Friday 20 October 2017

RATU SIAM & PENGIKUT DAJJAL - Rana


Tajuk: Ratu Siam dan Pengikut Dajjal
Karya oleh: Rana
Suntingan: Gongpal Topek

Assalamualaikum. Maaf jika apa yg aku tulis ini tidak difahami oleh para pembaca. Aku bukanlah seorang penulis. Aku tulis cerita ini berdasarkan pengalaman hidup aku yg sebenar dan seperti tidak masuk logik akal. Semua ini bermula dari aku darjah 6. Aku sering dirasuk. Bermacam-macam pengamal perubatan Islam sudah aku jumpa, tetapi tetap sama.
Perkara mistik ini makin kritikal apabila datuk suami aku koma kerana serangan sakit jantung. Datuk suami aku ini seorang pengamal perubatan Islam. Dia dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan tersendiri. Dia sudah mengubat ramai orang. Aku salah seorang pesakitnya. Selama ini, datuk suami (aku bahasakan sebagai atok) sering menahan makhluk di dalam badan aku terus bermaharajalela. Makhluk di dalam badan aku bukan calang-calang. Sebab itulah atok hanya mampu menahan sahaja dan tidak dibuang.
Kembali kepada cerita asal. Beberapa hari selepas atok koma, atok meninggal dunia. Ketika mendengar perkhabaran itu, aku sedang masak. Dengan sendirinya aku tersenyum dan berkata, " bagus pun org tua tu dah mati."
Dalam masa yang sama, aku terkedu kerana aku telah bercakap tanpa niat dan tidak terlintas langsung untuk berkata sebegitu. Aku sudah terasa suatu aura kuat yang tidak pernah aku rasa selama ni. Makin hari makin menjadi-jadi perasaan tidak tenteram. Seminggu selepas atok meninggal, aku meminta suami bawa aku berjumpa pengubat Islam yang lain. Aku pilih untuk pergi berubat di Melawati, anak kepada kawan abang ipar aku yang mengubat. Dia budak berusia 14 tahun. Allah beri anugerah istimewa kepada dia. Namun, disebabkan dia baru berusia 14 tahun, dia belum cukup kuat untuk ambil kes-kes berat. Semasa proses rawatan, budak itu 'scan' badan aku dan dia dapat rasa ade lima ekor makhluk ade dalam diri aku. Budak itu berjaya keluarkan empat daripadanya. Lagi satu dia tidak mampu, lalu dia meminta ustazah dia buatkan. Sebabnya, yang satu ini sudah lama bertapak di dalam badan aku. Malam itu juga budak tu dan ibunya bawa aku ke tempat ustazah. Malangnya, ustazah sudah tidur. Aku ambil keputusan utk pergi berubat ke rumah ustazah di Ampang esok hari.
Pada keesokan harinya, aku, suami, anak-anak dan mak abah mertua aku pergi ke rumah ustazah jam 11 pagi. Semasa aku datang, ustazah suruh aku cerita dahulu ape terjadi. Aku ceritakan perihal apa yang budak smalam scan aku dan masih tinggal seekor dia tidak dapat keluarkan.
"Sebelum saya keluar rumah untuk ajar mengaji kat rumah anak murid saya tadi, banyak sami Thailand di depan rumah saya. Dalam hati saya terus terfikir, siapa pesakit nanti. Mesti hebat dia punya gangguan," ujar ustazah itu.
Ustazah menyambung, "Makhluk yang ada dalam diri awak ni, dia berkenan dengan awk sebab masa awk lahir, dia nampak sesuatu pada diri awak. Awak ada kelebihan yang Allah beri. Tak mengapa. Awak hanya ingat Allah sahaja, ya. Mari kita mulakan."
Semasa proses rawatan dijalankan, Ustazah masih berpesan, ingat Allah. Walau apa jadi, ingat Allah dan jangan berhenti zikir. Sepanjang rawatan, hanya kalimah Allah yang aku sebut dlm hati. Dalam seminit rawatan dijalankan, seorang ratu muncul dlm diri aku. Aku duduk dengan angkuh sambil senyum sinis. Aku berdialog sebagai ratu dengan ustazah.
Ratu (aku): Kau ingat, kuasa kau mampu jatuhkan aku? Aku ada banyak tentera, pengikut. Manusia semua bodoh.
Ustazah: Kau tak perlu angkuh. Kau sekarang sedang berlawan dengan kuasa Allah. Allah sedang bantu hambaNya menentang tentera kau.
Ratu: Tidak. Tentera aku antara tentera terkuat. Tentera aku akan memperjuangkan dajjal.
Ustazah: Engkau lihatlah, kerajaan yang 1300 tahun lamanya kau bina, sudah musnah. Allah hantar tenteranya untuk binasakan tentera-tentera kau.
Ratu: Tidak, jangan musnahkan tentera-tentera aku (Sambil tangan sedang bertapa seperti orang Thailand selalu bagi salam sawadikap itu)
Ustazah: Kau tidak mampu melawan rahmat Allah, kuasa Allah. Tentera Allah jauh lebih hebat dari tentera engkau.
Ratu: (Mulut terkumat-kamit membaca mentera memanggil sami-sami Thailandnya untuk bantu tenteranya berlawan.)
Ustazah: mentera kau sudah tak laku.. Allah sudah tarik kuasa kau. Takhta kau pun sudah jatuh di bumi. Sujud lah kau kepada Pencipta kau, iaitu Allah.
Ratu: Tidak. Aku ingin berjuang bersama dajjal.
Ustazah: Kau nak tengok apa aku buat? Baiklah (Ustazah pergi ke anak aku yg pertama dan kedua).
Ratu: Kau jangan usik anak-anak itu. Anak-anak itu tentera terhebat aku untuk bantu dajjal menentang islam. Bila usia anak itu meningkat, mereka akan jadi santapan aku (Sambil lidahnya menjelir).
Tanpa berlengah ustazah keluarkan benda yang ada pada kedua-dua anak aku. Ratu itu menangis kerana tentera terhebatnya sudah mati.
Ratu: Kenapa kau bunuh tentera terhebat aku? Aku sudah didik dia utk jadi barisan paling depan menentang org Islam. Kenapa kau bunuh dia ?(Menangis teresak-esak)
Ustazah: Sujudlah kau kepada Pencipta kau. 
Ratu: (Senyum sambil menari Thailand) Aku akan musnahkan orang Islam.

Ustazah: Menarilah kau. Tarian kau sudah cacat. Tarian sebenar kau bukan mcm tu. Kuasa dan mentera kau semua Allah sudah ambil. Menarilah kau dengan tarian kau tu.
Ratu: (Bermentera lagi bahasa yang langsung tidak faham) Datanglah kau bantu aku!
Ustazah: Sudahlah. Semua sudah tiada untuk kau. Sekarang tanggunglah akibat kau. Pahlawan Allah sudah datang utk menjemput kau.
Ratu: tidak.... Jangan, jangan! Jangan ambil aku. Jangan!
Ustazah: Rasalah kau pahlawan Allah itu. (Pahlawan Allah datang bawa pedang dan gari besi ikat ratu dan penggal kepala ratu itu di situ juga. Habis bersepah darah ajaib di rumah ustazah)
Aku mula tersedar tapi lemah. Aku merehatkan diri. Ustazah mengubat suami aku. Ustazah kata dekat suami aku ade ketua sami kerajaan ratu tu. Selesai urusan anak-anak dan suami, ustazah datang ke rumah aku. Rumah aku ade 20 sami. Selepas rawatan itu, mulut aku yang selama ini berzikir pelat, terus jadi lancar. Aku tidak pernah rasa zikir selancar ni. Aku terasa badan aku sangat ringan.
Selesai semua, aku sujud syukur kerana tiada lagi gangguan pada aku dan keluarga. Namun, ternyata jangkaanku meleset. Kerajaan lain datang menuntut bela atas kematian kerajaan Ratu Siam itu. Waktu maghrib selesai aku solat, tiba-tiba mata aku terbeliak melihat sekeliling rumah dengan senyuman sinis dan berjalan seperti seorang wanita yang angkuh. Aku dakap anak aku dengan muka yg teruja dan tersenyum lebar. Apabila aku terasa diri aku dikawal makhluk lain, aku terus beritahu suami aku yang ade makhluk lain dalam diri aku. Suami, mak dan kakak aku terus bawa aku ke rumah ustazah. Ternyata memang benar ada kerajaan lain menuntut bela atas kematian ratu kerajaan pertama. Ustazah mula berdialog.
Ustazah: kenapa kau datang?
Ratu 2: Aku kerajaan siam lain mahu tuntut kematian ratu. Kenapa kau bunuh dia?
Ustazah: Bukan aku yang bunuh, tetapi kuasa Allah yg bunuh dia. Sujud lah kau kepada Allah.
Ratu 2: Tidak. Aku sedang bersiap sedia dengan tentera aku untuk jadi pengikut dajjal.
Ustazah: Kau tak setanding dengan kami, umat Islam, untuk berlawan menentang dajjal. Masih jauh lagi perjalanan kau untuk jadi tentera-tentera dajjal. Pergilah kau sebelum Allah turunkan bantuan pada aku untuk hapuskan kau. Sebelum kau datang, sudah aku hapuskan tentera-tentera kau terlebih dahulu.
Ratu 2: (Baca mentera sambil tangannya angkat seperti sami Thailand) Datang, datanglah kemari hantar bantuan kepadaku. Datanglah....
Ustazah: Kau bacalah apa-apa mentera. Takkan datang tentera kau sebab aku sudah musnahkan terlebih awal sebelum kau datang pada wanita ini.
Ratu 2: (Dengan tiba-tiba menangis) Mana tentera aku? Mana?! Kenapa kau bunuh tenter-tentera aku. Kenapa kau bakar kerajaan aku?!
Ustazah : Sudah aku katakan pada kau. Aku lebih cepat daripada kau. Aku sudah hidu pergerakan kau terlebih awal. Berlawanlah kau dengan pahlawan Islam itu. Dia sedang menunggu kau di depan pintu.
Ratu 2: Tidak! Tidak ! Maafkan aku. Maafkan aku. (Merayu sambil tangannya minta ampun pada ustazah)
Ustazah: Kau hanya perlu minta maaf pada Allah sahaja. Sujudlah kau kepada Pencipta kau.
Ratu 2: Tidak. Aku setia untuk jadi pengikut dajjal. Arghhhhhhhhhh, arghhhh! (Suara merintih seperti disembelih)
Ustazah: (Ustazah cakap dengan suami dan mak) Banyak betul anak-anak ular hitam keluar dari badan dia. Kesian saya tengok. Dah beranak pinak jin duduk dalam badan dia. 
Aku sedar dari rasukan.

Ustazah: Awak rehat dulu. Anak ular tak habis keluar lagi dari badan awak. Biar dia keluar sampai habis. Ade seekor jin lagi nak masuk badan awak.
Dengan tiba-tiba mata aku tertumpu pada ustazah sambil menjelir lidah dan duduk bertapa seperti sami Thailand duduk.
Aku: (Baca mentera) Mari, mari.
Ustazah: Kau nak apa. Kau nak aku pancung kau?
Aku: (Menari sambil baca mentera)
Ustazah: Terimalah balasan dari pahlawan Islam tu. 
Aku: Arghhhh (Menjerit seperti disembelih)

Ustazah: Matilah kau. Tangan dan kepala banyak kau itu sudah dipancung.
Semua kembali normal. Aku balik ke rumah mak aku di Hulu Langat. Semuanya baik-baik sahaja setakat ni. Keesokkan harinya, aku pulang ke rumah aku, pada waktu maghrib. Aku terasa satu aura negatif datang lagi pada aku. Ayah mertua aku datang rumah untuk teman aku dan lihat keadaan. Nak dipendekkan cerita, ayah mertua aku ini berkebolehan melihat makhluk halus.
Sedang dia datang ke rumah aku, di luar rumah penuh makhluk tunggu depan rumah aku untuk bergilir masuk ke badan aku. Sekarang aku masih lagi dalam proses pemantauan ustazah dan ayah mertua aku. Doakan aku supaya tiada lagi gangguan. Aku sudah kepenatan menahan makhluk daripada memasuki diri aku. Pesanan aku, Persiapkan lah diri dengan amalan kerana, di alam lain, tentera mereka sedang bersiap sedia untuk kemunculan dajjal.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau e-melkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: