Sunday 22 October 2017

PENUMPANG - Nix Helmie Hisyam


PENUMPANG

=====================
Jam ditangan kiri Azmin menunjukkan 11.30 malam, Azmin masih lagi sedang rancak melayan kawan kawannya yang sedang bergembira di pusat karaoke.
Azmin merupakan seorang pemandu teksi yang sentiasa bekerja hingga ke lewat malam. Setiap hari dia akan berhenti di suatu tempat yang kebiasaannya menjadi tumpuan untuk orang awam mencari teksi. Akan tetapi pada malam itu, tempat yang Azmin selalu berhenti untuk menunggu penumpang itu lengang dan sunyi.
Disebabkan tiada pelanggan, Azmin turut mengikut jejak langkah kawan-kawan teksinya yang lain pergi ke pusat karaoke untuk berseronok.
"Aku rasa sampai pukul 12 sajalah aku lepak dengan korang. Mata ni rasa berat je malam nie.” Azmin menyatakan hasratnya untuk pulang lebih awal pada kawan-kawannya.
“Geng, aku gerak balik dulu la ye." kata Azmin kepada kawan-kawannya yang masih seronok menyanyi lagu lagu 60-an setelah dia melihat jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
"Ala… Nanti la dulu Min, lagipun bukannya hari-hari kita dapat enjoy macam ni. Biasa kalau jumpa mesti dekat taxi stand je, itupun cuma borak-borak kosong. Lagi sejam kita balik la aku janji." Kamal cuba memujuk Azmin supaya menunda hasratnya yang ingin pulang lebih awal.
"Malas la aku nak tunggu korang. Nanti dah habis karaoke, korang ajak pergi lepak mamak pulak. Silap-silap nak azan Subuh baru balik. Baik aku balik awal peluk bini aku kat rumah lagi best." Balas Azmin.
Azmin nekad untuk pulang awal. Lantas dia mengambil kunci teksinya yang berada diatas meja dan segera keluar dari pusat karaoke dan menuju ke teksinya . Azmin melabuhkan punggungnya di kerusi teksi sambil mengeluh,
"Pelanggan tak dapat, duit aku yang melayang kena belanja diorang semua karaoke. Ini kalau bini aku tahu masak aku nanti". Keluh beliau.
Azmin mengambil rokok John yang tersimpan di poket baju kemejanya. Lalu tangan dia meraba-raba poket seluarnya mencari lighter cricket yang baru dibelinya.
“Mana pergi lighter aku ni”. Azmin merungut kerana dia tidak menjumpai lighternya.
“Mesti tertinggal kat karaoke ni. Nasib baik aku ada lighter spare dalam dashbox teksi aku ni”. Azmin mengomel sendirian sambil mengambil lighter lain dalam dashbox teksinya.
Azmin membakar rokoknya dan meneruskan perjalanan untuk pulang kerumahnya. Jarak dari pusat karaoke ke rumahnya agak jauh, namun disebabkan Azmin malas nak memandu lama-lama disebabkan badan dah letih dan mata pun dah mula memberi isyarat untuk tidur, lalu Azmin mengambil keputusan untuk ikut jalan pintas pulang ke rumah .
Azmin memandu seperti kebiasaannya dan tiada apa-apa pun yang berlaku sehinggalah dia tiba di satu simpang untuk pulang ke rumahnya, Azmin berhentikan kenderaannya dan bemonolog didalam hatinya.
"Kalau tak silap aku simpang ni la yang orang kampung cakap kalau dah lewat malam jangan guna jalan ni”. Segala apa yang diceritakan oleh orang kampung mula bermain difikiran Azmin.
“Haish… aku dah mengantuk sangat nie takkan nak patah balik pulak. Ahh… tu semua mengarutlah." Azmin kemudian memecut laju teksinya dan terus melalui simpang itu. Ketika Azmin memandu masuk ke simpang itu, dia mula merasakan macam ada sesuatu yang tak kena. Bulu romanya meremang dia terbau bauan yang harum menerjah masuk ke dalam keretanya melalui tingkap kereta yang tak dinaikkan sepenuhnya. Azmin melihat kiri dan kanan tetapi tidak ada apa-apa yang pelik.
Azmin abaikan rasa itu dan terus memandu dengan mata yang kadang kadang tertutup kadang terbukak. Sehinggalah bila tiba tiba dia tersentak dengan satu bunyi dentuman "Bammm" Azmin menekan pedal brek mengejut dan rasakan seperti baru sahaja melanggar sesuatu dihadapan kereta nya. Azmin keluar untuk dan bergerak ke bahagian depan teksinya untuk melihat apa yang dilanggarnya tadi.
"Aik? Tak ada apa pulak kat depan teksi aku ni. Tadi rasa macam aku ada langgar sesuatu." Azmin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berkata dalam hati.
“Perasaan aku je kot.”
Selepas memeriksa bahagian hadapan teksinya Azmin masuk semula ke dalam teksi dan meneruskan perjalanan. Semasa didalam kereta Azmin terhidu bau bunga kemboja yang sama seperti bauan yang dia hidu tadi. Tapi Azmin tak menghiraukan bau itu dan terus bergerak balik.
Sampai sahaja dirumah, Azmin terus masuk kedalam rumah dan memeriksa bilik anaknya untuk melihat jika mereka sudah tidur atau belum. Kemudian Azmin melangkah masuk kebiliknya dan terus memeluk isteri nya yang sedang nyenyak tidur.
Isterinya terjaga dari tidur dengan keadaan yang mamai terus bertanya 
"Awal abang balik malam nie?" Sambil mulutnya terbuka luas kerana menguap.

Azmin terkejut melihat isterinya yang menguap. 
"Awak ni dah kenapa menguap sampai macam tu sekali?" Tanya Azmin kepada isterinya.

Tiba tiba isterinya menunduk kepala dengan rambut yang menutupi muka dan menangis teresak esak sambil berkata.
"Aku nak balik, aku nak balik…, aku nak balik".

Azmin melompat dari katil. Dengan muka yang pucat Azmin menanyakan isterinya.
"Awak nak balik mana sayang? Kenapa menangis teruk macam ni?.Awak nak balik mana saya tak faham."

Isterinya yang menunduk tadi terus mengangkat mukanya. Dengan mata yang putih sahaja isterinya bercakap dengan suara yang kasar. 
"AKU NAK BALIK TEMPAT AKU!!! AKU NAK BALIK!!". Dengan tiba tiba isteri Azmin merangkak turun dari katil dan mencangkung di depan Azmin sambil menangis. Azmin buntu ketika itu, dia seakan sudah tahu isterinya telah dirasuk oleh iblis yang mungkin dia bawa pulang. Namun Azmin tidak tahu apa yang patut dibuat.

"Kau nak balik mana? Kenapa kau ada dalam tubuh isteri aku? Macamana kau boleh masuk sini?". Soal Azmin yang memberanikan diri untuk melawan iblis itu.
Isterinya yang mencangkung tadi tersenyum sinis dan ketawa.
"He…He…Heee…, aku nak balik ke tempat asal aku. Tempat yang kau ambil aku tadi. Jika tidak aku akan terus berada disini untuk dampingi isteri kau…hehehehe…". Azmin makin bingung. 
"Bila masa aku amik kau? Aku tak pernah amik kau kat mana mana tempat pun. Baik kau keluar sebelum aku azan dalam rumah nie". Ugut Azmin.

Isterinya yang mencangkung tadi terus ketawa 
"Hehehehe…Kau azanlah kalau kau nak tengok isteri kau aku cederakan. Aku cuma minta nak balik ke tempat asal aku. Kau melalui simpang di hadapan rumah kau ketika tu aku ingin melintasi jalan tetapi kau sudah melanggar aku dan membawa aku pulang. Permintaan aku cuma ingin pulang ke tempat asal aku".

Azmin terdiam, dia sudah mula faham apa yang berlaku. Rupa-rupanya bunyi yang berlanggar dengan dia tadi adalah bunyi iblis yang tak sengaja langgar keretanya.
"Baikk aku boleh hantar kau balik, tapi dengan satu syarat kau kena berjanji yang kau akan keluar dari badan isteri aku".
Iblis itu hanya ketawa dan mengangguk tanda faham. Malam itu juga Azmin membawa isterinya menaiki teksi dan bergerak melalui simpang yang dia terlanggar iblis itu. Didalam teksi Azmin diam membisu tetapi isterinya hanya ketawa sahaja. Sampai di simpang itu Azmin memberhentikan teksinya dan menurunkan tingkap sambil berkata, "aku dah bawak kau sampai sini dan kau pun dah janji dengan aku yang kau nak keluar dari badan isteri aku. Sekarang kau kena kotakan janji kau sebelum aku pasang ayat-ayat quran dalam kereta aku ni"
Serentak dengan itu Azmin rasakan angin yang laju melintasi mukanya dan disertakan dengan satu bauan yang busuk. Isteri Azmin hanya diam membisu. Azmin menggoncangkan badan isterinya untuk mengejutkannya.
"Sayang, bangun sayang bangun" kejut si Azmin. 
Isterinya yang mamai bangun dari tidur dan menggosok matanya. Dia kelihatan seperti bingung dan bertanya pada Azmin.

"Kenapa saya boleh ada dalam kereta abang nie? Kita nak pergi mana bang?". Isterinya bertanya pada Azmin kerana dia tahu yang tadi dia tidur di rumah bukan dalam kereta.
“Tak ada apa apalah sayang. Abang saja bawak sayang jalan malam malam ni sebab tadi abang macam dengar sayang cakap panas kat bilik. Abang bawak sayang masuk kereta bagi sejuk sikit.”
Azmin menarik nafas lega dan terus beredar dari simpang itu. Sampai di rumah baru Azmin teringat yang dia masuk rumah awal tadi tanpa baca bismillah dan memberi salam dan terus masuk bilik peluk isteri tanpa membersihkan badannya terlebih dahulu. Secara tak langsung iblis yang ikutnya dari simpang tadi turut sama masuk dalam rumahnya. Azmin nekad yang lepas ni dia tak akan lalu simpang tu lagi bila lewat malam dan jika terpaksa bekerja sampai malam dia akan balik selepas subuh.
=======================
Suntingan : Kucing Kelabu 
Gambar: #kamenrider

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com

Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: