Seventh Urban Legend
Mar menggeliat. Gadis itu membelai-belai rambutnya sambil berbaring di atas katil. Mereka baru habis minggu orientasi. Ada dua hari sebelum sesi kelas mereka bermula. Sempatlah mereka berehat.
"Guys. Kau orang nak dengar cerita hantu tak?“ ujar Hanis.
Mar diam. Malas melayan. Masih sibuk membelek hujung rambutnya yang bercabang. Sengaja dia mengurai rambunya itu dan dibiarkan berjuraian ke bawah pada palang katil
"Cerita hantu apa, Hanis?“ tanya Pida. Gadis di bawah katil Mar itu menjenguk.
Hanis yang duduk bersebelahan katil Pida duduk bersila.
"Aku dengar dari akak fasi."
"Kak fasi mana?“
"Kak Amaline." getus Hanis. Mar yang pada awalnya mahu melelapkan mata, mula memicing telinga. Wajah putih gebu, kening hitam lebat, mata sedikit sepet. Kak Amaline memang sangat cantik. Persis aktress Korea.
Pintu bilik dikuak. Ema melangkah masuk, membawa pemanas air yang penuh.
"Kau orang bual apa?“ tanya Ema.
"Cerita hantu!“ Pida menyahut. Ema tersengih. Dia memang suka mendengar cerita-cerita mistik ni. Pida memanjat turun, menyertai Hanis di katilnya. Ema memasang plak pemanas air.
"Okay. Kau tahukan, belakang kolej ni dulu tempat askar British tinggal?“ Hanis memulakan cerita.
Pida dan Ema mengangguk. Mar dari baring, terus meniarap. Bergegar katil besi itu. Kepalanya dijulur dari atas menyertai untuk mendengar cerita dengan lebih jelas.
“Kak Amaline cerita, ada enam kisah cerita hantu yang popular kat kolej ni. Yang pertama, nenek jual karipap kat tepi tingkap.”
“Eh apa kaitan nenek jual karipap dengan askar British?” Ema menyampuk.
“Dengar la dulu Ema. Itu kisah famous yang pertama.” Ujar Hanis bersungguh.
“Kisah nenek jual karipap ni kan, aku dengar sejak zaman sekolah asrama lagi. Boleh kata tiap-tiap tempat berasrama ada kisah nenek jual karipap ni.” Pida berkata.
“Nenek tu banyak buka franchise kot?” Ema menyampuk sekali lagi, menuju ke arah pemanas air yang sudah masak. Pida mengekeh ketawa. Mar tersengih-sengih. Ada pulak bukak franchise.
“Ya. Itu kisah pertama. Yang kedua, kisah hantu atas almari.”
“Itupun aku pernah dengar. Yang katil satu dah tidur, katil dua dah tidur, katil tiga… belum! Tu kan?” Pida mengajuk dengan suara gaya nenek tua.
“Ini pun famous. Mana-mana je selalu dengar.” Ujar Ema mendatar. Bosan. Dia menuang air panas, seraya mengatup bekas berisi mee segeranya.
“Yang ketiga?” Tanya Pida.
“Ketiga, bunyi gelang loceng pada waktu malam.”
“Ya. Ini aku pernah dengar. Sampaikan pelajar asrama sekolah aku diharamkan pakai gelang kaki berloceng.” Ema mengangguk.
“Keempat, bunyi guli, berserta guli yang bergolek ke arah kau secara tiba-tiba.” Ujar Hanis.
“Pernah berlaku masa aku tidur di rumah sewa abang aku weh. Bunyi orang main guli malam-malam. Tapi aku tak pernah nampak sebarang guli.” Ujar Pida bersungguh.
“Kelima, kawan ‘study’ dalam bilik ‘study’, yang bukan manusia.”
“Itu kisah hantu paling aku tak suka.” Ema berkerut. Ema memang rajin. Awal-awal masuk lagi,dia sudah berani meminjam nota dari para senior. Padahal kelas masih belum bermula. Mar menjeling nota bertimbun di atas meja Ema. Rajin benar budak ni. Dia selalu paling akhir meninggalkan bilik study dan dia juga paling akhir tidur, ada saja bahan bacaannya.
“Keenam, suara perempuan menyanyi lagu lagu Inggeris, MARY.”
“Mary?” Getus Ema. Pida mengerutkan muka. “Ini aku tak pernah dengar weh.” Ujar Ema.
"Mary had a little lamb...." Pida mula menyanyi menganjing. Akhirnya Hanis dan Ema juga turut menyanyi dan mereka tergelak-gelak.
"Ok ni cerita hantu paling kelakar. Nyanyi je?", soal Ema bongkak dengan cerita remeh Hanis.
Hanis mengangguk. “Ya, kisah hantu keenam memang biasanya berkisar pada mitos tempat tu sendiri. Macam kolej kita, belakang ni tempat berek askar British dahulunya.” Sambung gadis itu.
Dia terdiam sebentar.
“Namun, ada kisah hantu ketujuh. Tak ada orang tahu kisah yang ketujuh. Orang kata, kalau kau sengaja cari keenam-enam kisah ini, nasib buruk akan menimpa diri kau.” Hanis mengangkat bahu. Ema membuka tutup berisi mee segeranya.
“Sapa nak cari? Tak ada kerja apa? Berapa ribu yang minta kemasukan ke IPT tapi tak dapat. Kau sibuk buat kerja lain.” Bebel Ema, sambil menghirup kuah mee segera. Pida tergelak.
“Eleh. Awal-awal semangatlah. Lepas tu kelaut.” Ejek Hanis. Ema buat tak tahu.
“Eh tapi kan aku teringinnnnnn sangat nak tahu. Cerita ni mitos ke? Takkan pokok bergoyang kalau tak kerana angin kan? Mesti ada kisah sebenar yang berlaku cumanya bila mulut ke mulut banyak la yang ditokok tambah.” Ujar Pida. Hanis mengangkat bahu.
“Aku pernah dengar senior cerita, beberapa tahun dahulu, ada yang cari. Dia cari kesemua keenam-enam kisah hantu tu. Ada budak cabar dia, dengar kata.” Sampuk Mar.
“Perempuan?” Ujar Ema.
Hanis mengangguk.
“Apa jadi kat perempuan tu, hehe?” Ema bertanya. Hanis, Pida dan Ema memandang atas ke arah Mar serentak.
“Apa jadi weh?” Ujar Pida, ingin tahu.
Mar terus menarik kepala semula dan diam seketika di atas.
"Mary had a little lamb
Little lamb, little lamb
Mary had a little lamb
Its fleece was white as snow
And everywhere that Mary went
Mary went, Mary went
Everywhere that Mary went
The lamb was sure to go
Mary had a little lamb....little lamb..and his eyes as black as coal~~~
If we play quietly my lamb, Mary never know" Lirik terakhir terus suara Mar bertukar menjadi garau.
"Mar.... Mar.... apa jadi weh? Hah boleh pulak kau nyanyi lagu tu seram laaaa?... Marrr" Lantas, Hanis, Pida dan Ema mencari kelibat Mar yang diam serta-merta itu. Mereka bertiga pelik dengan kelakuan Mar, mereka bertiga turun dari katil dan menjenguk ke atas melihat Mar.
Heh....heh....heh...
Hanis, Ema dan Pida terkedu hampir terkencing menjerit. Mereka bertiga lari, lintang pukang keluar dari bilik itu.
Mar terus melompat dari katil dan menyeringai dengan mata putih terbeliak. Rambutnya mengurai hingga ke lutut. Badannya basah, dilumuri darah.
“Bukan kau bertiga seru aku ke?
"Mary is here ~~~~ Kau tak sedar ke yang kau dah cari kesemua kisah hantu tu??? "
"Mary's here to get her lamb now heheheheh”
Suara itu seakan bergema di telinga Hanis, Pida dan Ema. Disusuli hilaian nyaring. Jembalang itu merenung ketiga-tiga gadis yang mula menjerit-jerit kesurupan, berguling-guling di hadapan pintu bilik. Kolej menjadi kecoh serta- merta.
Makhluk itu mengangkat Hanis, Ema dan Pida dengan mudah. Ketiga-tiga mereka kini sudah tidak sedar. Jeritan itu berjangkit pula dengan budak bilik sebelah yang menyaksikan saat Mary hendak menelan kepala Hanis.
Dia memusingkan kepalanya sambil mengunyah kepala mangsa dan matanya terbeliak menyergah budak-budak yang lain. Sengaja Mary menyeringai ngeri. Mulutnya ibarat ditoreh ke telinga dengan mudah dia menelan tubuh Hanis.
Pida dan Ema yang sedar semula melihat Hanis sudah menjadi santapan Mary, bingkas mereka bangun dan ada juga pelajar yang sempat menarik mereka menjauhi Mary. Mereka lari bertempiaran beramai-ramai.
“Manusia bodoh. Dah seru, lari pula.”
"Mary had a little lamb
Little lamb, little lamb
Mary had a little lamb
Its fleece was white as snow
And everywhere that Mary went
Mary went, Mary went
Everywhere that Mary went
The lamb was sure to go
Mary had a little lamb....little lamb..and his eyes as black as coal~~~
If we play quietly my lamb, Mary never know"
Hehe, kau orang ikut nyanyi lagu ni ya? Nanti aku datang, jangan lari pula nanti.
Karya: Nil Kuhaku
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment