Poc..” Mak Su tergagap, lalu rebah.
Apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh di dapur,suami Mak su terus berlari mendapatkan isterinya di dapur. Terkejut dia apabila isterinya terbaring di sisi singki.
“Eh. Sayang. Sayang! Kenapa ni?” Suami Mak Su cuba mengejutkan Mak Su.
Tiada respon.
Pada waktu itu, hanya Nek Kiah lah difikirannya, pantas dipanggil Nek Kiah datang ke rumah.
"Dunia Gelap! Dunia... Maya! Aku Seru Segala Semangat! Pergi Jangan Diganggu Lagi!" Nek Kiah membacakan mantera. Asap kemenyan memenuhi ruang tamu rumah, tempat Mak Su dibaringkan.
Selepas dibaca beberapa kali, perlahan-lahan Mak Su membuka mata. Dia menerpa ke arah suaminya dalam keadaan menggigil. Mukanya pucat lesi.
"Kenapa ni? Apa jadi sampai awak pengsan?" tanya suaminya.
"Pocong bang! Pocong!" balas mak Su sambil memeluk erat suaminya, ketakutan.

Nek Kiah hanya melihat gelagat Mak su yang sudah hilang semangat. Dia tersenyum sinis.
“Tadi siang kemain hebat berbicara… Bila nampak terus terketar tak terkata...” bisik hati Nek Kiah.
"Nek minta izin pulang dulu ya…" Ujar Nek Kiah.
"Iya Nek Kiah… Nak saya hantarkan ke...? " tanya suami Mak Su.
"Tak mengapalah... Kamu temankan isteri kamu tu jelah." balas Nek Kiah sambil keluar dan tersenyum.
Selepas kejadian yang menimpa Mak Su, maka kecohlah kampung mereka dengan kehadiran pocong. Bukan Mak Su saja yang kena, ramai lagi sudah terserempak. Mak Su pula demam hampir tiga hari.
Semenjak baik dari demam Mak Su selalu dibawa berubat dengan Nek Kiah. Katanya dia terkena badi, mungkin kerana Mak Su berdepan betul-betul dengan pocong itu tempoh hari.
Nek Kiah mula menjadi tempat rujukan orang kampung, pelbagai petua diminta. Ada juga yang meminta tangkal untuk mengelakkan dari diganggu.Waktu malam tidak semeriah biasa, ketakutan yang menyelubungi jiwa orang kampung menyebabkan mereka takut untuk keluar diwaktu malam.
Ketua Kampung cuba menyelesaikan masalah itu. Baginya masalah makhluk ghaib ini tidak wujud, dan dia antara yang tidak mempercayai apa yang terjadi pada kampungnya.
"Assalamualaikum...Wak Daeng..."Razi memberi salam.
"Waalaikumusalam… Ye… Haaa ada apa ni..? pepagi dah datang?" tanya Ketua Kampung. Hairan melihat anak muda itu datang kerumahnya di pagi hari.
"Wak Daeng, saya nak tanya sikit la.."
"Masuk la dulu… jemput masuk.” Pelawa Ketua Kampung. Razi menurut.
“Ha. Kamu nak tanya apa?" soal Ketua Kampung apabila mereka sudah duduk di kerusi rotan.
"Boleh tak kalau kita buat bacaan yassin setiap hari di masjid..?"
"Boleh tu boleh... Tapi korang kenalah datang juga... ni cuma ada dua tiga orang je datang." ujar ketua kampung separuh memerli.
"Hehe… maaf Wak...nanti saya ajak kawan-kawan saya sekali."
Cadangan Razi nampaknya dipersetujui oleh para AJK kampung dan mereka bersepakat membuat bacaan Yassin setiap hari dimasjid. Semenjak dari itu, kes penampakan dan gangguan pocong dikampung kian berkurang, tetapi masih ada yang berjumpa Nek Kiah untuk mendapatkan tangkal.
-Dihadapan rumah Nek kiah-
Sunyi pagi itu dikejutkan oleh kecoh suara beberapa orang lelaki.
Kelihatan Ketua Kampung bersama dua orang lelaki sedang membawa anak Ketua Kampung. Anak itu pengsan tidak sedarkan diri.

"Assalamualaikum... Nek Kiah...Ohh Nek Kiaahh...!" Ketua Kampung menjerit memanggil Nek Kiah.
"Ya..hah ada apa Wak Daeng?"tanya Nek Kiah.
"Anak saya ni Nek Kiah...! Tadi dia meracau lepas tu pengsan!" Balas Ketua Kampung sambil menunjukkan anaknya yang sedang didukung di bahu.
"Kejap... Aku ambil barang." kata nek kiah sambil masuk kembali kedalam rumah.
Ketua Kampung meletakkan anak nya dipangkin hadapan rumah Nek Kiah. Pangkin itu memang dibuat Nek Kiah untuk mengubati pesakitnya. Jika pesakit wanita dewasa - barulah berubat didalam rumahnya.
Nek Kiah menghampiri anak itu. Disapu wajahnya dengan air. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.
"Macam mana boleh jadi macam ni? cuba cerita." kata Nek Kiah ingin tahu.
“Masa anak saya sedang bermain dihadapan rumah, tiba-tiba saya dengar dia menjerit. Apabila saya jenguk, saya lihat dia sudah terbaring ditanah sambil meracau-racau. Lepas tu bila saya baca ayat suci dan azankan, dia pengsan tak bangun-bangun…tu saya bawa jumpa Nek Kiah.” Ujar Ketua Kampung, gusar.
"Ohh.." Muncung mulut Nek Kiah. Dia kemudiannya tersenyum sinis.
"Macam mana ni Nek Kiah...?
"Kamu bawa balik air ni, bagi dia minum pagi, tengah hari dan malam. Haaa lagi satu… kamu sudah ada tangkal?" tanya Nek Kiah kepada Ketua Kampung.
"Haaaaa! Tangkal? Tangkal apa?"
"Tulah kau, degil, keras kepala..! Tangkal untuk lindung kau dan keluargalah… Nah, kau ambil tangkal ni. Aku dah bacakan ayat. Jangan risau, ayat al Quran juga yang aku baca."
kata Nek Kiah sambil menghulurkan kepingan kain dilipat berwarna merah.

"Kalau begitu, Nek Kiah bagikan tangkal untuk semua keluarga saya… Boleh?" balas Ketua Kampung, serba salah.
Nek Kiah tersengih-sengih mendengar kata-kata Ketua Kampung.
"Esok kamu datang lagi ambil. Tangkal aku dah habis. Tinggal tu je satu...Bagi anak kamu dulu. Suruh dia simpan atau pakai." kata Nek Kiah.
Nampaknya Ketua Kampung juga sudah termakan dengan cara Nek Kiah. Akhirnya dia sendiri sudah semakin percaya. Nek Kiah pula tersenyum gembira. Kini semua orang kampung mengharapkannya!
Ketua Kampung meminta diri.
Nek Kiah beredar ke dalam rumahnya.
"Kau ni! Tak reti sabar ke hah? Kalau tanpa aku... Kau tak akan dapat makan tahu tak! Kau bukan hebat mana pun!" suara herdikan Nek Kiah kedengaran.
"Kau menipu… kau mempergunakan aku…!" 
Hari itu, ada satu suara lemah membalas herdikan Nek Kiah.

"Kau sudah berani melawan ya?"
Kemudian, suasana rumah Nek Kiah kembali sunyi.
-Di Warung Wak Hassan-
Kelihatan Razi,Badrul dan Shakir sedang lepak minum,jam baru pukul 8 malam. Sedang mereka duduk minum, tiba-tiba disapa seseorang.
"Assalamualaikum." suara seorang lelaki dari arah belakang mereka.
"Waalaikumusalam…" balas mereka serentak sambil menoleh.
Semua tergamam.
Terpaku, kerana melihat seorang lelaki berjubah putih dan berserban, sambil di tangannya memimbit beg baju.
“Muiz!” Terpacul nama itu dari bibir Shakir.
“Muiz!” Terpacul nama itu dari bibir Shakir. Lantas, Shakir meluru kearah lelaki itu dan berpelukkan. Itu adalah Muiz, sahabat baik mereka sewaktu dari kecil.
Muiz seorang remaja yang dahulunya nakal, dan selalu disumpah seranah oleh orang Kampung Pangku. Sekian lama dia menghilangkan diri selepas kematian ibu dan ayahnya dahulu,kini Muiz muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza saat dia meninggalkan kampung.
"Wah sejak bila kau jadi ustaz ni Muiz?"Ujar Razi.
"Lepas aku keluar dari kampung dahulu, aku masuk sekolah pondok.” jawab Muiz sambil tersenyum.
"Bagus jugalah kau dah balik. Lagi bagus kau dah belajar bab agama... Dah jadi ustaz, boleh tolong orang kampung ni…!" Shakir menarik Muiz duduk. Muiz menurut. Beg diletakkan di sisi.
"Kenapa dengan kampung kita...?" Tanya Muiz pelik.
"Kau tahu tak! Baru-baru ni orang kampung asyik kena ganggu je. Poconglah... Hantulah… Haisssshh.." Badrul menyampuk sambil mengeluh.
"Ketua Kampung tak buat bacaan Yassin ke? Tahlil ke… Atau cuba ikhtiar cara lain?" Muiz mempersoalkan.
"Kau jangan tanya pasal ketua kampung. Dia pun dah termakan hasutan si Nek Kiah bidan tu! Harapkan pegar, pegar makan padi!" rungut Razi.
"Hahahahaha...macam tak sesuai je peribahasa kau tu Razi..." balas Shakir sambil mentertawakan Razi.
Mereka rancak berbual, maklumlah sudah sekian lama tidak berjumpa dengan Muiz. Tetapi ada sebab utama lain Muiz pulang kekampung halamannya itu.
Cinta.
Cinta ialah seorang gadis manis dan lemah lembut yang duduk di hujung kampung. Cinta adalah dari keluarga yang bahagia, dan lebih kuat berpegang pada agama. Ayah Cinta pula Imam di kampung Pangku, tetapi keluarga mereka belum termakan dengan hasutan Nek Kiah.
"Eh...Cinta ada lagi tak? " tanya Muiz tiba-tiba
"Ada… Tapi macam kau tak tahu pula. Bukan senang nak tengok dia… Susah nak nampak dia keluar rumah. Maklumlah, keluarga dia islamik." Balas Badrul.
"Kau berubah ni… sebab dia ke?" Shakir pula bertanya.
"Taklah... Aku memang berubah sebab lepas ayah dan ibu aku meninggal. Aku terfikir, hanya akulah anak tunggal mereka. Kalau aku tidak doakan mereka, siapa lagi? Jadi aku tak nak seksa ibu ayah aku. Sebenarnya kitalah yang menyeksa mereka di alam sana kerana amalan dan sikap kita."balas Muiz, sayu mengenangkan kembali peristiwa yang meragut nyawa kedua orang tersayangnya.
"Perghhh… Deep! Kau punya kata-kata, sentap aku dengar!" balas Badrul seakan kagum dengan perubahan sahabatnya..
"Haaa...Saiful pula mana? Korang tak lepak dengan dia ke? Sihat tak dia?" tanya Muiz.
Razi, Badrul dan Shakir hanya saling berpandangan, tiada jawapan yang mampu mereka bagi.
"Kenapa kau orang diam je?" tanya Muiz pelik.
"Sebenarnya… dah lama juga Saiful keluar dari kampung dan tidak pulang-pulang. Kesian mak ayah dia ngan adik dia, si Fikri. Selalu tertunggu-tunggu kepulangan Saiful…" kata Razi.
Muiz termenung seketika,teringat kembali saat mereka berlima di zaman persekolahan. Kenakalan mereka, dan persahabatan mereka.Tetapi Muiz telah keluar dari kampung selepas tamat persekolahan, iaitu selepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibubapanya.
"Eh...! Order la makan ke, minum ke." pelawa Shakir.
"Tak apalah… Aku baru lepas makan tadi sebelum kesini." balas Muiz sambil melihat kearah dapur dan tepi Warung Wak Hassan.
Muiz dapat melihat makhluk halus seperti beruk sedang duduk mengankang diatas kuali,dengan mata besar bulat merah sedikit terbonjol keluar. Manakala di tepi kedai Wak Hassan pula kelihatan seekor lagi makhluk yang hampir sama, tetapi agak besar - sedang duduk tersandar melihat kearah mereka.Tetapi Muiz buat-buat tidak nampak.
Muiz tahu, itu makhluk pelaris yang digunakan Wak Hassan.
Setelah malam semakin larut, mereka semua pun pulang kerumah. Disebabkan Shakir,Razi dan Badrul membonceng motor yang sama, tidak dapatlah Muiz menumpang. Muiz tidak kisah. Dapat dia mengambil angin malam.

Sambil melangkah,sambil itu juga lidahnya memuji yang Esa.
“Hiiiii...hiiiiii..hiiiiiiiiiiiii~~~”
Tiba-tiba, hilaian tawa gadis menyerbu cuping telinganya.
Muiz buat tidak tahu. Dia ingat akan pesan gurunya.

"Jangan kau layan jika itu bukan urusan kamu, dan ingat! Allah itulah sebaik pelindungmu."
Muiz meneruskan langkah.
Namun Iblis tidak pernah mengalah.

“Uuuuuweekkk...!!! uuuuuwweekk....!!
Kini suara tangisan bayi pula memecah kesunyian jalan utama itu. Muiz masih melangkah tenang.
Gedebukkk!
Bunyi sesuatu terjatuh.
Benda itu jatuh tergolek betul-betul berhampirannya.
Muiz melihat, sesuatu yang dibalut kain putih, sepanjang 1 kaki lebih – tergolek di atas tanah.
Muiz memperlahankan langkahnya. Dengan berhati-hati, dia melangkah mendekati balutan itu.
"Subahanallah!" kalimah suci itu terpacul keluar.
Balutan itu adalah tubuh bayi yang tidak berkepala. Darah segar, pekat, bersimbah memenuhi badan bayi itu.
Seraya, Muiz membaca ayat Qursi.
'Bismillahir-rahmanirrahim'
allaahu laa ilaaha illaa huwa alhayyu alqayyuumu laa ta/khudzuhu sinatun walaanawmun lahu maa fii alssamaawaati wamaa fii al-ardhi man dzaa alladzii yasyfa'u 'indahu illaa bi-idznihi ya'lamu maa bayna aydiihim wamaa khalfahum walaayuhiithuuna bisyay-in min 'ilmihi illaa bimaa syaa-a wasi'a kursiyyuhu alssamaawaati waal-ardha walaa yauuduhu hifzhuhumaa wahuwa al'aliyyu al'azhiimu.
Sambil berjalan, Muiz meneruskan bacaanAyatul Kursi berulang-ulang sehingga sampai kerumahnya.
Dia tahu makhluk tadi masih mengikutnya. Aura negatif itu masih terasa dipersekitaran. Seakan awan gelap, berat, memenuhi ruang atmosfera.
Terasa sayu dihati, melihat rumah peninggalan arwah ibubapanya yang kian usang tak terjaga.
Perlahan-lahan, pintu dibuka Muiz
.
Kreeeeeeeuuuuuuukkkkk... bunyi ensel berkeriuk kuat.

Muiz masuk. Dia membuka semua tingkap dan menghadap kiblat, lalu mengazankan rumah itu.
Selesai azan dilaungkan,Muiz menutup kembali semua tingkap rumahnya.

"Hei manusia! Mengapa kau menganggu rumah kami?" kedengaran suatu suara garau menegur Muiz.
"Apakah ini benar rumah kamu, wahai Jin yang dilaknat Allah?"
"Manusia sombong! Tidakkah kau tahu kami yang menghuni disini dahulu?"
"ini rumah ibubapaku. Kalian yang menumpang dirumahku!"
"Rumah ini sudah lama ditinggalkan!"
"Itu bukan alasan untuk kalian mengambil alih rumahku. Lebih baik kalian keluar, atau akan aku panaskan keadaan rumah kalian dengan kalimah suci!" Muiz mengugut.
"Erghhhhhh!" suara garau itu mendengus marah. Namun Muiz tahu, mahkluk itu akur dalam degilnya.
Keadaan menjadi sunyi. Muiz membersihkan serba sedikit barang-barang didalam rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.
Selesai mengemas, Muiz memulakan solat sunat satu pertiga malam. Selepas selesai solat sunat pagi itu, tiba-tiba kedengaran sesuatu dibahagian dapur rumahnya.

Muiz bangun, mahu melihat bunyi apakah yang didengarinya itu.
Muiz menjenguk dapur. Tergamam dia apabila melihat satu lembaga berbungkus sedang berdiri tegak di sisi meja.

"Bismillah..."
Muiz membaca beberapa ayat suci Al-Quran,tetapi makhluk itu masih berdiri utuh. Tidak berganjak.
Hanya sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina. Dari pada rupa bentuk dan wajah makhluk itu, Muiz sedar. Puaka ini bertuan!
Muiz enggan mengalah. Mulut Muiz tidak putus dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Tiba-tiba, Muiz rasa tubuhnya seakan diikat.Panas membahang. Dadanya menyempit, dia berusaha bernafas.
Puaka itu menyeringai.
Makhluk dihadapannya juga melawan dalam diam!
Muiz cuba melangkah, namun kakinya terasa dipaku ketanah. Sedaya upaya dia cuba melangkah, setapak demi setapak. Dia seakan meranduk lumpur berpasir.
Gedebuk!
Dadanya dihentak kuat!
Muiz tercungap-cungap. Paru-parunya bagaikan tidak berfungsi. Trakeanya seakan menyempit, nafasnya berdehit berbunyi dalam setiap tarikan.
Pocong itu tidak berganjak. Cuma merenung tajam. Wajahnya hitam gelap, kain kapannya lusuh. Bau hanyir memenuhi rongga hidungnya. Sedikit sebanyak, hatinya terasa gentar.
Dalam kepayahan dia melangkah,Muiz tiada cara lain. Dia harus melawan makhluk ini, membunuhnya. Atau terus mengusirnya! Tetapi apalah daya Muiz untuk membunuh makhluk ini, walaupun ia adalah musuh, tetapi ia tetap juga makhluk Allah.
Lantas, Muiz mehentikan usahanya untuk melangkah. Dia perlu menyimpan tenaga dalamannya.
Dengan lantang, Muiz membaca Ayatul Qursi dan beberapa ayat ruqyah. Makhluk itu kelihatan tergugat. Tiba-tiba, ia menghilangkan diri.
Zap!
Ia muncul kembali, namun kali ini dihujung dapur, berhampiran pintu belakang. Berundur. Makhluk itu tidak melompat-lompat seperti dalam cerita masyarakat.
Sukar benar makhluk itu mahu berundur. Muiz pula semakin kepenatan. Bertempur mengunakan kebatinan adalah lebih berat dah penat berbanding bertempur mengunakan zahir. Pada pertempuran zahir - kita mampu melihat pergerakan lompat,mengelak dan menyerang mengunakan senjata. Tetapi pada batin ia lebih kepada kerohanian, kekuatan aura. Lebih sukar apabila kita cuba menyerang mengunakan kekuatan rohani.
Muiz meneruskan bacaannya tanpa henti dan tiba-tiba,
Pocong itu hilang.
Muiz kebingungan. Adakah makhluk itu sudah melarikan diri?
Muiz diam seketika. Memandang sekeliling.
Dia menghela nafas panjang. Akhirnya, dia pergi. Muiz segera memusingkan badan, mahu keluar dari dapur.
Lantas, dia disapa wajah hitam berkeruping, merenungnya tajam. Dekatnya wajah itu – hinggap hidung mereka hampir bertemu. Semangat Muiz merudum. Namun, sesuatu muncul di benak fikirannya.
"Eh. Wajah makhluk ni, macam aku kenal!” Bisik hati Muiz.
Lantas, pocong itu menghilangkan diri,mungkin amaran darinya kepada Muiz bahawa dia tidak gentar.
Muiz menapak lemah ke ruang tamu,dan duduk tersandar kepenatan. Hari pertama sudah dia lalui macam-macam. Muiz mengeluh. Tidak lama kemudian, anak muda itu tertidur.
Sebelum Subuh lagi, Muiz bangun. Dia menyiapkan diri, mahu ke surau. Di sana dia berjumpa Imam dan Bilal kampung.
“Assalamualaikum,Imam.” Muiz memberi salam. Tangannya dihulur. Imam Ismail ini juga – ayah Cinta.
"Waalaikumusalam… Muiz kan..?" tanya Imam Ismail seakan tidak percaya. Tangannya disambut kemas..
"Iya saya imam… ‘Muiz Degil’ yang dahulu tu..hehehe."Muiz tertawa kecil, mengingati nama yang digelarkan penduduk kampung kepadanya dahulu.
"Alhamdulillah Muiz… Berubah dah kamu sekarang."
"Semuanya atas kehendak Allah jua Imam."
Imam Ismail mengangguk-ngangguk sambil tersenyum.

"Syukurlah. Dah, marilah kita masuk.”
Selepas solat, Muiz berjalan seiring dengan Imam. Lagipun, rumah mereka tidak jauh. Hanya selang sebuah rumah.
"Imam… Boleh saya tanya sedikit?" Muiz memulakan bicaranya pagi itu.
"Boleh. Apa dia?"
"Dengar cerita, kampung ni kena gangguan Jin. Betul ke?”
"Hehehe. Muiz... Jin itu sememangnya wujud dan ada dimana-mana. Ditambah lagi dengan Iblis dan Syaitan. Tidak mustahil dikampung kita ada. Cuma mungkin sebelum ini, mereka tidak mengganggu. Kali ini sengaja menyakat." balas Imam Ismail sambil tersenyum.
"Oh. Jadi betul lah ya.” Muiz tergelak kecil. Teringat akan peristiwa yang baru dilaluinya tadi.
"Ha... Kamu duduk seorang ke? Sampai sini bila?Kemana kamu menghilang dahulu?" tanya Imam Ismail, baru dia teringat yang Muiz sudah lama tidak pulang ke kampung.
"Saya baru saja sampai malam tadi Imam. Iya imam… Nampaknya duduk seorang jela. Ayah dan ibu dah tiada… Sebelum ni saya menuntut ilmu agama di sekolah pondok. Saya saja yang tinggal untuk membanggakan mak ayah di akhirat kelak…" balas Muiz sayu.
"Oh... Sabar ya… Yang hidup pasti mati. Nanti jika nak bersarapan… Datanglah kerumah." kata Imam Ismail cuba menukar topik.
"Insya Allah Imam. Saya pulang dahulu ya." Muiz meminta izin setelah sampai di hadapan rumahnya. Imam Ismail mengangguk. Mereka berpisah disitu.
Apabila Imam Ismail masuk, dia melihat isterinya serta Cinta sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Cinta adalah anak gadis sulungnya yang sebaya Muiz. Pernah disukai Muiz satu ketika dahulu.
"Cinta. Kamu hantarkan sedikit makanan ke rumah Muiz." Ujar Imam Ismail.
"Hah? ‘Muiz Degil’ tu ke abang?" Ujar isteri Imam Ismail terperanjat. Seingatnya sudah lima tahun Muiz menghilang.
"Iya. Tadi saya ada berjumpa dengannya masa ke surau tadi… Bagus budaknya. Dah berubah perangai. Dia baru sampai sini semalam. Kesian duduk seorang." balas Imam Ismail.
"Alhamdulillah.” balas isterinya.
Cinta menurut. Nasi goreng dibungkus kemas. Segera dia turun, ke rumah Muiz.
"Assalamualaikum..." suara lembut Cinta menerjah kecuping telinga Muiz.
"Waalaikumusalam… Siapa tu?" Balas Muiz. Dia baru sahaja mahu melelapkan mata. Penat semalam masih terasa.

"Cinta."
"Eh...kenapa Cinta?" tanya Muiz.
"Ayah suruh bagi ini."Cinta menghulurkan bekas terisi nasi goreng.
"Terima kasih. Kirim salam pada emak dan ayah ye."balas Muiz sambil tersenyum.
Cinta berlari anak pulang kerumah. Mukanya merah padam menahan malu. Lelaki yang dahulu dikenali dengan kenakalannya - tetapi tetap baik pada mata Cinta.

Muiz banyak membantu Cinta sewaktu disekolah dahulu. Jika ada pembuli atau yang menganggu Cinta,pasti akan dimarahi Muiz. Lama kelamaan, Cinta menaruh hati pada Muiz dalam diam.
-Di rumah Muiz-
“Alhamdulillah.” Ucap Muiz bersyukur. Dia menjamah juadah itu penuh berterima kasih. Dimatanya masih terbayang wajah Cinta yang malu-malu sewaktu menyerahkan bekal itu.
“Semakin manis Cinta sekarang.” bisik hatinya.
Hari ini Muiz hendak berjumpa rakan-rakannya. Ingin sangat dia duduk berbual sambil cuba mengajak rakan-rakannya mengikut langkahnya.
"Assalamualaikum... Razi..." Muiz memberi salam, jam 10 pagi, dia sudah terpacak dihdapan rumah Razi.
"Waalaikumusalam... Eh Muiz. Awal kau datang. Dulu pukul 10 malam baru muncul."kata Razi, menyakat sahabatnya.
"Saja nak duduk sembang dengan kau orang,lama dah aku tak dengar cerita korang."
"Kami macam ini sahajalah Muiz, aku masih menguruskan kebun ayah aku.”
"Shakir dengan Badrul?"
"Mereka kerja di kilang kayu yang dekat dengan pekan tu." balas Razi.
Muiz dan Razi terus bersembang di anjung rumah, sesekali gelak tawa mereka kedengaran.
Sedang seronok mereka bersembang, kelihatan Nek Kiah lalu dengan basikal buruknya. Muiz melihat Nek Kiah tanpa berkelip. Matanya tajam melihat Nek Kiah.

"Assalamualaikum." Muiz menegur Nek Kiah.
"Salam." balas Nek Kiah sambil menoleh kearah Muiz. Dia merenung Muiz sedikit hairan, kerana tiada orang luar yang berani melihatnya - apatah lagi menegurnya. Tubuh Nek Kiah membongkok, berambut panjang yang disanggul, serta kulitnya yang pucat. Lingkaran hitam terbentuk jelas dikeliling matanya, itu sudah cukup menakutkan budak-budak dengan menganggap Nek Kiah sebagai nenek kebayan.
"Nek Kiah dari mana?" Muiz sengaja berbasa-basi. Dia tahu Nek Kiah tidak suka diajak bersembang.
"Dari pasar," balas Nek Kiah dingin tanpa menoleh, dan meneruskan kayuhannya.
Muiz merenung Nek Kiah yang kian menjauh.
"Wei, kau kenapa tengok Nek Kiah macam tu?" Razi bertanya,pelik melihat gelagat Muiz.

"Eh...Tak ada apalah. Dah lama tak nampak dia, nampak lain dah sekarang." balas Muiz.
"Yela tu kau. Dia sama juga macam dulu, masih sebagai bidan kampung."
"Ha. Iyalah.” Ujar Muiz. “Eh, aku balik dulu ya… Nak kemas rumah. Nanti petang, Insya Allah kita jumpa lagi." Sambung Muiz. Razi mengangguk. Mereka bersalaman.
Sambil mengemas rumahnya, fikiran Muiz melayang kepada Nek Kiah.
“Kenapa macam bukan dia?”hati Muiz bermain soalan sendirian.
-Rumah Nek Kiah-
Nek Kiah mundar-mandir tidak senang. Kusut kepalanya.
"Argh! Budak tu dari mana? Ini semua menyusahkan aku!" Nek Kiah mengomel marah.

"Hi hi hi hi… Kau kata, kau hebatkan…?" suara perempuan membalas kata-kata Nek Kiah.
"Diamlah kau!" Nek Kiah berang ditertawakan.

"Jangan kau sombong. Kau juga manusia biasa. Ilmu hanya secebis garam!” balas suara itu.
Nek Kiah termenung seketika, kemudian dia kedapur menyiapkan barang untuk rawatan dan tangkal yang bakal diambil oleh Ketua Kampung. Bau kemenyan mula menyelubungi rumah Nek Kiah. Terang-terangan, ilmu yang dipakai Nek Kiah salah!
"Assalamualaikum."Suara Wak Daeng kedengaran dari luar.
"Wasalam…" Nek Kiah menjawab,tetapi selalunya tidak penuh.
Nek Kiah keluar membawa barang yang dijanjikan kepada Ketua kampung.

Dengan dapatnya tangkal dari Nek Kiah, mereka rasa selamat. Hingga lupa pelindungan terbaik adalah dari Allah!

"Assalamualaikum."Suara Wak Daeng kedengaran dari luar.
"Wasalam…" Nek Kiah menjawab,tetapi selalunya tidak penuh.
Nek Kah keluar membawa barang yang dijanjikan kepada Ketua kampung. Dengan dapatnya tangkal dari Nek Kiah, mereka rasa selamat. Hingga lupa pelindungan terbaik adalah dari Allah!

Petang itu Razi,Shakir dan Badrul kelihatan menuju ke rumah Muiz. sekadar untuk duduk-duduk bersembang kosong, tetapi Muiz ada perancangan lain.
Haa. Alang-alang kau orang semua dah ada sini, nanti solat Maghrib, kita jemaah sama-sama di surau ya." kata Muiz.
Shakir,Razi dan Badrul tersipu-sipu. Mereka menurut dalam paksa. 
Maghrib itu, mereka bersama-sama berjalan menuju ke surau. Imam Ismail dan beberapa orang kampung memandang kehairanan. Tiga sahabat tu memang payah untuk kelihatan di surau. Kecualilah ada majlis, barulah nampak batang hidung.

Usai solat Maghrib berjemaah, Muiz membaca al-Quran. Diajak sekali rakan-rakannya untuk membaca bersama. Isyak sudah pun selesai. Dalam perjalanan balik, mereka bertiga mengajaknya minum di warung Wak Hassan dahulu. Muiz menurut. Seperti biasa,Muiz tidak minum atau makan apa-apa di warung Wak Hassan. Ada sahaja alasan yang akan diberikan.
"Esok kan korang cuti?" Muiz bertanya.
"A'ah… Kenapa? Ada projek ke?" tanya Badrul
"Apa kata malam ni korang tidur rumah aku?” Muiz memberi cadangan.
"Aku okay je."jawab Razi. Badrul dan Shakir mengangguk.
Selepas habis minum, mereka berempat berjalan kaki pulang kerumah Muiz. Sambil mereka sedang seronok berbual, Nek Kiah berselisih dengan mereka. Didalam bakul basikal Nek Kiah ada satu bungkusan kain putih.

"Assalamualaikum Nek Kiah.” tegur Razi, antara yang paling celupar.
"Salam" balas nek kiah tidak lengkap
"Nak kemana memalam ni Nek Kiah?" tanya Razi lagi. Muiz hanya diam memerhati.
"Pulang ke rumah." balas Nek Kiah sambil memberhentikan basikalnya.
"Nak kami teman tak?" Razi tiba-tiba menawarkan khidmat masyarakat. Shakir menjeling tidak senang.
"Tak mengapa, Nek Kiah boleh pulang sendiri… " balas Nek Kiah, mengayuh basikalnya kembali.
Setelah agak jauh Nek Kiah berlalu, Shakir terus menampar bahu Razi. Peramah tak bertempat! Muiz hanya tertawa kecil melihat gelagat Shakir dan Razi, manakala Badrul hanya melihat telatah sahabatnya itu.
"Kau marah sangat dekat aku kenapa? kan aku tegur je?" tanya Razi monyok apabila Shakir memukul nya. Bahunya digosok-gosok.
"Kau dah tau Nek Kiah tu bomoh kan? Yang kau tegur waktu macam ni kenapa?" balas Shakir sambil mengetap bibir.
"Laaa... Relakslah. Tegur je. Kau ingat bomoh tu semua pakai hantu ke? Atau kau takut Nek Kiah tu hantu?" Razi berkata selamba.
Shakir tidak membalas tomahan Razi, dia tahu jika terus berbalah, sampai bila pun tak akan habis. Lagi-lagi berbalah dengan si Razi!
Sampai sahaja dirumah Muiz, mereka semua terus terlentang diatas simen ruang tamu, Muiz pula terus masuk kebilik air dan mengambil wuduk.dia ingin membaca Al-Quran dahulu sebelum melelapkan mata sebentar.
"Eh Muiz, kau nak solat apa pula? jam baru pukul 11 lebih." Tanya Badrul, pelik melihat Muiz mengambil wudhuk.
"Aku nak baca Al-Quran kejap,"balas Muiz sambil menuju kebilik utama – bilik arwah ayah dan ibunya. Muiz ingin menghadiahkan bacaan Yassin untuk kedua ibu bapanya.
Badrul kembali baring, melepaskan kepenatan berjalan kaki tadi. Baru sahaja lima minit sudah kedengaran dengkuran halus Razi dan Shakir. Badrul tertawa sendirian.
"Mudah sangat tidur." bisik hatinya.
Usai bacaan Yasin dan doa, Muiz menutup al-Quran. Pandangannya diangkat, dan disapa - satu lembaga, sedang duduk diatas almari baju.
Makhluk itu duduk mencangkung, rambut kasarnya berjuraian menutup muka. Mungkin kerana sudah terlalu lama ditinggalkan kosong rumahnya, makhluk-makhluk ini sudah bertapak dan tidak mahu berpindah.
"Bismillah...." Muiz mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi malangnya baru beberapa ayat dibaca. terdengar suara jeritan dan tangisan dari ruang tamunya.
"Arrghhhhhhh! Huuuuu...huuuuuuu...huuuuuu"
Muiz bingkas bangun. Lantas dia berlari anak ke ruang tamu.

Tergamam dia apabila melihat Badrul sedang duduk mencangkung di atas meja tamu. Lelaki itu tertunduk menangis. Bunyi tangisan dan jeritan Badrul mengejutkan Razi dan Shakir. Razi menggosok mata, terpisat-pisat. Dia mendengus, lantas bangun.
“Badrul! Kau dah kenap-” Razi tidak mampu menghabiskan ayat. Terpana dengan Badrul! Lelaki muda itu dengan pantasnya 
mengensot kebelakang ke arah Muiz. Muiz pula sedang berdiri diam dengan mata terpejam. Seakan bertafakur.Apabila Razi dan Shakir melihat keadaaan dua sahabatnya itu, mereka jadi tidak menentu.Tidak pasti adakah itu gurauan atau mimpi mereka.

Badrul masih menangis sambil diselang seli dengan jeritan tawa. Muiz pula diam kaku, Shakir dan Razi duduk bersandar seakan berpelukan di antara Badrul dan Muiz.
"Allah... Allah..." Mulut Razi mengulang tidak berhenti.
"Wei! Buat la sesuatu..!" Kata Shakir ketakutan.
Bila dilihat dengan mata kasar, bagai tiada apa yang berlaku antara Muiz dan Badrul. Tidak seperti dalam filem-filem hantu yang pernah dilihat oleh Razi dan Shakir. Tetapi pada rohaninya berlaku pertempuran hebat seakan pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, saling menyerang,sesekali bertahan.
Bukkkkk!
Tiba-tiba Muiz terjatuh melutut, Badrul diatas meja jatuh kebawah. Kedua-dua sahabat yang berpelukan tadi tergamam.
Keadaan sunyi seketika. hanya Razi yang sekejap memandang Badrul, sekejap memandang Muiz.
Dia mengangguk-angguk.
"Hahahahahaha... Menjadi la lakonan korang..!" Tiba-tiba Razi ketawa terbahak.
Pang!
Shakir menampar Razi geram.

"Kau kenapa tampar aku?" Razi menggosok pipinya yang berbirat merah.
"Kau gelak macam setan tu kenapa! Aku ingat kau kene rasuk tadi!" balas Shakir bengang.
"Aku ingat diorang sengaja takut-takutkan kita." Razi berkata dengan nada sayu.
Shakir menggeleng kepala. Dia mengeluh panjang.

Muiz membuka matanya dan melihat kearah Badrul yang sudah tidak sedar kan diri. Razi dan Shakir menarik nafas lega apabila melihat Muiz membuka mata.
"Ini dah melebih. Tak boleh dibiar.” Muiz berkata perlahan. Muiz bangun, menghampiri Badrul. Perlakuannya ditiru Razi dan Shakir, turut menghampiri rakan mereka yang pengsan itu.
Razi dan Shakir meriba tubuh Badrul.
Muiz mengerutkan dahi. Lembaga yang dilihatnya tadi itu tidak ubah seperti Nek Kiah, cuma wajahnya tidak jelas. Angkara siapa ini? Ada yang tidak senang dengan kehadiran dirinya, barangkali?
Muiz bangun. Mula memagar sekitar rumahnya. Badrul tersedar selepas wajahnya disapu dengan air bacaan al-Quran.
Usai memagar, Muiz duduk menghadap sahabat-sahabatnya itu.
"Shakir. Sebenarnya berapa lama dah benda-benda pelik ni terjadi?" Ujar Muiz, serius.
"Tak pasti, tapi dah kecoh dalam dua minggu." balas Shakir.
"Kau orang pernah mintak tangkal dekat Nek Kiah tak?" tanya Muiz lagi,cuba menyiasat.
Ketiga-tiga sahabatnya itu mengelengkan kepala,tanda mereka tidak ada memakai tangkal. Kemudian Muiz meminta sahabat-sahabatnya itu menceritakan kejadian-kejadian yang telah terjadi dan berapa ramai yang sudah menjadi mangsa.
Dari apa yang diceritakan, Muiz tahu bahawa ada beberapa keluarga yang tidak diganggu. Antaranya keluarga Imam Ismail dan keluarga Fikri.
Muiz merenung seketika sambil berfikir, otaknya ligat mencari punca segala kejadian aneh itu. Dia masih terbayang-bayang lembaga yang seiras gaya Nek Kiah tadi, tetapi Muiz tidak mahu bersangka buruk.
"Sudahlah. Mari kita tidur, nanti solat Subuh kita tanya dengan Imam Ismail." kata Muiz, sambil membaringkan tubuhnya.
Rakannya menurut. Mereka tidur dalam ketakutan. Tidak disangka perkara sebegitu terjadi.
-Jam 5:00 am- 
Muiz terjaga, lantas terus bersiap membersihkan diri,dan mengejut sahabat-sahabatnya sekali. Agak liat juga mereka bangun kerana sudah terbiasa meninggalkan solat Subuh, tetapi apabila dikerah, mereka semua tetap bangun.

Sewaktu jalan pulang dari menunaikan solat Subuh, Muiz dan Shakir terlihat kelibat seseorang disebalik pokok besar. Pantas, kelibat itu menghilangkan diri apabila kehadirannya disedari.
"Eh. Kau nampak tak tadi?" tanya Shakir.
"Nampak apa?" balas Razi, memandang sekeliling hairan.
"Aku nampak juga. Tapi tak apalah, dia pun dah lari.” balas Muiz.

Badrul hanya diam membisu, mungkin keletihan atau masih mengantuk. Sampai sahaja di rumah, Muiz mula mencari idea untuk memerangkap lembaga yang menganggu mereka orang kampung selama ini. Tiada cara lain, dia terpaksa pulang ke sekolah pondoknya untuk meminta bantuan dari gurunya.
Setelah berfikir sehabisnya, Muiz pun menyatakan hasrat untuk kembali ke pondoknya untuk beberapa hari. Keputusan yang dibuat oleh Muiz itu tiada halangan dari sahabat-sahabatnya.
"Nanti korang tolong tengok-tengokkan rumah aku ni ye…" pesan Muiz kepada sahabat-sahabatnya.
"Kau jangan tak balik macam hari tu pulak nanti." Razi membalas seakan merajuk. Terasa baru sahaja semalam Muiz balik.
"Jangan risau. Aku pergi tak lama.” Balas Muiz sambil tersenyum, lalu bersalaman.Tiga orang sahabat itu memandang sayu melihat Muiz semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan dibalik pokok besar.
-Di sekolah pondok-
"Assalamualaikum..." Muiz memberi salam, apabila tiba di hadapan pondok lamanya.

"Waalaikumusalam.." balas seorang lelaki tua berumur 80an. Di bahunya tergantung kain serban. Dia memegang sebatang tongkat.
Lelaki tua itu tergamam melihat Muiz.
"Subhanallah. Muiz... Kenapa kamu ni…?" kata gurunya sambil menghampiri Muiz dan memegang kedua bahu Muiz.
"Benda kecil je Tok Guru," balas Muiz.
Guru Muiz yang mempunyai kelebihan juga, turut nampak kecederaan anak muridnya itu. Dari apa yang dilihat oleh gurunya, Muiz telah di sihir… tetapi siapa?
Itu sebabnya Muiz mencari gurunya, kerana dia sudah mengetahui dirinya telah disihir. Muiz sengaja merahsiakan dari kawan-kawannya di kampung itu.
"Muiz... Apakah kamu ada bersengketa dengan sesiapa?" tanya Tok Guru.
"Pada hemat saya, tiada sengketa. Cuma..."
"Cuma apa...?" Gurunya pantas mencelah.
"Cuma, saya ada berkelahi dengan beberapa makhluk yang menganggu penduduk kampung. Tetapi saya tidak menyerang mereka. Saya ingat pesan Guru.”
Tok Guru hanya diam, meneruskan rawatan kepada anak muridnya.
"Uweekkkk......." Muiz muntah,tersembur darah bercampur nanah.
Tok gurunya melihat muntah itu dengan dahinya berkerut.

"Dari apa yang kamu muntah ini, seperti sudah tiga atau empat hari." kata Tok Guru.
"Hmm..." Muiz hanya diam, kerana dia sendiri tidak tahu bila sebenarnya dia terkena sihir itu. Tetapi yang pasti – dia menyedarinya sewaktu berlawan dengan lembaga seakan Nek Kiah.
Muiz terus berfikir sambil cuba mengingatkan kembali setiap hari yang dilalui, tetapi tiada dapat dikenalpasti bila dia disihir. Sambil dirawat, Muiz menyatakan hajatnya untuk mengajak gurunya itu ke kampung halamannya.
Tok Guru menyedari niat Muiz membawa dirinya ke Kampung Pangku. Beliau menyiapkan barang untuk dibawa kesana.
-Di Kampung Pangku-
"Dah empat hari Muiz tak balik, katanya nak balik sini lepas tiga empat hari je..." Keluh Razi, teringat sahabatnya tu.

"Sabarlah… Mungkin dia tengah sibuk." balas Badrul, cuba memberi harapan.
Waktu itu, Muiz sedang dalam perjalanan pulang. Dia berniat mahu menyedarkan orang kampungnya mengenai kegiatan khurafat Nek Kiah.
Malam itu, di warung Wak Hassan, kelihatan beberapa orang kampung serta tiga sahabat itu sedang menjamu selera. Dari jauh, samar-samar kelihatan satu susuk tubuh sedang menghampiri warung. Razi,Shakir dan Badrul menanti penuh debar. Mereka yakin Muiz kembali seperti dijanjikan.
Tergamam mereka, apabila itu bukannya Muiz!
"Assalamualaikum…" Saiful memberi salam sambil tersenyum
"Waalaikumusalam." jawab mereka bertiga serentak.
Tidak disangka. Muiz yang dinanti, tetapi Saiful yang kembali! 
Mereka berbual rancak. Tidak menyedari susuk yang menghampiri.

"Assalamualaikum... Kemain rancak semua berbual." Muiz memberi salam dari belakang.
"Waalaikumusalam" jawab mereka, sambil menoleh. dan terpampanglah senyuman kegembiraan.
Malam itu satu pertemuan kembali setelah sekian lama. Muiz dan Saiful menghilangkan diri dari kampung, dan kini mereka kembali dengan watak yang sangat berbeza. Saiful juga sudah berubah, tidak seperti dahulu. Dia lebih positif dan bersangka baik.
Tok Guru Muiz turut memperkenalkan diri, mereka saling berkenalan dan duduk bersembang sehingga larut malam.Wak Hassan pun sudah mula mengemas untuk menutup kedai.
"Ok lah. Jom balik… Dah lewat malam ni." kata Muiz.
"Jom... Terima kasih banyaklah sebab berkongsi cerita dan ilmu ye Tok." kata Razi kepada Tok Guru.
Mereka bersalaman lalu semua pulang kerumah masing-masing dengan penuh kegembiraan. Saiful bagaikan tidak sangka bahawa Muiz juga sudah berubah,sangkanya Muiz masih sama seperti dahulu.
"Bagus juga sahabat-sahabat kamu tu ya Muiz." kata tok guru sambil berjalan seiringan dengan Muiz.
"Mereka baik Tok. Cuma macam Tok ajar… Manusia ini jika dia masih percaya kepada Allah… Insya Allah mereka masih ada jiwa yang bersih." balas Muiz sambil tersenyum
"Cuba kamu bimbing mereka bersama kelak. Jangan dibiarkan sahabat kamu terjatuh." pesan Tok Guru.
"Insya Allah Tok..."
Sampai sahaja dirumah Muiz, Tok Guru pun menunaikan solat sunat. Begitulah rutin Tok Guru dimalam hari.
-Rumah Fikri-
"Assalamualaikum…!" Saiful memberi salam.

"Waalaikumusalam." jawab Fikri. Dia menjengah dari tingkap.
"Eh... Abang...!" jerit Fikri terus membuka pintu. Saiful tersenyum, memeluk adiknya erat.
"Mana mak ayah..?" tanya Saiful, mencari-cari.
"Mereka tidur dah… Dah pukul berapa ni."
"Oh… Heheheh. Tak mengapa. Esok jelah abang salam mak ayah.” Ujar Saiful, melepaskan dakapan adiknya.
Saiful melangkah masuk ke dalam bilik. Begnya dicampak ke tepi almari. Lantas, dia berbaring, kepenatan.
Sedang dia berbaring, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu barang yang di bawanya pulang. Saiful kembali mencapai beg bajunya. Diselongkar beg itu sesungguh hati. Alamak. Dia lupa dimana ‘barang’ itu terletak.
“Alahhhh… Waktu beginilah dia mahu hilang!” Rungut Saiful.
-Rumah Nek Kiah-
Rong kowo natuuumuii, ilungg kawa..!!
Sowooo...jaaaikuiii kataaai..!!
Wiborong saka hamakui..!!

Kelihatan Nek Kiah sedang membaca mentera jampi serapah. Tangannya mengibas-ngibas asap kemenyan.
Itulah yang selalu dilakukan Nek Kiah. Menggunakan jampi mantera dalam rawatannya. Jelas, ini adalah khurafat.

Tetapi ada orang kata, itu adat.
Nek Kiah mengeluarkan sekeping gambar, lalu dilayarkan diatas asap kemenyan beberapa kali sambil tersenyum puas.
Tiba-tiba, angin kuat menghembus kearah Nek Kiah. Hembusan angin itu menggila, hingga menerbangkan gambar dari tangannya.
Nek Kiah bingkas bangun. Matanya terbeliak marah.
"Kurang ajar! Berani kau ganggu aku!" teriak Nek Kiah.
Nek Kiah mengutip gambar itu dengan kemarahan menggunung. Lantas, dia duduk. Mahu menyambung manteranya.
Kemenyannya telah terpadam!
Nampaknya ada yang sedang menganggu kerja-kerja nek kiah.
"Kenapa nenek tua? Kau rasa tercabar?" Suara wanita memerli Nek Kiah. Entah datang dari mana suara itu.
"Diam! Ini bukan urusan kau!" tempik Nek Kiah.
"Bukan urusan aku, tetapi kau mengunakan aku." balas suara itu.
Nek Kiah mendengus. Dia bangun, mengambil beberapa batang colok. Mahu dia lawan habis-habisan durjana yang mencabarnya ini!
Kemenyan didalam mangkuk tembaganya dibakar. Dua batang colok dinyalakan, seiring dengan gema bunyi bacaan mantera dari mulut Nek Kiah. Raut wajahnya bengis, matanya merah menyala.
Nek Kiah duduk bertafakur dengan mata terpejam. Ditangannya masih memegang colok. Sesekali terdengar dengusan dari Nek Kiah. Orang tua itu seakan marah, sedang berinteraksi dengan sesuatu.
"Apa urusan kau menganggu aku!" tiba-tiba Nek Kiah bertempik marah.
Tiada suara yang membalas makian Nek Kiah, namun Nek Kiah kelihatan semakin tercabar. Bacaan mentera diteruskan.
Mata Nek Kiah tiba-tiba terbuka, terbeliak.
Bruuuhhhhh...
Darah tersembur keluar dari mulut wanita tua itu. Meleleh membasahi baju.
"Hahahahahahaha!" terdengar suara wanita mengetawakan Nek Kiah.
Colok ditangannya terus terjatuh kelantai dan terpadam.Nek Kiah terus bangun, mencapai air penawarnya sendiri. Diteguk rakus.
-Dirumah Imam Ismail-
Rumah itu tenang. Sunyi sepi.tetapi Cinta masih belum tidur, matanya terkebil-kebil teringatkan Muiz. Hatinya masih ada perasaan kasih pada Muiz, namun dia malu mahu berterus terang.

Tetapi dia tahu,nanti pasti Saiful akan cemburu. Saiful juga menyukainya.
Ahhh..! Serabut... Cinta dalam dilema bermain perasaannya.
Inilah kelemahan manusia. Mudah berkasih mudah bermain jiwa.

Muiz pula sedang sibuk duduk membaca surah Yassin. Itu sahajalah pengubat rindu kepada kedua orang tuanya.
Muiz tahu ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Dia sedang mencari-cari pemilik siapakah mata itu.
Badrul, Razi dan Shakir sedang nyenyak dibuai mimpi. Tidak tahu akan badai yang bakal menggila.
-Di rumah Nek Kiah-
"Arhhhh...!" Nek Kiah mengerang kesakitan. Terasa tubuhnya bias, dan jantungnya bagai dihiris pisau. Makin diminum air penawarnya, semakin kuat rasa bias itu memamah tubuhnya.

Pranggggg!
Bekas air itu dilemparnya ke dinding. Berderai pecah. Ada perempuan yang tertawa sinis kearahnya selepas itu.

Nafas Nek Kiah turun naik menahan marah. Nek Kiah melangkah keluar rumah. Dia harus melakukan sesuatu.
Jika tidak, pasti dia akan terkorban!
Dari celahan tingkap kayu rumah Nek Kiah, ada sepasang mata sedang memerhatikan galak. Gembira dengan kesusahan Nek Kiah.
Sebaik sahaja kaki Nek Kiah menyentuh tanah, kedua-dua lututnya bagai dipasak. Nek Kiah rebah ketanah sambil berlutut. 
Perlahan-lahan dadanya terasa berat, seakan dihempap sesuatu. Nek Kiah bernafas kencang, kedua-dua belah tangannya mencakar-cakar dadanya sendiri. Dia terbaring lemah, terlentang kearah langit yang gelap.

Tiada siapa yang membantu. Tiada siapa yang melihat!
“Errrhhhhhhhhh....errrrkkkhhhhhhhhh…”
Nek Kiah berusaha menarik nafas. Lubang udaranya seakan kian menyempit. Lidahnya kian terjelir keluar.

Sedang Nek Kiah menderita dalam nazaknya, datang seekor makhluk merangkak kearahnya.Semakin lama, semakin dekat.
Dan akhirnya, muka makhluk itu berhadapan dengan Nek Kiah.
Wajah yang dipenuhi nanah dan sebahagian kulitnya terkopek tidak menakutkan Nek Kiah sedikit pun,kerana waktu itu Nek Kiah sedang bertarung dengan sakaratulmaut. Selepas hampir 20 minit, akhirnya Nek Kiah menghembuskan nafas yang terakhir di luar rumahnya. Makhluk tadi turut berlalu, hilang dalam kepekatan malam itu.
Tok Guru Muiz baru selesai beribadah, berikhtiar memohon kesembuhan Muiz dari Allah. Tok Guru ke ruang tamu untuk menemui Muiz yang sedang duduk berzikir,jarinya asyik menarik butir-butir tasbih.
"Muiz...Pergi solat sunat taubat..Mohon kepada Allah." Ujar lelaki tua itu.
"Baiklah tok." Balas Muiz, menurut.
Tok Guru duduk berehat sambil beristighfar. Dia merenung Muiz yang menghilang ke dalam bilik, mahu bersolat.
“Innalillahiwainnailaihirajiun.” Bisik Tok Guru.
-Keesokan Harinya-
Jam 8.20 pagi, Tok Guru Muiz sudah pun melangkah pulang ke sekolah pondoknya. Dihalaman rumah Nek Kiah ketika itu kecoh. Ramai orang mengerumuni.

Shakir yang ketika itu sedang lalu turut berhenti, ingin tahu. dia mendekati.
Alangkah terkejutnya Shakir apabila melihat Nek Kiah sudah meninggal. Bisik-bisik penduduk disekelilingnya, Nek Kiah meninggal dalam keadaan ngeri. Tanpa berlengah, Shakir terus menuju kerumah Muiz.
Muiz dan Shakir terus menuju kerumah Nek Kiah. Sampainya di sana, jenazah Nek Kiah sudah ditutup dan tidak dibenarkan sesiapa melihatnya. Muiz sedikit kecewa tetapi dia menghormati aib arwah. Dalam hingar-bingar ketika itu, tiba-tiba terdengar suara menjerit lemah.
"Tolonggggg! Sini… Tolongggg!"
Semua yang ada ketika itu tergamam, saling berpandangan.
Suasana kecoh. Mereka mula mencari-cari. Tanpa berlengah, Muiz, Shakir dan beberapa orang kampung meluru kedalam rumah.

Kelihatan Nek Kiah sedang mengensot lemah. Tapi bagaimana? Nek Kiah sedang terbaring di luar rumah! Ini siapa?
Beberapa orang perempuan yang berada disitu menjerit ketakutan apabila melihat Nek Kiah kini berada dihadapan mereka. Ketua Kampung yang tergamam mengundur.
“Ni aku, ni Nek Kiah yang betul...Tolong aku." rayu Nek Kiah apa bila melihat orang takut kepadanya.
Walau tergamam, diketuai Ketua Kampung – mereka perlahan-lahan menghampiri Nek Kiah. Dipapahnya bangun.
Jenazah ‘Nek Kiah’ dihantar ke pihak berwajib untuk diuruskan. Namun Nek Kiah ini pula, siapa?
-Malam-
Bacaan tahlil bergema. Jenazah Nek Kiah sudah selamat dikebumikan petang tadi. Shakir,Muiz,Saiful, Badrul dan Razi turut kelihatan sedang membaca tahlil. Beberapa jiran wanita sedang bertungkus-lumus menyediakan makan untuk dijamukan kepada tetamu.

Nek Kiah sebatang kara, jadi tiada saudara terdekat untuk melakukan semua itu. Atas keperihatinan penduduk kampung yang mengenang jasa Nek Kiah selama beliau menjadi bidan kampung, maka mereka bersepakat membantu membuat tahlil dan juadah untuk tetamu.
Usai tahlil, lima sahabat itu berkumpul di pangkin rumah Nek Kiah, berbual.

"Muiz… Guru kau dah balik ke? Dari pagi tadi aku tak nampak." Tanya Shakir.
"A'ahh...tak lama selepas Tok Guru aku balik, Kau datang bagi tahu Nek Kiah dah meninggal." balas Muiz sambil menyuap nasi berlaukkan pucuk ubi dan ikan masin.
"Korang tak pelik ke dengan Nek Kiah yang ada dekat atas tu?" Razi pula bertanya.
Persoalan Razi menyebabkan semua terdiam, lalu meneruskan makan. Razi memang terkenal dengan celuparnya.
Sebenarnya Muiz,Shakir,Saiful dan Badrul juga tertanya-tanya. siapa pula Nek Kiah di atas itu? kenapa Nek Kiah itu nampak lemah dan tak bermaya? Puas disoal, namun Nek Kiah yang masih bernyawa itu hanya diam membisu.

Muiz pulang kerumahnya bersama Imam Ismail dan isterinya. Cinta pula ditinggalkan dirumah kerana dalam uzur syari’e. 
Sempat Imam Ismail berpesan kepada Muiz untuk membawakan makanan kepada Nek Kiah. Muiz menurut.

-Keesokan pagi-
"Assalamualaikum....." Kedengaran suara gadis. Muiz tahu, itu suara Cinta.

"Waalaikumusalam." balas Muiz. Dia melangkah keluar.
"Ni… Ibu suruh bagi dekat awak dan Nek Kiah. Nanti hati-hati ye." ujar Cinta malu-malu sambil menghulurkan dua bekas makanan.

"Ya, terima kasih."
Cinta pun balik dengan hati yang berbunga-bunga. Niat dia hanya mahu berjumpa Muiz, lelaki yang banyak melindungnya dari kenakalan remaja lelaki lain suatu ketika dahulu.
Muiz terus menuju ke rumah Nek Kiah, sepanjang jalan mulutnya tidak lekang dari zikir. Hatinya penuh persoalan dan bercampur baur dengan sedikit ketakutan.
Sampai sahaja di rumah Nek Kiah, Muiz memberi salam, dan terus melangkah masuk. Pintu rumah Nek Kiah tidak berkunci, dan Nek Kiah sedang duduk tersandar di kerusi malasnya.
"Assalamualaikum Nek Kiah," kata Muiz cuba bersembang dengan Nek Kiah, "Ni saya ada bawa bekal untuk Nek Kiah makan…" kata Muiz lagi.
Nek Kiah memalingkan muka. Merenung dinding. Diam.
"Nek Kiah dah makan?" Muiz masih tidak berputus asa.
Diam.
Apabila melihat pertanyaannya tidak dijawab, Muiz pergi ke dapur, mahu mengambil sudu untuk menyuap Nek Kiah.
Muiz menghampiri wanita tua itu. Seraya, dia membuka bekas makanan yang dibekalkan oleh Ibu Cinta.
“Tengok Nek Kiah. Lauk ayam sambal dan nasi putih. Nampak sedapkan?”
Praapppp!
Bekas nasi itu ditepis kasar oleh Nek Kiah. Berterabur nasi dan ayam sambal, mengotori lantai.
Kini hanya tinggal satu bekal,iaitu bahagian untuk Muiz.

Muiz bangun, seraya membersihkan lantai. Perlakuan Muiz hanya dilihat oleh Nek Kiah mengunakan ekor matanya. Muiz sedikit pun tidak memarahi Nek Kiah. Pada sangkaannya Nek Kiah sudah nyanyuk.
Setelah bersih, lelaki muda itu mencapai bekal satu lagi. Mahu menyuap Nek Kiah.
"Muizzz..."
Lemah suara Nek Kiah memangil Muiz.
“Ya Nek Kiah?”jawab Muiz penuh teruja.
"Dulu masa arwah mak kamu melahirkan kamu, Nek Kiah la yang sambut kamu…" Ujar Nek Kiah termengah.
"Iya Nek Kiah,saya tahu." jawab Muiz.
"Nek Kiah tak sangka,kamu ini, hisshhhh… dahulunya nakal. Kini berubah baik."
"Hehehe… Alaaah Nek Kiah.. Ni semua atas doa arwah mak ayah saya juga."
Nek Kiah mengangguk. Merenung Muiz dalam.

"Kamu mesti nak tahu… Siapa yang meninggal semalam tu, dan siapa Nek Kiah sekarang...?"
Muiz mengangguk.
"Kamu bangun,masuk dalam bilik Nek yang depan tu,ada satu meja dalam laci meja tu ha, ada satu kotak... Bawa ke sini." arah Nek Kiah.
Muiz dengan pantas menurut. Kotak itu dihulur. 
Perlahan, Nek Kiah mencapai kotak itu. Dia membukanya, dan mengeluarkan sesuatu.

Satu persatu Nek Kiah memberi kepada Muiz kepingan gambar. Muiz melihat itu adalah gambar remaja dan kanak-kanak perempuan.
Kembar!
"Errrrr..ini Nek Kiah ke?" Muiz cuba meneka.
"Iya… Itu lah Nek Kiah... Dan lagi satu itu kembar Nek Kiah… nama dia Rapeah."
"Maknanya yang meninggal semalam tu, Nek Rapeah la…?" Muiz mula teruja ingin tahu.
"Betul. Tetapi... dia seorang pengamal ilmu salah." balas Nek Kiah sambil termenung jauh.
Nek Kiah menarik nafas.

“Dahulu....Nek Kiah dengan kembar Nek belajar ilmu bidan ni bersama. Kami memang minat nak bantu orang. Selepas habis menuntut ilmu bidan,kami bawa diri masing-masing untuk mengembangkan ilmu.
Tetapi, manusia ini mempunyai nafsu, perasaan tamak dari kembar Nek Kiah telah menyebabkan dia menuntut ilmu hitam.
Nek Kiah memanggilnya kekampung sini untuk menyedarkan dia, tetapi rupanya Nek Kiah silap. Dia telah kurung Nek Kiah, kemudian membuat kacau.
Nek Peahlah yang sebenarnya menyebabkan penduduk kampung diganggu, dan Wak Hassan warung itu pun ambil pelaris dari Nek Peah.
Tapi semalam, masa dia tengah sibuk ingin menyihir,tiba-tiba sihirnya berbalik kepada dia. Air tawar yang dia dah sediakan pun tak mampu memulihkan dia… dia lupa Kuasa Allah.Masa dia turun dari rumah, tak lama lepas tu, dia meninggal.”
"Ehh..macam mana nek kiah nampak semua tu.kan nek kiah kene kurung.?" tanya Muiz pelik.
"Nenek selalu intai dia,tengok apa dia buat."
"Ohh...tapi Nek...siapa yang dia nak sihir tu?"
"Kamu." balas Nek Kiah ringkas.
Jantung Muiz seakan berhenti berdegup.

"Errr… Ok la Nek Kiah.. saya balik dulu ye... haa nanti makan la bekal tu. Isteri Imam Ismail yang bagi." Ujar Muiz, mengundur diri.
Selepas Muiz meninggalkan rumah Nek Kiah,di fikirannya terus teringat akan Tok Gurunya. Dia tertanya-tanya mengapa Nek Peah ingin menyihirnya, sedangkan dia tidak ada berbuat silap dengan Nek Peah.Cuma saat pertama kali dia nampak Nek Peah yang di sangka Nek Kiah itu, dia melihat satu lembaga berambut panjang menutup muka, sedang duduk bertengek ditempat duduk belakang basikal Nek Peah.
Sampai dirumah, Muiz baring, merehatkan diri. Muiz tidak sedar, ada sepasang mata sedang memerhatinya.
"Ahhh, nasib dia selalu sahaja baik! Si tua tu pula dah mati! Aku mesti lakukan cepat.” kata empunya mata yang memerhati.
-Seminggu kemudian- 
Kampung Pangku mula kembali aman. Tiada lagi gangguan hilaian wanita dan tangisan bayi. Shakir,Saiful,Badrul dan Razi mula sentiasa bersama Muiz. Mereka selalu berkumpul dirumah Muiz untuk belajar tentang agama. Muiz pula mula didatangi penduduk kampung untuk berubat sihir jin dan iblis.

Pada malam itu, sedang Muiz duduk rehat sambil berzikir, tiba-tiba terdengar suara Tok Gurunya memberi salam. Pantas Muiz mempelawa masuk.
Gurunya datang bersama seorang lagi murid baru.
"Eh Tok Guru… Dari jauh datang. Ada apa hajat ?" tanya Muiz gembira melihat gurunya.

"Saja nak lawat kamu,singgah sekejap untuk tumpang tidur." balas gurunya.
"Oh… Boleh tok guru."
"Haa. Ni tok nak pesan… Yang sihir kamu itu bukan Nek Peah! ‘Dia sentiasa memerhatikan kamu!" balas gurunya.

Prangggggg!bunyi barang terjatuh.
Muiz tersedar.
"Astaghfirullah. Mimpi rupanya...”
Muiz bangun dan terus teringat Nek Kiah.
“Aaahhh... mainan mimpi sahaja kot.” bisik hati Muiz, dia tidak mahu bersangka buruk.
Cukuplah dengan kematian Nek Peah yang disangka Nek Kiah, cukuplah segala tomahan terhadap Nek Kiah.
Kini Nek Kiah sudah selamat dari dikurung, dan dia semakin sihat.
TAMAT
===============
Suntingan : Nil Kuhaku
Gambar: Nil Kuhaku
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: