Wednesday 4 October 2017

RASUKAN LANGSUIR - Perpustakaan Awam


RASUKAN LANGSUIR
karya Perpustakaan Awam

Nama aku Abdul Salam. Aku berasal dari sebuah daerah yang terletak di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Untuk pengetahuan korang, aku boleh rasa dan nampak kehadiran entiti ghaib ni. Cuma pada masa-masa tertentu. Jadi, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku masa muda-muda dulu.
*****
Masa tu, sebuah NGO yang berkaitan dengan politik menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Nuang yang teletak di Hulu Langat. Ketinggian gunung ni ialah 1,493 meter dari paras laut. Boleh dikatakan di antara gunung yang top dikalangan pendaki baru dan lama.
Kawan aku Sudin Sulaiman dan Jeman beriya-iya ajak aku join sekali aktiviti tu dengan diorang.
"Abdul Salam! Jomlah ikut sekali," Sudin Sulaiman mengajak aku.
"Ishhh malaslah aku. Korang paham kan saiz badan aku yg 7XL ni mana mampu nak daki gunung. Naik tangga hostel yang setingkat pon nak termuntah," aku menolak ajakan Sudin Sulaiman sambil menyuap sepotong kuih seri muka ke mulut.
"Alaaa jom je. Ramai lagi orang gemuk yg join. Cuma kecik sikit la dari saiz ko ni. Hahahahah!" Sampuk Jeman sambil menyuap karipap ke mulutnya.
"Lepas tu dengar cerita ada awek Pandu Puteri SMK Senam-Senaman pon join sekali dengan kita. Tu memang selera ko tu Abdul Salam oii,"tambah Jeman lagi
Kata-kata Jeman itu membuatkan aku berfikir sejenak.
"Choii! Ko gila ke? 20 sebatan tau tak?? Ok aku follow korang," jawapan muktamad diberikan aku kepada Jeman dan Sudin.
Walaupun aku tak ada pengalaman mendaki gunung, aku nekad untuk ikut juga.
Jeman dan Sudin Sulaiman ni kawan aku dari sekolah rendah sampai dah besar panjang. Kiranya teman tapi mesra la. Diorang dah tau perangai aku yang mata keranjang ni. Pantang tengok awek cun. Cuma awek cun je yang taknak tengok aku yang gemuk ni.
Apabila Sampai masa yang dijanjikan, kami bertolak selepas subuh dengan menaiki bas yang disediakan penganjur. Seramai 25 orang peserta dari pekan itu mengikuti aktiviti tersebut termasuk seorang pendaki yang memang berpengalaman mendaki gunung, Suriman. Bekalan makanan mentah dan minuman ditanggung beres. Cuma perlu memasak sepanjang berada di lokasi pendakian. Malah siap diberi duit poket. Aku rasa macam pergi ke Perhimpunan Agung pulak dah.
Rupa-rupanya aku ditipu hidup-hidup oleh Jeman. Yang pergi semuanya jantan. Kurang ajor punya Jeman!
Di dalam bas, terdapat sesi suai kenal antara peserta dan disusuli sesi berkaraoke beramai-ramai yang memeriahkan suasana. Perjalanan ke Hulu Langat yang mengambil masa kira-kira 4 jam itu tenang tanpa sebarang masalah dan kami sempat singgah di Restoran Sri Kassim, Kuala Selangor untuk bersarapan.
Bas yang membawa kami singgah di Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk kami melaporkan diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke Lembah Pangsun. Ini penting jika berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh ekspedisi.
Sebaik tiba, seorang renjer yang dikenali sebagai Wak Selamat telah sedia menunggu kehadiran kami untuk membantu sepanjang ekpedisi mendaki ini.
Bayaran sebanyak RM1 seorang perlu di jelaskan di pondok Perhilitan. Kami terus bergerak dengan berjalan kaki bersama renjer menuju ke Kem Lolo yang terletak kira-kira 4.9KM dari pondok pendaftaran. Kem Lolo dipilih sebagai tapak perkhemahan kerana dekat dengan sumber air iaitu air terjun berbanding kem lain.
Sebaik tiba di Kem Lolo kami terus memasang khemah dan mengagihkan tugas mencari kayu api dan memasak untuk makan malam.
Ketua peserta iaitu Suriman mengarah aku, "Abdul Salam, ko ajak 2 atau 3 orang cari kayu api. Stanby untuk unggun api malam nanti."
Aku yang sedari tadi hanya berbaring santai sambil memerhatikan Sudin Sulaiman, Jeman dan peserta lain memasang khemah, bingkas bangun,"Apsal aku pulak? Suruh lah orang lain sebab aku tengah sibuk jadi supervisor ni. Lagi pun aku..."
"Ko jangan nak mengada! Kurus sikit badan ko tu nanti," Suriman memotong ayat aku. "Jangan pergi jauh sangat sebab area sini agak keras."
Aku mengangguk lemah. Akur dengan arahan yang diberi, aku ajak seorang peserta yang bernama Badrul Badri dan Jeman untuk tolong aku cari kayu api. Kami meneruskan misi sambil berjalan berpimpin tangan.
Semasa sedang mencari kayu api, Jeman yang memang terkenal dengan mulut celupar bersuara,"Korang rasa hantu wujud tak? Kat sini ada tak? Aku teringin nak tengok. Nak tau jugak betul ke ape yang orang lain cerita."
"Musibat haram jadah! Mulut jangan nak puaka sangat!" Aku menempelak Jeman. "Ingat sikit kita ni kat mana! Jangan sampai aku lepuk dahi ko Jeman!" sambung aku lagi.
Badrul Badri yang sememangnya tak banyak cakap hanya mendiamkan diri sambil matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Malang betul aku dapat partner yang sorang mulut celupar dan sorang lagi pendiam. Selesai mencari kayu api, aku yang dah basah kuyup kerana peluh, terus melompat ke dalam air terjun tanpa menghiraukan Jeman dan Badrul Badri.
"Sudahlah tu. Jangan mandi lama sangat. Jom makan!" Sudin Sulaiman memanggil aku yg dari tadi leka menikmati kesejukan air terjun tu. Tanpa membuang masa aku terus menikmati hidangan yang disediakan bersama peserta yang lain. Hari pertama kami di sana berlalu tenang tanpa sebarang gangguan.
Keesokannya, kami memulakan pendakian yang akan mengambil masa kira-kira 12-14 jam selepas selesai solat subuh berjemaah. Wak Selamat membuat roll call dulu dan kami dipecahkan kepada 5 kumpulan.
Pendakian kami berjalan lancar dan selamat turun ke Kem Lolo kira-kira jam 7.30 malam. Kami dinasihatkan oleh Wak Selamat untuk mandi air terjun bersama-sama sebab dah lewat petang. Jeman yang degil ni pergi mandi dulu sorang-sorang.
Tiba-tiba dia naik ke atas semula sambil menjerit ala pondan. Rupanya dia kena kacau masa tengah mandi. Ramai yang berkerumun kat dia sebab nak tau cerita apa yang berlaku.
Dengan nada ketakutan, Jeman bercerita," Masa tengah mandi tu, aku dah rasa meremang. Aku ternampak ada benda putih kat sebelah batu besar tu. Bila aku toleh je, mata merah tersembul, muka buruk senyum menyeringai betul-betul depan muka aku. Melompat la aku. Takkan aku nak tunggu lagi. Terus cabut lari naik atas. Bukan takut, cuma terkejut je."
"Puihhh... Sempat lagi nak berlagak tu. Lain kali jangan cakap besar." Nasihat aku kepada Jeman.
Aku tengok muka Jeman tiba-tiba dah lain macam.
"Sebab dia cakap teringin nak tengok aku!!" Tiba-tiba suara kasar dan garau keluar dari mulut Jeman. Kami semua yang yang ada berhampiran Jeman melompat terkejut sebaik je dengar suara tu.
Pada masa yang sama, lolongan anjing kedengaran dan angin bertiup kencang. Suasana masa tu dah mula kelam kabut. Masing-masing mula berlari untuk menyelamatkan diri mencari tempat berlindung. Yang tinggal cuma aku dan Suriman. Wak Selamat dah menghilangkan diri entah ke mana.
Aku terus melaungkan azan manakala Suriman terkumat kamit membaca ayat Kursi.
"Kau ingat aku takut dengan kau wahai manusia hina?"
"Berambus kau dari sini!
“Aku nak dia tinggal dengan aku!"
"Jangan ganggu anak cucu Adam! Ini bukan dunia kau. Kau tak ada hak untuk ambil dia. Baik kau keluar sebelum aku bunuh kau."
Aku tahu yang kata-kata aku tadi tak tinggalkan sebarang kesan pon kepada dia.
Aku berdoa memohon kepada-Nya agar urusan aku ini dipermudahkan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat aku kenali. Panglima Ali ! Ya! Sahabat aku dari alam lain. Berpakaian macam zaman melayu silam. Berbaju Melayu songket dan keris tersisip kemas di pinggang. Di sisinya ada seekor harimau belang, yang sentiasa menemani Panglima Ali ke mana sahaja.
Tanpa membuang masa, aku mula mengorak langkah.
Ilmu yang aku pelajari selama ini akan aku gunakan sebaik mungkin.
Badan Jeman mula terapung. Panglima Ali sempat menarik Jeman daripada terbang lebih tinggi dan terus jatuhkan Jeman ke tanah dalam keadaan meniarap.
Aku membaca ayat Kursi dan Ayat 1000 Dinar dan terus melompat ke kaki Jeman. Aku picit ibu jari kaki dia dan mula menarik makhluk tu keluar melalui ibu jari kaki dia. Bau busuk mula menusuk hidung aku.
Makhluk tu aku berjaya tarik keluar daripada badan Jeman. Jelas depan mata aku, dah la muka buruk, penuh dengan ulat, busuk, terjelir lidah dia sampai ke tanah. Langsuir rupenye!
Panglima Ali yang dah sedia dari tadi terus menghunus keris berkali-kali kat badan langsuir tu. Jeritan nyaring sang langsuir memecah keheningan malam itu. Perlahan-lahan berubah menjadi asap dan terus menghilang. Angin yang bertiup kencang semakin reda. Tiada lagi kedengaran lolongan anjing.
Aku memapah Jeman bersandar pada pokok. Panglima Ali hanya tersenyum memandang aku dan terus menghilangkan diri. Selepas Jeman sedarkan diri, aku terus memberikan Jeman air penawar yang sentiasa aku bawa ke mana-mana untuk menguatkan semangat iaitu air Ribena yang telah di bacakan ayat-ayat suci.
Peserta lain yg berlindung di dalam khemah mula mrmunculkan diri. Suasana menjadi riuh semula. Sudin Sulaiman terkocoh-kocoh datang kepada aku.
"Sudin Sulaiman, apsal seluar ko basah?" Aku berbisik menyoal Sudin Sulaiman.
"Aku terkencing dalam seluar masa lari tadi." Jawab Sudin Sulaiman.
"Kahkahkahkahkah! Penakut nak mampus!!" Aku hanya mampu gelak mendengar jawapan Sudin Sulaiman.
Malam itu, kami semua tidur dengan tenang. Aku dan beberapa orang yang lain berjaga sehingga ke pagi.
*****
Pagi itu, Jeman dah semakin sihat. Cuma dia banyak mendiamkan diri. Duduk termenung seorang diri. Mungkin dah serik sebab keceluparan dia di sini. Kami terus berkemas untuk berangkat pulang. Alhamdulillah, perjalanan pulang kami berjalan lancar dan selamat sampai.
Sebelum berpisah, kami semua saling bertukar nombor telefon dan bersalam. Aku, Jeman dan Sudin Sulaiman pon berangkat pulang ke rumah masing-masing.
Jika pergi ke mana-mana, mulut mesti mau jaga...
Jangan cakap besar...
Jangan berlagak...
Bukan kita je yang hidup dalam ini dunia…
Mengerti??!
______________________
Suntingan Karya & Gambar : DeeFen DF

Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com

Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: