Sunday, 8 October 2017

RAILWAY D666 - Carlito Rocker




RAILWAY D666
Suntingan dan gambar: Wan SC

……….
Sungguh aku tak sangka, tanggal 1 September 2017 adalah hari yang paling malang dan telah mengubah nasib hidupku buat selama-lamanya.
Ketika mula-mula menjejakkan kaki di stesen ini, semuanya kelihatan normal. Tiada keganjilan yang terasa di hati.
Mengikut perancangan asal, aku akan menaiki tren ke Edinburgh pada jam 12:30 tengahari. Aku dan penumpang yang lain menunggu tren kami di platform D666 dengan penuh sabar.
Di sini aku dapat lihat pelbagai ragam dan kerenah manusia yang entah dari mana asalnya. Ternyata tidak banyak perbezaan yang ketara di antara mentaliti masyarakat di sini dengan masyarakat di Malaysia. Budaya bergosip dan menjadi zombie moden dengan menghadap skrin telefon pintar dan gadget moden sudah sebati dengan kehidupan umat manusia pada zaman sekarang.
Jam sudah menunjukkan ke angka 12:25 tengahari, paparan info di skrin layar maklumat pula menunjukkan bahawa tren akan sampai pada jam 12:45 tengahari iaitu lewat 15 minit daripada waktu asal.
Masa yang terluang tidak dipersiakan. Aku menuju ke sebuah kafe yang terletak di sebelah kaunter pertanyaan untuk membeli minuman bagi menghilangkan rasa dahaga yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Tertera nama ANAHEIM DINER CAFE & MART di pintu kaca kafe itu.
Aku melangkah masuk lalu terus ke bahagian minuman. Aku mengambil sebotol kecil air mineral bersaiz 500ml dan 2 set roti croissant yang diletakkan di bahagian pastri. Kemudiannya aku terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Tiada sesiapa yang berada di kaunter itu. Aku berulang kali menekan loceng yang terdapat di atas meja kaunter untuk memanggil pekerja kafe namun hampa kerana tiada sesiapa pun yang muncul.
Jumlah harga barang yang diambil olehku adalah sebanyak £3.39 lalu aku mengambil keputusan untuk meninggalkan nota dan wang sebanyak £4 di situ bagi bayaran barangan berkenaan. Selesai dengan pembayaran, aku terus bergegas keluar dan berlari menuju ke platform D666.
Di sinilah bermulanya sebuah misteri yang membelenggu diriku.
Stesen yang pada awalnya sesak dan riuh rendah dengan gelagat manusia telah menjadi sunyi sepi. Platform D666 yang pada awalnya dikerumuni oleh ratusan penumpang kini sunyi bungkam. Aku andaikan bahawa aku mungkin telah terlepas tren lalu aku menuju ke kaunter pertanyaan untuk kepastian. Aneh kerana kaunter itu juga kosong tidak berpenghuni. Tiada lagi suara kakitangan stesen itu yang mengumumkan ketibaan tren kedengaran. Di platform hadapan juga sama. Kosong.
Aku cuba untuk menghubungi talian bantuan syarikat tren berkenaan tetapi gagal kerana tiada sebarang signal yang tertangkap oleh telefonku ini. Aku buntu dan celaru. Ke manakah mereka semua menghilang? Aku duduk di atas bangku di hadapan landasan dan melihat papan layar maklumat. Tiada langsung info berkenaan perjalanan tren yang terpapar di situ. Yang terpapar hanyalah waktu dan tarikh semasa.
Hampir 3 jam aku menunggu tetapi tiada sesiapa pun yang muncul. Tren lain juga tidak kelihatan. Mustahil jadual tren berakhir begitu awal.
Akibat kebosanan aku bercadang untuk keluar daripada stesen itu. Aku memasuki lif dan menekan butang G. Ketika keluar dari pintu lif aku ternampak tiang platform bernombor D666. Di atas lantai juga tertera tulisan D666. Aku mengerling ke bahagian belakang, kafe yang telah aku kunjungi tadi iaitu Anaheim Cafe Diner & Mart tersergam indah di situ. Ternyata aku masih berada di tempat yang sama. Mungkinkah lif tadi rosak?
Kali ini aku menggunakan tangga pula. Aku turun dan sampai ke bahagian bawah. Aku berjalan dan terus berjalan tetapi ternyata aku masih berada di tempat yang sama iaitu platform D666.
Argh, nampaknya aku telah dipermainkan oleh sesuatu. Pengalaman dipermainkan oleh hantu puaka ketika berada di Malaysia sedikit sebanyak mengajarku tentang erti kesabaran.
Tanpa membuang masa aku terus melaungkan azan dan membaca surah 3 Qul untuk menyelamatkan diri daripada tipu daya syaitan. Usahaku tidak berkesan. Aku masih bersendirian di situ. Aku masih berada di platform yang sama. Aku masih belum diberikan jalan petunjuk untuk keluar. Aku bersabar dan hanya mampu berdoa sahaja.
Suasana di sekitar sudah gelap menandakan hari sudah malam. Jam pula sudah menunjukkan ke angka 8 malam. Aku kelaparan. Aku menuju semula ke kafe itu. Terdapat sebungkus makanan dan secawan besar minuman di atas kaunter itu. Aku terkejut kerana terdapat sebuah nota yang tertulis:
[Just take it at no cost. Free of charge.]
Aku bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal. Aku mengambil bungkusan makanan dan minuman itu lalu aku makan di atas bangku di kawasan tengah platform itu. Sungguh mengejutkan kerana juadahnya adalah Nasi Beriani Gam berlaukkan kari kambing dan air Milo Ais. Bagaimana mungkin sebuah kafe Inggeris boleh menyediakan juadah sedemikian rupa? Dan yang paling penting siapakah yang telah memasak dan meletakkan juadah sesedap itu di dalam kafe itu? Argh, aku malas hendak menyerabutkan kepala yang sedang kusut barai ini. Aku melantak sepuasnya di situ.
Selesai makan malam, aku berjalan-jalan di kawasan luar dan cuba mencari alternatif lain untuk keluar daripada stesen puaka itu. Aku memanjat pagar kawat di bahagian luar, usaha tersebut seakan-akan berhasil tetapi apabila kakiku berpijak sahaja di atas tanah di luar pagar itu, keadaan kembali seperti sebelumnya. Aku kembali semula ke platform yang sama, platform D666.
Aku semakin tertekan dan buntu. Aku menjerit keseorangan. Argh, aku sudah keletihan, mengantuk, dan bosan. Aku duduk bermuhasabah diri buat seketika. Besar dugaan dan ujian yang diberikan oleh-Nya padaku kali ini.
Pada waktu-waktu begini aku sepatutnya telah berada di Universiti Edinburgh untuk membuat persiapan kerana pada keesokan harinya aku akan terlibat dengan program keynote speech yang dianjurkan oleh TedX. Aku adalah salah seorang daripada speaker jemputan yang akan berucap di situ. Tapi sayang, semuanya sudah hancur berkecai.
Akibat mengantuk aku terus terlelap dan tertidur di atas lantai platform itu.
Aku terjaga daripada tidur. Hari sudah cerah tetapi suasana sunyi bungkam itu tidak dapat mengubati rasa kebosanan yang hadir membelenggu jiwa ini.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang sedang duduk bersila tak jauh daripada tempat aku berada sekarang. Aku bersyukur kerana aku tidak lagi bersendirian. Aku mendekatinya. Daripada belakang aku ternampak susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk bersila sambil ralit membaca sebuah majalah. Kulitnya cerah dan kelihatan sebaya denganku.
Sesampainya aku di situ, dia mendongakkan kepala dan memandangku dengan penuh kehairanan. Aku pun memulakan bicara untuk memecahkan kesunyian yang melanda.
"Excuse me sir, may I ask you something?" Selamba aku menyapa dirinya.
"What?" Soalnya dengan suara yang agak garau.
"I need your help. I wonder if…"
"What kind of help? Nigga?"
"Watch your mouth son. I'm not a nigga!" Tegasku.
"Well then? You are stepping into my territory dude! Who are you and where do you come from?" Soalnya penuh keraguan.
"Erm, I'm Carl from Malaysia."
"Malaysia? Really?" Dia memisat-misatkan matanya dan tersengih seperti kera sumbang di situ. "Which part of Malaysia?" Soalnya lagi.
"West Malaysia, Kuala Lumpur."
"Weh aku pun orang Malaysia jugak. Kah kah kah…" Terbahak-bahak dia ketawa sendiri. Dia menghulurkan tangannya dan bersalam denganku. "Aku Reza, tapi panggil aku Rex je, study kat Essex."
"Cis, tak sangka pulak aku boleh jumpa dengan orang Malaysia kat sini. Kau baru sampai ke apa?" Soalku untuk kepastian.
"Apa pulak, aku sangkut kat sini dah 3 hari bro…Ni first time aku nampak kau kat sini."
"Kau biar betul? Aku dari semalam duk melilau cari jalan keluar tapi tak nampak pun kau kat sini?" Soalku kehairanan kerana aku yakin bahawa tiada sesiapa yang berada di kawasan tersebut pada hari sebelumnya melainkan aku seorang.
"Carl, kau dah ada kat sini sejak dari bila?"
"Semalam." Jawabku jujur.
"Kau baru semalam ada kat sini. Aku dah tiga hari ada kat sini. Tapi aku tak nampak pun kau semalam?" Soalnya yang juga kehairanan dengan kemunculanku secara tiba-tiba di situ.
Adakah kami berdua termasuk ke dimensi berbeza? Teori kuantum fizik mula bermain di dalam mindaku. Dia telah berada di sini sejak daripada 3 hari yang lepas. Aku pula baru sehari tersadai di sini.
"Carl, kau bayangkan hari-hari aku repeat benda yang sama. Gila babi kau tau? Yang minah kat hujung sana tu aku rasa lagi lejen kot. Dia dah ada kat sini sebelum aku lagi…"
"Minah mana?"
"Tu yang duduk atas bangku hujung sana tu." Dia menghalakan tangan kanan dan kepalanya ke hujung kanan platform D666.
"Dia pun aku tak nampak jugak semalam. Serius. Aku tak nampak pun dia dan kau. Aku dah berpuluh kali lalu kawasan ni. Memang aku tak nampak…"
"Aku syak…"
"Kau syak apa Rex?"
"Ini pendapat akulah. Aku syak kita sebenarnya dipermainkan oleh something. Kau tak nampak aku dan aku pulak tak nampak kau. Mata kita macam ditutup. Tapi pelik jugak sebab aku dah berpuluh kali laungkan azan dan dah macam-macam surah aku baca tapi still stuck kat sini. Aku dah cuba keluar dari sini tapi failed! Damn! Aku masuk lif keluar kat tempat sama, naik tangga dan turun tangga pun last-last sampai kat sini balik. Signal phone pun haramjadah takde…" Terangnya panjang lebar.
"Semalam kau tak dengar ke aku azan? Aku pun dah banyak kali laungkan azan. Dari hujung platform sana sampailah ke dalam lif aku azan dan baca doa kuat-kuat. Kau tak dengar ke?" Soalku serius.
"Tak dengar langsung. Yang lagi pelik dapat makan free. Tapi tak tau siapa yang bagi…" Jawabnya bersahaja.
"Kau pun dapat jugak ke?"
"Yeah. Of courselah dapat. Aku dah usha. Tau-tau je ada makanan kat kafe tu. Aku dah spy. Memang takde orang kat dalam tu… " Ternyata dia juga tidak tahu akan gerangan penyumbang makanan dan minuman di kafe itu.
"Semalam kau makan apa?"
"Laksa Johor dengan Cendol…"
"Kau biar betul? Aku pulak Nasi Beriani Gam lauk kambing dengan air Milo Ais. Asal juadah kita lain erk?"
"Haa? Kau makan nasi beriani? Biar betul?"
"Betul! Sumpah!"
Rex berdiri dan membetulkan jaketnya. Dia menuju ke arah kafe itu lalu keluar dengan sebungkus makanan dan secawan kopi.
"Kau tengok makanan yang aku ambik ni. Penkek, scramble egg, dan air kopi. Sekarang kau pulak masuk ke sana dan ambik makanan kau. Aku nak tengok." Arahnya bersahaja kepadaku.
Aku juga melakukan perkara yang sama sepertinya. Apabila membuka bungkusan makanan, aku dapati juadah sarapanku lain daripada juadahnya. Juadahku adalah Nasi Dagang Terengganu dan secawan air Milo panas.
"Rex, makanan kita lainlah…Tak sama. Kenapa erk?"
"Aku tak tahu. Jangan tanya aku…" Jawabnya ringkas seperti telah bosan dengan misteri yang sedang menimpa kami.
Aku inginkan kepastian tentang gerangan gadis yang sedang duduk di hujung platform itu.
"Kau ada tegur tak minah tu?" Soalku pada Rex.
"Takde pulak. Aku seganlah. Kau pergilah tegur dia Carl. Mana tau dia tahu apa-apa ke?"
"Kau dah 3 hari kat sini tapi langsung tak tegur dia? Takkan kau diam je?"
"Aku lain. Aku tak campur hal orang. Kalau kau nak sangat kenal dia kau pergi tanya dia sendirilah."
Aku mengambil keputusan untuk berkenalan dengan gadis itu. Aku berjalan ke hujung platform itu dan menuju ke arahnya. Dia hanya menundukkan kepalanya. Mukanya terlindung di sebalik rambutnya yang tebal itu.
"Hai…" Tegurku dengan penuh berhemah.
"Ehem ehem…Hai…"
Dia diam membisu. Tiada langsung respon darinya. Aku duduk di sebelahnya. Aku merapatinya. Aku menyentuh bahunya dan menegurnya lagi. Dia masih juga seperti tadi, tiada sebarang respon. Aku menundukkan mukaku dan cuba melihat wajahnya dari bawah. Kelihatan matanya terpejam rapat. Aku menggoncangkan tubuhnya.
"What do you want? Freak!" Dia menepis tanganku, berdiri, dan dia menjerit dengan sekuat hati di situ. Wajahnya agak jelita dan berkulit ala hispanic. Ada iras seperti penyanyi Ariana Grande.
"Ermm…I'm so sorry miss. I thought something terrible happened to you. I just want to make sure that you are safe." Merah padam mukaku akibat terkejut dengan jeritannya tadi. Dia kembali duduk dan bersandar sambil mengeluh panjang.
"Ermm, how long have you been here?" Soalku untuk kepastian.
"How long? You really want to know?"
"Yeah, for God sake…" Jawabku lemah.
Lama dia mengeluh. Aku mengandaikan mungkin dia telah berada di stesen ini lebih dari tempoh seminggu.
"Two." Dengan biadapnya dia mengangkat 2 batang jari tengahnya lalu disuakan ke mukaku.
"It was a damn rude girl! Your action reveals your attitude." Selamba aku menegurnya. Perempuan begini selayaknya diludah dan ditampar kerana tiada adab di dalam batas pergaulan.
"So what? It was two!" Jawabnya dengan angkuh.
"Two weeks? Two month?"
"Nope."
"Then?"
"Two years! It's been two years in a row man!"
"What in the hell? Two years? I don't believe in shit!" Jawapannya mengejutkan dan langsung tidak masuk akal. 2 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat.
"I couldn't believe it…"
"Nevermind. Because lot of people are same. Same as you."
"Sorry girl but I have my own reason for that…" Aku merenung ke dalam matanya. Matanya yang kuyu itu seperti menyimpan 1,001 rahsia. Rahsia yang tersimpul rapi.
"What should I call you?"
"Emily Rose. Just call me Emily or Rose."
"Hmm…Your name sounds familiar to me. Emily Rose..."
"And what is your name young boy?"
"Carl, from Malaysia."
"Malaysia. I never heard it before. Is it somewhere in Africa?"
"Nope. Are you high or drunk? Do I look like African or Nigga to you?"
Agaknya dia gagal di dalam subjek Geografi. Negara Malaysia dikatanya terletak di dalam benua Afrika? Adakah negaraku tidak masyhur di peta dunia?
"My country is located somewhere in south east Asia. It is next to Singapore."
"Owh. Singapore. I'm so sorry for that."
"Argh nevermind." Jawabku tenang.
Sedang aku khusyuk bersembang dengannya aku dikejutkan dengan bunyi tren yang sedang melalui landasan di hadapan kami. Bunyinya juga agak jelas dan aku boleh merasakan angin yang agak kuat ketika itu.
"Emily, do you feel that?"
"Feel what?"
"A mini turbulance of wind, effected by a movement of a train."
"Nope."
Adakah aku sedang berimaginasi ketika itu? Tidak mungkin. Aku dapat merasai dengan jelas angin itu.
"Girl, I want you to meet my friend. He is in the same boat as we are."
"What are you talking about? I didn't see anyone except you!"
"Are you blind? Take a look at there." Aku menghalakan tanganku ke arah tengah platform di mana Rex sedang duduk di situ.
"Are you ok Carl?"
"Yeah, definitely. Why?"
"There is nobody there…"
Ternyata Emily juga mengalami situasi yang sama sepertiku semalam.
"Emily, have you had your breakfast?"
"Nope. I only eat lunch and dinner…"
Pada pandanganku dia mungkin sedang berdiet. Dia kelihatan agak kurus dan dia tidak semesra Rex. Dia kembali menundukkan kepalanya dan tertidur.
"I want you to follow me." Aku merentap tangannya dan mengajaknya untuk berjalan bersama ke tempat Rex.
"Hey, it's hurt!"
"Sorry…"
Sesampainya di situ aku cuba memperkenalkan mereka berdua.
"Rex, minah ni cakap dia tak perasan kau ada kat sini. Dia ni rabun teruk agaknya.
"Carl, ermmm….Siapa kat sebelah kau tu?" Muka Rex tiba-tiba sahaja menjadi pucat lesi. Dia terketar-ketar dan menggigil di situ.
"Ni aku kenalkan, Emil…" Belum sempat aku menyudahkan dialog, aku melihat seorang wanita tua berpakaian seperti pakaian Inggeris lama, bermata bulat berwarna hitam, bergigi tajam, lidah bercabang dua terjelir-jelir keluar, dan memegang sebatang tongkat kayu sedang berpaut erat pada pinggangku.
"Rex, tolong aku!"
"Blah Carl! Lari…"
"Woi musibat, nak lari ke mana? Nenek kau ni peluk rapat aku ni! Tolong tolong…"
Aku seperti orang hilang akal. Aku membabi buta berlari tanpa tujuan. Wanita tua itu merangkul kemas pinggangku sambil membacakan jampi di dalam bahasa Latin. Kepalaku terasa sakit seperti diketuk sesuatu.
"Alamak sorry bro, aku nak pukul dia…Terkena kepala kau pulak." Jawab Rex dalam keadaan panik.
Aku menarik nafas sedalamnya sambil berzikir Allah Hu lalu menghembuskan nafasku ke arah wanita tua itu. Dia terjatuh di atas lantai. Aku dan Rex membelasah wanita tua itu sekuat mungkin. Rex terkumat kamit membaca sesuatu. Dia mengangkat tubuh wanita tua itu lalu menanggalkan pakaiannya.
"Kau buat apa ni? Kau nak rogol nenek tua ni ke apa?" Soalku sambil memerhatikan kelakuannya yang begitu aneh itu.
"Aku nak seksa dia. Carl, kau pegang kepala dia. Tutup mata kau."
"Kenapa aku nak kena tutup mata aku?"
"Ikut je cakap aku. Jangan banyak soal."
Aku memejam mataku seperti yang diarahkan olehnya. Tiba-tiba kedengaran jelas bunyi tren dan bunyi jeritan manusia.
Aku membuka semula mataku dan alangkah terkejutnya kerana aku sedang dikelilingi oleh ratusan manusia di platform D666. Keadaan ketika itu sangat mengejutkan kerana aku sedang memegang kepala seekor babi hutan yang berlumuran dengan darah hitam yang pekat. Rex pula tidak berpakaian dan pengsan di sebelahku. Keadaan sudah kembali normal. Kami telah selamat kembali ke dunia nyata.
Tak lama kemudian kami berdua telah dibawa ke pusat kawalan keselamatan stesen tren itu dan disoal siasat oleh pegawai-pegawai keselamatan di situ. Kami telah dituduh sebagai ahli kumpulan pengganas ISIS. Aku terdiam seribu bahasa manakala Rex kelihatan seperti seekor lembu yang dicucuk hidung.
Kami telah dibawa keluar daripada stesen itu dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Britain (Royal Military Police - RMP). Aku dan Rex bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang lebih berat di atas kesalahan yang tidak pernah kami lakukan ini.
Argh, situasi semakin teruk. Ketika berada di dalam bilik tahanan RMP, jelmaan wanita tua itu tiba-tiba muncul semula di hadapanku.
"This is just the beginning…Haha…" Katanya sambil menjelirkan lidahnya yang bercabang itu.
"Beginning of what?"
"An apocalypse to your races…Hahahahaha…" Jawabnya sambil terbang berkeliaran di dalam bilik tahanan itu.
Belum sempat aku memaki hamunnya, dia telah ghaib dari situ. Argh, kini semuanya telah musnah. Aku harus mencari jalan penyelesaian. Rex ditempatkan di bilik yang berlainan. Aku telah terputus hubungan dengan dunia luar. Aku kini buntu-sebuntunya. Apakah yang dimaksudkan dengan kata-katanya itu? Arghhh.
……….
Karya: Carlito Rocker
Suntingan dan gambar: Wan SC

Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? 
Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: