Tuesday 10 October 2017

ABANG BURGER - Tuan Muhammad Faiz




Karya : East
FB : Tuan Muhammad Faiz

'ABANG' BURGER
Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Akmal terasa lapar dan mula bersiap untuk keluar untuk mencari santapan malam. Begitulah kehidupan Akmal yang masih bujang. Akmal bekerja sebagai Kerani di sebuah syarikat swasta. Puas sudah Akmal pusing keliling taman, tapi Akmal hampa tiada satu pun yang buka. Yang tambah pelik, kedai mamak pun turut tutup.

"Aduh, celah mana aku nak cari makan ni?. Macam tak logik je kedai semua tutup" ngomel Akmal sendiri.
Akmal memberhentikan motor di stesen minyak untuk mengisi minyak. Sunyi sepi. Seolah olah tutup.
"Ah, ini lagi tak logik. Tak kan stesen minyak pun tutup" marah Akmal sendiri sambil mengetuk kaca stesen
Tiba tiba,
"Bos, apa mau?" terdengar suara
Entah dari mana.
Akmal mula tak sedap hati. Peluh mula membasahi dahi Akmal yang masih memakai helmet.
"Bos, berapa mau isi?" keluar kepala Bangla dari meja cashier tersenyum
"Allahuakbar!. Ishh kau ni. Keluar la dulu. Terkejut aku la" marah Akmal mengurut dada akibat terkejut
"Tadi, saiya ambil itu duit jatuh bawah meja. Nanti bos kalu marah sama saiya kalu short" jawab mamat Bangla tersenyum
"Fuh, kuning RM5" kata Akmal menghulurkan duit not kertas.
Akmal menuju ke motor lc nya. Meneruskan misi nya untuk mencari makan. Memandangkan perut nya sudah mula berkeroncong akibat tak makan siang tadi.
Akmal beralih ke kawasan kampung untuk mencari burger. Tiba tiba pula mengidam burger double special bisik Akmal. Akmal ternampak sebuah kedai burger siap meja berhampiran sebuah rumah.
"Pergh.. Lain macam kedai burger ni. Mengeteh kat sini je la dulu" kata Akmal sendirian
Akmal berhenti dan parking motor di tepi meja makan. Akmal meletakkan kunci di meja.
"Abang, burger daging Double special dengan teh o ais limau satu" order Akmal.
Sepasang mata melihat Akmal penuh bernafsu. Otot Akmal amat amat menawan hatinya. Walaupun Akmal bekerja sebagai kerani, Akmal rajin menjaga kesihatannya termasuk bina badan. Burger yang di pesan telah pun siap.
Gigitan pertama Akmal, Akmal terasa pelik sedikit rasa daging. Tapi terlalu sedap!.
"Abang, ni daging apa bang. Pergh first time saya rasa daging ni. Daging rusa ke?" tanya Akmal kagum.
"Daging biasa je. Daging tu susah sikit nak jumpa" kata Abang Burger tu.
Pisau tajam telah pun tersedia rapi. Akmal menyantap daging burger special sehingga licin. Entah kenapa tiba tiba pandangannya kelam.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Akmal tersedar dan berada di dalam sebuah bilik yang amat gelap. Bunyi besi berlaga jelas kedengaran. Akmal cuba menggerakkan tangannya, tapi tangannya di ikat dengan kunci.
"Nak kemana?. Sedap kan daging tadi hehehe?" soal satu suara betul betul di hadapannya.
Cahaya bulan memasuki ruang tingkap terbuka di atas rumah. Menampakkan jelas seorang lelaki berpakaian seperti penyembelih menutup wajahnya menggunakan topeng Akmal mula bertindak agresiff. Menggoyang goyangkan tangan dan kakinya supaya ikatan besi terbuka.
Pap!
Suis di buka. Suasana terang bederang. Kelihatan berpuluh puluh rangka di timbun di sebelah kiri Akmal. Bau hamis darah meloyakan Akmal dan hampir membuatkannya termuntah. Akmal berpaling ke sebelah kanan, terlihat usus, limpa dan kemaluan lelaki di hurung lalat. Akmal mula ketakutan.
"Apa yang kau nak dari aku hah!" tengking Akmal dengan kuat.
"Hehehehe.. Kau orang istimewa dan kau yang aku tunggu. Kau tak hisap rokok, kau tak minum arak dan kau tak ambil dadah. Sudah semestinya daging kau rebutan ramai pelanggan aku hahahaha" kata Abang Burger sambil memegang pisau pemotong daging.
"Daging pejal, otot menarik. Kau hidangan sempurna untuk burger aku. Aku namakan Burger Otot Lembu" Sambung Abang Burger ketawa besar.
Abang burger membuka cermin mata plastik dan topi. Sehingga menampakkan sebiji mata tesembur tergantung keluar dan rambut mengerbang. Ulat jelas kelihatan keluar dari lubang anak mata. Akmal ketakutan dan cuba membaca ayat suci Al Quran, tapi belum sempat untuk baca. Mesin Pemotong Pokok telah di hidupkan dan terus memotong pergelangan kaki nya. Akmal menjerit kesakitan yang teramat sangat.
Argh...argh...argh...
Sakit...sakit....sakit...

Abang burger tersenyum riang. Di ambil pisau pemotong daging, di hiris dari pergelangan kaki sehinga ke betis. Jelas ternampak daging merah, darah mula membasahi meja pembaringan Akmal.
"Sedap daging kau ni" kata Abang Burger sambil menjilat otot Akmal yang telah di hiris. Lidah bercabang kelihatan berlendir
Jilatan Abang Burger membuatkan Akmal meraung kesakitan. Penyeksaan Akmal tidak terus berhenti tapi akan di lakukan sehingga dia tidak bernafas lagi.

Papan pemotong daging di letakkan di celah kelengkang Akmal.
"Woi bodoh. Apa kau nak buat ni sial?. Nak bunuh aku. Bunuh jela!" jerit Akmal sebab tak terdaya menanggung penyeksaan yang teramat sangat.

"Aku nak tengok kau mati seksa!" tegas Abang Burger terus menghayun pisau tepat ke arah kemaluan Akmal dan.... 
Akmal menjerit semahu mahunya kerana terlalu sakit yang teramat sangat.

Darah memancut mancut keluar dari kemaluan Akmal..
Tubuh Akmal bergetar kuat..
Benar nyawanya di penghujung.
"Lihat, telur special kau!. Kau lupa aku!" jerit Abang Burger sambil ketawa besar.
"Hahahahaha"
Akmal bertarung nyawa.
Abang burger terus menetak sekuat hati di bahagian dada..
Di seluk kasar.
Di belahan tetakan.
Terasa denyutan jantung.
Abang burger tersenyum puas.Terus menyentap jantung Akmal..
Saat nyawa di penghujung. Tubuh Akmal di bawa ke mesin pemampat. Untuk menghancur dan melembutkan daging. Akmal teringat satu kisah di saat nyawa di penghujung. Air mata penyesalan mula mengalir. Akmal mati di situ dan tubuh nya di kisar halus menjadi Daging Burger Special.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Akmal, Roy dan Zack melepak di sebuah kedai burger. Mereka sangka lelaki yang memasak burger sebab memakai topi. Tapi rupanya wanita, wanita yang cantik.

"Hai, saya nak burger lain ada tak?" soal Zack sambil menjeling ke arah Roy dan Akmal.
Dania mula ketakutan dan cuba melarikan diri. Roy dan Akmal faham erti jelingan Zack. Tubuh Dania di rangkul dan di heret ke dalam semak. Dan.... Dania meninggal di situ kerana hentakan batu oleh Akmal. Mereka tersenyum puas di saat Dania nyawa di penghujung.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Rangka Akmal di letak rapi di tepi Roy dan Zack. Sementara menanti Daging Burger Special siap. Tiga minit kemudian, 
Daging Burger Special dah siap di proses. Ada sapa nak order 
burger? hehehehe. Soal Dania tersenyum sinis..hehehe

--------------------------------------------------------
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan

No comments: