Sunday 15 October 2017

ANTARA DABUS DAN PUAKA - The Flash


ANTARA DABUS DAN PUAKA
perkongsian daripada: The Flash

Nota: Ini adalah kisah benar yang diceritakan kepada aku oleh sahabat aku Roslan, yang berasal dari Lenggong,Perak
*****
Aku berkerja sebagai cikgu dan gemar mengumpul barang barang antik. Sebut sahaja, dari memoribilia Coca Cola sampai lah ke seterika lama, aku akan kumpul.
Benar orang kata, sesetengah hobi kalau kena caranya, boleh jadi duit. Isteri aku pun seronok tengok aku kumpul benda-benda antik ni. Ye la. Sekali aku jual seterika lama, RM200 dah tentu dalam tangan. Lepas la nak beli sehelai tudung designer untuk dia, ye dak?
Kisahnya, arwah nenek aku memang banyak koleksi barang-barang lama. Dari pinggan mangkuk sampai lah ke katil, almari,beg dan baju kebaya lama zaman 60s, pun dia simpan.
“Untuk kenangan anak cicit nanti.” Itulah kata arwah nenek dulu.
Benar. Sekarang ini, aku lah yang jenuh pergi cari dan kumpul semua barangan klasik tinggalan Nenek. Kebetulan memang tiada sesiapa pun yang nakkan barang-barang tu. Malah, aku dah dapat kebenaran dari arwah Nenek sejak aku dah berkahwin.
“Mak Tok ada kabo kat Acu, dia nak kamu ambil barang dia, ikut suka kamu lah, nak jual boleh, nak simpan pun boleh. Orang-orang lain semua taknak.” ujar Makcik aku selepas beberapa hari pemergian nenek.
Makcik hulurkan kunci stor milik arwah nenek. Punyalah seronok hati aku ketika itu. Bak kata pepatah. Pucuk di cita ulam mendatang.
Selepas makan tengahari. Berbekalkan lampu suluh dan penutup mulut, aku ke bawah (Rumah lama - bahagian dapur belah bawah dan stor tepi jamban).
“Fuh!! Padlock nenek pun dah kira klasik, vintage habis ni! Boleh try Ebay.” bisik hati aku. Seronok hati aku bila tengok padlock jenama Corben ni .Belum buka stor dah jumpa barang power.
Seusai daun pintu di kuak, aku umpama kucing mendapat ikan, terus menerus mengeledah isi stor. Langsung tak hiraukan habuk dan sarang lelabah yang menerpa ke wajah.
Semasa hayat nenek, aku sangkakan stor ini adalah stor menyimpan baja ataupun mesin potong rumput. Rupa-rupanya, penuh dengan barang-barang vintage kesayangan arwah nenek. Hampir 2 jam jugalah aku mengeledah. Sempat juga Zila, isteri aku menyapa.
“Power tak bang?”
“Bukan power lagi dah. Ni dah level harta karun dah ni!”

Dalam sibuk menggeledah, aku terpandang satu set tepak sirih,dan beberapa set barangan perkahwinan (termasuklah set merenjis, bunga pahar etc) di buat dari solid tembaga. Ada juga beberapa keris dan parang lama. Ada yang made in USA, made in Brazil.
Malam itu, selepas majlis tahlil arwah selesai, aku menuju ke beranda rumah bersama-sama sekotak barang-barang antik yang aku sudah pilih siap-siap siang tadi. Ada radio lama, dulang, pinggan mangguk, beberapa syiling lama dan juga barang-barang tembaga.
Baru aku perasan, barangan tembaga tu banyak, siap ada sudu garfu, pinggan, mangkuk, tekur meludah dan teko teh. Semuanya tembaga.
Sambil duduk-duduk diberanda tu, aku amik Autosol (sejenis pencuci barang besi macam colgate) lalu aku lap dan bersihkan barang-barang tembaga tu, sambil di perhatikan saudara-mara yang lain yang turut bersembang, mengambil angin malam.
Esok paginya, Zila panggil aku, dengan suara yang agak nyaring!
“Sayanggg oii!”jerit Zila
Tergesa-gesa aku bergegas dari bawah rumah ke pintu dapur.
“Ni dah kenapa ada pinggan,cawan dengan teko tembaga ni bang dalam sinki?” bebel Zila.
Aku terpinga pinga. Seingat aku, malam tadi selepas di cuci dan di lap, aku terus masukkan semula ke dalam kotak.
“Mana?” soal aku.
Zila menudingkan jari ke dalam sinki. Ya, memang ada satu cawan tembaga, teko tembaga dan pinggan tembaga di dalam sinki. Dan yang menariknya, ada bekas nasi dan di teko ada serbuk kopi.
“Tak kancing gigi ke sayang makan guna ni” bebel Zila lagi.
Aku masih lagi terpinga pinga sambil membilas barangan tersebut. Mana boleh kena air sebenarnya tembaga ni. Dan aku tak da nya lah nak pakai untuk letak makanan.
“Kopi boleh basuh tembaga la Kak Yong” sampuk pakcik aku yang aku panggil Andak.
“Ye la. Lain kali basuh ye sayang.” sambil Zila pada aku kemudian dia berlalu.
Fikir aku. Sengaja Andak berkata demikian untuk mematikan bebelan si Zila. Dari hujung tangga, Andak memandang tepat muka aku. Aku naik menuju ke kotak tersebut. Dan ya, memang ada kesan di buka pada kotak. Hati aku mula tak sedap.
“Lan. Ada benda aku nak cakap!” jerkah Andak dari belakang. Hampir melatah aku di buatnya.
“Apa dia Andak” tanya aku.
“Malam tadi, aku bangun nak terkencing. Masa aku nak turun tangga, aku nampak ada lelaki berpakaian songket lengkap, tengah makan bersila atas lantai dapur tu. Tapi, maksud aku, dia tak bersila betul tau. Macam terapung. Guna pinggan tadi tu la. Terus tak jadi aku nak ke tandas.” sambil Andak menudingkan jari ke pinggan dan cawan di tangan aku.
“Kau biar betul ni Andak!” balas aku curiga.
“Ya, betul. Aku serius ni. Buat apa aku nak tipu? Yang buat aku seram, aku nampak Mak aku (nenek). Nenek masa muda dengan songket merah dia. Kepala dia tutup dengan kain batik. Lepas tu, ada macam dua tiga orang perempuan lain berpakaian macam Nenek juga, tengah hidang lelaki tu. Nenek pun terapung kau tau! Aku tak tahu apa yang lelaki tu makan, tahu-tahu je dulang mak kau pegang ada lauk!” ceritanya panjang lebar.
“Nenek dah lama tau, buang saka dia!” sambung Andak lagi.
Aku gumam, terdiam. Tak sangka yang Nenek pernah amal saka.
Hari terakhir aku di rumah Nenek, ketika aku tengah loading barang-barang antik Nenek ke dalam kereta, aku sempat lagi berborak dengan Andak pasal Nenek.
"Lama dah nenek kau buang 5-6 tahun lepas. Aku sendiri yang jemput Tuan Ustaz tu dari Kuala Kangsar." ujar Andak
"Pasal perkakas tembaga tu, kau tak payah bawa pergi Ipoh la. Tinggal je dekat sini. Ambik je barang yang kau nak jual je. Aku tak sedap hati la pasal benda tu. Tinggal tau!" pesan Andak
Sebenarnya, bila di fikir waktu muda Nenek dulu, memang tak terkejut difikirkan orang tua ni ada main saka. Nenek penah menentang komunis (pakai parang je!), nenek pandai bersilat, tahu panjat pokok kelapa. Dah tu pulak pandai buat minyak urut dan urut orang bersalin.
Bidan terjun pun Nenek pernah jadi. Dia sambut 3 pasangan bersalin, sebab nak tunggu bidan betul lambat, nenek volunteer sambut kelahiran.
Bab-bab urus kebun tu nenek upah orang,tapi yang dia urus sendiri pun ada. Bab-bab saka tolong jaga aku tak penah dengar pula.
"Aku balik dulu lah Lan. Ingat pesan aku, tinggal je. Jangan bawak, ya" pesan Andak sebelum kereta nya beransur keluar dari perkarangan rumah nenek.
Aku angguk, tapi aku tipu. Aku tetap nak bawak balik. Sebab apa? Entah, aku rasa ini legasi nenek, sayang kalau di tinggalkan. Hampir semua barang antik nenek aku bawak balik. Selamat la aku memandu Nissan Navara,memang aku sumbat habis.
-----------------------------------------------
2 minggu selepas pemergian nenek.
Ada beberapa kotak barang nenek aku tak punggah,cuma ada satu kotak tu mmg aku asingkan, sebab dalam tu ada cawan Coca Cola, F&N, tin MILO lama dan beberapa bekas letak rokok vintage berserta ashtray.
Semua barangan ni aku dah ada buyer. Diorang memang collector tegar. Hampir RM900 jugak la aku dapat dengan kesemua barang barang tu. Dalam hati nak belanja buat tahlil nenek hujung bulan atau sedekah nasi kat masjid hari Khamis.
Beberapa hari kemudian..
Satu malam, hujan renyai di bandar Ipoh. Aku duduk di Taman Song Choon. Isteri aku malam tu balik lewat, ada makan makan dekat office dia. Aku malas nak ikut. Lagipun time tu aku sibuk dengan Sukan Bola Baling Daerah (aku jurulatih dekat sekolahaku mengajar tu). Lagipun penat la. Tinggal la aku dengan Amar (anak aku).
Jam dah 9:30pm. Zila ada telefon aku. Katanya dia sudah bergerak balik dari Kinta Riverfront Hotel.
Aku melayan TV,sambil anak aku dah lama di buai mimpi.
Dangggg!! 
Bunyi benda jatuh dari atas!

Tersentak, aku cepat cepat naik. Untuk pengetahuan semua, barang-barang antik aku memang simpan dalam satu bilik yg tak gunakan, sebab rumah aku ada 4 bilik. Bunyi tu datang dari bilik tempat barang antik tu lah. Pintu aku kuak. Suis lampu di petik.
"Astagafirullahalazim!!" terkejut aku. Mana tak nya, semua barang perkakas nenek ELOK TERSUSUN DI TENGAH BILIK! Cantik di letak. Dengan kacip, dengan gobek, dengan tepak sirih dan pinggan dan sudu. Tindakan pantas aku ketika itu terus aku tutup lampu, tutup pintu dan lari turun bawah.
Aku terus buka pintu dan tunggu di luar. (Amar aku boleh pula biarkan dia seorang diri tidur). Mujur lah jiran sebelah rumah aku ni tengah sidai kain! Terus aku borak hal-hal dunia.
Zila pulang kira kira 20 minit kemudian. Aku tak cerita pun dekat dia. Masa nak tidur, aku sengaja jenguk bilik tu. Tak ada dah barang-barang yang tersusun kat tengah bilik tadi. Semua elok dalam kotak. Selotep dia pun tak terbuka. Aku syak perasaan aku. Mungkin.
Satu malam. Sabtu. Jam 1 pagi, aku ke tandas.
Bam!!!! ada benda menghentak dinding bilik air tu!! Tak sempat nak respon apa-apa, Bam!!! sekali lagi!! Aku tersentak. Cepat-cepat aku terus keluar dari bilik air. Aku tenangkan diri di ruang tamu. Nak sambung tidur memang dah hilang terus dah mengantuk ni. Penyudahnya, aku layan tengok bola. Bagi hilangkan rasa terkejut aku tu tadi.
Lebih kurang jam 2 pagi macam tu, tengah seronok melayan, aku terdengar bunyi loceng berkerincing pula. (bunyi macam loceng leher kucing).
Bunyinya dari arah tangga.

Cing....Cing...
Serta merta tubuh aku rasa panas dan keras. Aku padamkan TV. Mata aku tertumpu pada tangga. (Belakang TV adalah tangga)
Aku nampak kaki...dan 'dia' turun perlahan lahan.
Ya Allah! Zila!! Kenapa Zila pakai macam penari Dabus??!!!!
Suara nak menjerit tak keluar. Mata Zila melilau. Merah dan memandang tepat pada aku!
Cing...cing....bunyi anak dabus (alat yang digunakan dalam tarian dabus)
Aku jadi macam beku, terbaring atas sofa, melihat isteri aku meliukkan tubuhnya sambil menari dabus. (aku penah tengok tarian ni dekat Bagan Datoh masa aku kecik dulu.)
Zila menjunjung anak dabus dan menikam lengannya!!
cappp!!!cappp!!
Serta merta darah memancut keluar dari lengan dia dan yang buatkan aku terkejut adalah bila Zila menikam lehernya dengan anak dabus dan matanya!! Sambil memancut-mancut darahnya keluar, Zila senyum ke arah aku!
Aku terpaku!
Zasss! Sekelip mata Zila melompat ke atas aku seraya menikam2 leher, mata dan lehernya! Berjurai darah memercik pada aku!
Tanpa di sangka, Zila terus menerkam aku penuh ghairah. Dalam separa sedar, kami melakukan ‘hal itu’. Walaupun aku masih terkejut dan kehairan, termasuklah berdebar dan seram, aku masih rela melayaninya.
Esok paginya, apabila celik sahaja mata, aku terus menerpa ke arah Zila dan melihat tangan dan leher nya. Zila terperanjat dengan tindakan aku.
"Kenapa sayang ni??!!" soal Zila. Memang tak da satu kesan pun.
"Takda apa" pantas aku jawab.
"Sayang tidur bawah tengok bola ke lepas kita (Zila senyum-senyum) malam tadi kat atas? Jahat betul ya malam tadi. Siapa ajar foreplay pakai baju hulubalang silat-silat ni ha? hihihihi" rengek Zila di tepi telinga aku.

Aku ketawa sinis. Badan mula rasa peluh. Aku jadi bingung.
"I buatkan sarapan dah tu, pegi mandi. Sarapan sama ya." ujar Zila. Aku iyakan. Aku jadi makin bingung. Mana ada aku naik atas, dan siapa pulak yang bersama sakan dengan aku kat sofa ni? Aku dah mula rasa ini punca tembaga nenek. Aku rasa nak hantar balik ke Lenggong esok.
Sejak peristiwa hari tu, badan aku jadi lesu, penat dan kekadang aku out of focus bila mengajar di kelas. Selalu rasa seram je bila teringat. Kadang-kadang aku rasa nak tanya Zila, tapi aku takut dia takut dan kaget. Aku tahu benda ni agak serius untuk dibincangkan.
Hampir 2 minggu benda tu terjadi. Aku nak hantar tembaga tu je Lenggong, tapi aku sibuk dengan kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan pulak.

Kalau aku telefon Andak, mestilah kena maki.
Satu malam, aku macam biasa membelek barang barang aku, hampir 30% barangan dah terjual. Dalam hati seronok, tapi rasa seram bila terpandang kotak bertanda 'tembaga' (aku tagging kotak sebab nak mudahkan kerja.)
Segera aku buka kotak tu, lama dah aku tak tengok sejak benda ni 'terhidang' tiba-tiba. Aku belek, sama je macam tembaga yg pernah aku jumpa dan beli dekat Loken Ipoh, dekat Bazar Karat JB dan beberapa antik shop malah dekat event di Publika ada jual macam ni.
Kemudian aku amik tempat tepak sirih tu, aku buka.Terkejut aku.ada sepasang anak dabus!
Aku tak buka pun benda ni masa ambil dari rumah nenek. Dalam tu selalunya ada kacip dan gobek (alatan makan sirih). Tapi tepak sirih yang ni, ada anak dabus pula.
Aku pasang besi tu dengan loceng anak dabus tu. Dan sengaja aku goyang-goyangkan.
Cing...cing...
Seram pulak.
Kemudian aku perasan hujung dia ada kesan merah. Ya, aku syak itu darah. Dan ada sikit dekat loceng tu. Cepat-cepat aku simpan dalam bekas tu semula.
Esoknya aku buat keje gila. Kawan aku ada kerja sebagai Doktor di hospital kerajaan. Jadinya, aku tanya dia, nak periksa DNA macam mana dan di mana. Dia terang kan dari A to Z dan dapatlah aku proses 'darah'di dabus tu.
Hampir 2 minggu aku dapat result. Hasilnya, darah tu memang darah aku, wife dan Amar. Amar? Ah, sudah! Bila masa jadi ni?Aku ada juga belek badan Amar, tak ada pun kesan luka.
Hati aku semakin tak sedap sejak penemuan baru ni. Zila takda pun lesu, penat macam aku. Dia rileks je macam biasa, cuma aku ni je kerap penat dan lesu.
Satu hari.
"Sayang, dah banyak jual ke barang" Zila tanya hal barang antik nenek. Kami pun berborak hinggalah..
"Sayang, U jadi penasihat kelab Silat ke sekarang, pandai pulak u..hihihi" ujar Zila. Berkerut dahi aku. Aku la insan paling malas belajar seni pertahankan diri ni.
"Heh. Kenapa?" soal aku.
"Yela, I selalu nampak U bersilat dekat bawah. Kadang-kadang tidur pun pakai baju silat." ketawa Zila selepas tu.
Aku hirup kopi dan pandang isteri aku. Aduh. Apa aku dah buat ni?
Aku malas dan takut nak telefon Andak, nak ceritakan semua ni. Mesti aku kene bambu, rasa menyesal, tapi tak guna.
Weekend tu aku free, jadi aku pun balik ke Lenggong. Kebetulan semua sedara mara aku ada.
Aku tak bawak balik pun tembaga tu. Sebab aku rasa kalu aku pulangkan, mesti dia datang balik. (sebenarnya aku silap bab ini, nanti korang paham lah).
Malam tu aku lepak dengan Andak dan pakcik aku yang lain. Macam macam kami sembang. Hal sukan, artis, politik, dan lain lain. Aku saja korek hal nenek. Diorang rileks, cool je cerita hal nenek masa muda. Memasing ada pengalaman manis dengan arwah.
"Nenek pandai main dabus ke Andak?"soal aku
"Tak! Nenek kau paling tak suka Dabus, Tarian Bubu ke, Kuda Kepang ke, Makyong ke. Jenis tari menari mistik ni dia tak layan. Kalau joget lambak nenek kau suka la dulu!" kata kata Andak di selangi dengan hilai tawa.
Malam tu, aku termenung. Kalau nenek tak suka dabus, kenapa aku nampak semua benda ni?
Esoknya aku ke stor belakang rumah (bukan stor barang antik tempoh hari). Stor yang ni lebih ke barang2 mesin rumput,barang bertukang, barang meracun dan baja. Tiada barang antik. Saja je aku jenguk. Dalam hati mana tahu ada parang lama.
Kemudian aku terpandang satu bekas kemenyan atas para, dekat area bilah mesin rumput. Bekas tu dari tembaga!! Aku capai tangga dan jengah. Ada bekas kemenyan, anak dabus, sanggul emas dan beberapa mangkuk tembaga bersaiz kecil. Segera aku kutip dan sorok. Dalam hati aku nak bawak balik (dan tindakan ni aku menyesal).
Aku tiba di Ipoh kira-kira jam 12 pagi macam tu. Jalan jem ada eksiden dekat Terowong Menora. Aku sorok barang-barang tu dalam beg sandang aku (beg laptop ada buku-buku sekolah aku)
Esoknya lepas habis sekolah, aku jengah. Terkejut aku. Habis semua buku sekolah aku separuh terbakar!! Selamat laptop aku ok! Ada kesan kene bakar dan bila aku cium, bau kemenyan.
Time ni aku rasa yang aku dah buat salah paling besar. Ada yang tak kena. Ada yang ikut ni. Aku tak pernah belajar bersilat, karate mahupun taichi .Tapi wife aku selalu cakap aku selalu berlatih dekat beranda rumah. Aku takkan nak denied, nanti sampai Subuh aku kene explain 1 by 1. Sudahnya aku ya kan je
Hampir 4 bulan sejak nenek meninggal dan dah dekat 4 kali Zila nampak aku bersilat, tidur sebelah dia pakai baju silat la, dan yang best, aku takda jumpa pun baju silat dalam tinggalan nenek hari tu.
Satu hari, aku buat keputusan nak ke Kuala Kangsar jumpa dengan Andak. Aku dah tak tahan dengan apa yang aku hadapi.
Sehari sebelum aku jumpa Andak.
Malam tu aku layan Youtube. Tiba-tiba aku rasa macam di perhatikan. PC di rumah aku terletak di luar bilik tidur kami. Jadi, ada kawasan lapang sikit sebelum jumpa tangga.
Penat aku toleh 2-3 kali. Sebab macam ada yang berdiri belakang aku! Aku toleh dan itu tolehan aku yang terakhir. Lepas aku toleh, aku terpempan.
Ada ‘sekumpulan ahli tarian dabus’ di ruang tamu aku!
Muka si penari dan tok bomoh aku tak cam. Aku tak kenal .‘Mereka’ menari penuh asyik. Hinggalah bab tusuk menusuk lengan...tapi bukan sekadar lengan, leher, mata, badan semua ‘mereka’ tusuk!
Aku tersandar di kerusi,macam di gam. Tatkala itulah salah seorang ‘penari’ merangkak ke arah aku sambil merenjis2 anak dabus yang bersalut darah!
Cing...! Cing !!
Aku menjerit! Seraya itu, Zila tiba tiba menyelak daun pintu!
Dan akhirnya. Apa yang aku nampak, dia nampak juga malam tu!

Dia hampir histeria. Terduduk dibuatnya bilamana yang merangkak ke arah aku itu, mencabut tangannya, dan merangkak ke arah Zila.
Zila pengsan pastinya.
Dan dengan sisa tenaga yang aku ada, aku azan sekuat hati sambil memejam mata. Bila mata di buka - kosong. Yang ada cuma anak dabus elok terletak di ruang tamu.
Selepas aku sedarkan Zila, dalam keadaan dia lemah. Aku explain satu persatu.
--------------
Aku ada di rumah Andak
Aku terangkan semua. Ternyata Andak memang angin gila dekat aku, sebagai ‘ubat’ aku di lempangnya! Tapi aku tahan, aku sabar. Memang salah aku.
“Aku rasa aku tahu siapa lelaki yang aku jumpa malam tu, siapa lelaki berbaju silat. Kau tak kenal, tapi kami kenal” bentak Andak.
Aku diam. Cuma angguk kecil. Teruskan, getus hati aku.
“Sulong Hitam. Itu laki nombor dua nenek kau.” ujar Andak
Seingat aku, Nenek memang pernah tiga kali kahwin. Suami pertama Askar Melayu yang gugur di medan perang, suami kedua dan ketiga aku tak tahu.
Yang pertama pun sebab ada gambar kahwin tergantung di bilik nenek, dan Atok lengkap berbaju askar.
Setahu aku juga, Nenek berkahwin nombor 2 dan 3 semuanya duda. Dan masing-masing tiada anak bersama nenek.
“Siapa tu.”aku tanya.
“Sulong tu yang ajar nenek kau silat, dan ilmu lain. Dan dia memang ada mengajar Dabus. Asal nya dari Pasir Salak." cerita Andak. “Aku tak penah jumpa depan depan. Tapi nenek kau selalu cerita. Punca dia bercerai sebab jatuh hati dekat salah sorang penari dabus.”sambung Andak lagi.

“Dah la. Ssok aku nak kau selesaikan hal ni.” bengis Andak merenung aku.
Esok pagi, aku di temukan dengan seorang Ustaz Elias (bukan nama sebenar). Lingkungan 40an macam tu.
“Saya cuba selesaikan ya” senyum Ustaz Elias sambil bersalam dengan aku. Andak dah beritahu segala hal pada ustaz. Lepas maghrib, ustaz ada nasihatkan aku. Berkias,tapi aku faham.
“Lan..benda benda pusaka ini, tak semua boleh kita ambil dan bahagi, kecuali tanah. Tapi benda-benda macam ni, seeloknya dibiarkan begitu..takut ada yang berdamping. Tapi, saya tak salahkan kamu..saya selalu juga pergi Loken tu tengok barang-barang lama.hihihi” ujar UE .
Nampak macam sinis ketawa ustaz tu. Tapi aku tunduk diam. Semua barang tembaga nenek aku bagi pada ustaz. Kami bertiga sahaja malam tu di rumah Andak
Mak Andak, Zila, Amar dan anak Andak semua di Rumah Pakcik aku yang satu lagi dekat Bukit Chandan.
Ketika proses perubatan dibuat, anak dabus dam tepak sirih bergetar.
Kling! Kling!! Cingg!
Aku gatal tangan nak betulkan kedudukan barang tu. Aduhh! Panas! Barang itu macam di letak dalam api. Panas!
Ustaz membacakan beberapa potong ayat Al Quran. Kemudian, kedengaran bunyi loceng anak dabus di segenap rumah. Aku dah mula tak sedap hati. Dari celah celah daun pintu, kelihatan ‘mereka’datang.
Si penari perempuan dan si Sulong Hitam. Berdiri di hadapan barang tersebut. Segera ustaz ke depan dan duduk betul-betul di depan mereka. Hampir 2 minit. Aku tengok ustaz hanya duduk terpacak depan mereka dan masing masing menjegilkan mata.
“Dahh! Baca Ayat Kursi kuat-kuat!” tiba tiba saja ustaz bertempik seraya itu dia melompat ke belakang!
Aku terketar-ketar membacanya dan aku tengok Andak rilek je berdiri tegak, takda muka takut pun. Semasa pembacaan. Aku tengok ‘mereka’ itu perlahan-lahan mengundur ke belakang dan sekelip mata hilang!
Bulu roma aku masih merinding tika itu. Aku terus di tepuk bahu oleh Andak “Dah siap,kau jangan gatal-gatal lagi”bentak Andak.
Esok pagi, aku, ustaz dan Andak ke Tasik Raban. Aku buang semua barang tembaga tu dekat tasik tu. Masa aku lempar barang barang tu, rasa lega di hati.
Oh ye, tak semua benda Zila tahu, aku tak cerita pun bab bab bersama tu pada dia. Dia takda tanya dan aku takda cerita pun!
Ustaz cakap, malam tu mereka bercakap mengunakan kaedah batin. Semua tembaga tu jadi berpenunggu sebab Nenek dapat tahu Sulong Hitam curang. Mintak cerai. Tapi penari dabus tu sebenarnya nak main-main sahaja engan Sulong.
Sulong bengang la. Sulong lepaskan nenek sebab dekat si penari tapi si penari dabus main-main pula.
Lalu di tikam perempuan tu dengan anak dabus dan semangat penari tu di resap ke dalam alat-alat tu. Zaman dulu,polis tak masuk campur hal-hal dalam kampung dan Sulong dapat cover up misteri kehilangan wanita tu, dan Sulong Hitam meninggal pun tak sempat buang saka.
Salah aku. Pergi ambil barang tu. Korang nak tahu..
Masa aku nak lempar dulang tembaga tu,aku perasan ada benda bawah dulang.
Nota dari nenek aku,dalam tulisan jawi
Dia tulis lebih kurang macam ni la

“Yang ini sesiapa jangan sentuh atau guna.buang kan aja”
Ya,Memang salah aku.
Selamat la semua dah selesai

Oh ya. Di sebabkan benda ni, aku akan jadi paranoid bila aku ternampak alatan tembaga.
Sebab,
Setiap aku aku pergi Loken, Bazar Karat atau tempat-tempat antik yang ada tembaga, mesti aku nampak ada 2-3 ekor benda yang menakutkan duk keliling barangan tu.
Aku tanya ustaz, dia cakap temporary kot.
Tapi aku rasa dah setahun dah ni!! Adakah hijab aku terbuka? Tetapi hanya untuk barangan tembaga.
Entah la.
--TAMAT—
*****
Suntingan dan Gambar: Wan SC
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: