Showing posts with label UKM BERHANTU WOI!. Show all posts
Showing posts with label UKM BERHANTU WOI!. Show all posts

Tuesday, 2 January 2018

UKM BERHANTU WOI! Kisah 4 - Kamenrider


UKM BERHANTU WOI! - Kisah 4
================================
1. Kisah 1
2. Kisah 2
3. Kisah 3

================================

Sedikit gosip mengenai misteri di UKM…
Tahun 2009 adalah tahun kemuncak kekecohan, gangguan demi gangguan misteri berlaku di sekitar kolej aku. Desas-desus mengatakan kolej kami mempunyai ikatan perjanjian setiap 11 tahun dengan pemilik asal kawasan iaitu merupakan sebuah penempatan perkampungan orang bunian dan tahun itu juga adalah ulangtahun perjanjian tamat! Kiranya habis perjanjian, ‘pagar’ sudah tiada. Maka dengan itu, meriahlah jin-jin ini menganggu penghuni-penghuni kolej. Amboi! Baca je, percaya jangan.

Menurut kenalan super duper senior, yang merupakan saksi (entah betul atau satu penipuan) kepada kejadian yang penuh kontroversi di UKM iaitu PINDAH JIN DENGAN BAS yang dilakukan oleh Allahyarham Dr Harun Din yang melibatkan beberapa buah bas yang membawa ribuan ekor jin itu kelihatan seolah-olah bas itu kosong tapi berat sangat muatannya sehingga tak boleh bergerak. Menurut beliau lagi, pemandu bas tersebut diarahkan menutup segala cermin pada bas itu bagi mengelakkan penampakan yang boleh membuatkan bas itu terbabas atau pemandu bas tersebut cabut lari keluar dengan tiba-tiba. Amboi! Baca je, percaya jangan.

Serius menangis si pencerita mengiyakan bahawa kejadian itu betul-betul berlaku (aku sabar je dengan prangai kau), namun beberapa tahun selepas aku grad dari UKM, Allahyarham memberi penyataan media bahawa berita itu palsu. Bagi pendapat aku, cerita ini bukan disampaikan oleh satu dua orang malah berjuta penyampai, pendengar dan pelbagai versi pun ada.

Logik tang pindah jin tapi kenapa guna bas? Bak kata Allahyarham Dr Harun Din pula, kenapa guna bas sedangkan jin boleh bergerak dengan pantas kerana jin dijadikan dari api. Allayarham membuat pernyataan sebegini mungkin kerana tidak mahu golongan penyebar fitnah menyebarkan berita palsu yang menakut-nakutkan penghuni kolej.

Tahu kisah tentang gangguan dua pokok besar condong ke bangunan Canselori UKM? Kes rasuk melibatkan pelajar dan pekerja di UKM? Rasanya kolej mana berhampiran dengan bangunan Cancelori tu hehe? Ha, itu cerita betul! Ramai kontraktor cuba tebang pokok tu tapi tak berani walaupun dibayar mahal sekalipun. Jin pada pokok itu mengamuk kerana tempat tinggalnya diganggu akhirnya berjaya ditenteramkan oleh Allayarham dan beliau sendiri yang memotong, membakar pokok tersebut.

Bukan situ je, ada pokok besar kat dalam area Danau yang dekat dengan stesen KTM tu pun sama. Untung lah budak-budak sekarang, UKM kini tidak lagi berhantu seperti dahulu.

Kisah dari ayah aku pula, hebatnya ilmu Allahyarham ini beliau sering diminta untuk menolong menyelesaikan masalah gangguan dari dalam dan luar negara. Contohnya jin-jin di puncak menara KLCC dan rumah perdana menteri kita di Putrajaya. Ramai ustaz, bomoh dan orang-orang hebat ilmu mistik dari dalam dan luar negara cuba menyelesaikan masalah ini namun gagal sehinggalah Allahyarham datang membantu. Sebenarnya banyak sangat pengalaman hebat Allahyarham ini untuk diceritakan namun aku tak dapat berikan jaminan sejauh mana kesahihan cerita ayah aku itu. Al-Fatihah hadiah untuknya.

Kembali pada sambungan post sebelum ini....

Bismillah..
Seperti yang dijanjikan, untuk kisah 4 ini adalah penutup kisah Midah dan pembukaan kisah Panglima Hitam. Untuk sekali imbas dari Kisah 3 yang merupakan kisah khas ‘Rasukan Midah’ kerana peristiwa itu masih jelas terpahat di kotak memori kami semua famili Teater Sanggar Mas.

Dan aku tahu pasti diantara anda menantikan plot klimaks dalam kisah 4 ini namun awal aku katakan kisah Midah ini tidak panjang seperti yang dijangkakan (kecewa kan?). Sejak dari peristiwa itu, berturut-turut kes gangguan dilaporkan oleh penghuni kolej seolah-olah banyak pula makhluk yang mengamuk. Kenapa banyak sangat kes dalam masa yang sama? Kebetulan atau kes sebegini memang perkara biasa berlaku setiap tahun di kolej ini?

Malam itu, selepas kejadian kemalangan motor aku di depan Danau niat untuk pulang terpaksa ditangguhkan. Tiada pilihan Hasif menyuruh aku naik ke bilik juga memandangkan lagi beberapa jam sahaja untuk masuk waktu subuh. Sampai sahaja di bilik aku terus diserbu oleh bebelan dari Jihan. Namun sedikit pun tak masuk ke rongga telinga.

Apa yang aku runsingkan masa itu adalah bau kapur barus yang masih menusuk kuat ke rongga deria hidung aku sejak dari Danau lagi. “Jihan teman aku pergi tandas”. Sambil membebel itu Jihan mencuci luka di kaki aku. Mata aku meliar kiri kanan mencari punca bau yang kuat itu. Tidak mungkin khayalan aku kerana dari tadi Hasif juga terbau benda yang sama.

“Nasib baik luka tak teruk. Tunggu sini aku ambil tuala jap,” tanpa menunggu respon aku Jihan terus berlari ke bilik. Kini aku sendirian di dalam tandas. Sudah aku katakan sebelum ini aku tidak suka melihat cermin tetapi ada satu penyakit yang mana makin kita rasa curiga, makin nak tahu. Dari mana datangnya keberanian, kali ini lama pula aku memandang cermin. Tiada sebarang tanda kelibat hitam pada aku, belakang, kiri kanan badan aku.. TIADA. Betulkah kelibat hitam itu pendamping aku?

“Fuhhh!!!!” dengan sekelip mata, ada sesuatu angin kuat meniup tepat ke telinga kiri aku. Kali ini merebak bau kapur barus bercampur bau tanah yang menusuk. Aku menjerit terkejut yang amat sehingga terduduk!! ” Jihan!!” Masa ni betul-betul aku teriak menangis. “Kenapa nox?” Suara Jihan kelam-kabut berlari masuk tandas.

“Ada benda tiup kat telinga aku tadi!!!! Aku takut..,” mata aku meliar takut pocong akan munculkan diri. Bau kapur barus tadi hilang serta-merta. Jihan mengarahkan aku supaya mengambil wudhuk sebelum pulang ke bilik.

Jarang melihat aku menangis, Jihan terkedu. Dia tutupkan semua tingkap, turunkan langsir dan bacakan surah-surah pendinding agar aku tenang. Sisa malam itu aku langsung tidak dapat lelapkan mata, kami berdua berborak sambil menunggu subuh. Aku masih takut jika bau kapur barus itu datang lagi.

Otak aku juga ligat memikirkan kesinambungan kisah aku dan Midah. Dalam ramai-ramai kenapa Midah marah sangat dengan aku? Betul ke aku ada pendamping? Kenapa teruk sangat aku kena ganggu sejak dari awal aku masuk ke kolej ini? Kalau benar dia pendamping, kenapa sampai aku hampir hilang nyawa depan Danau tadi? Apa yang kuat sangat jatuh pada seat belakang motor sehingga aku hilang kawalan? Argghh macam-macam aku fikir.

Esoknya aku demam panas, aku hanya tidur seharian tanpa mimpi. Selepas usai maghrib, aku mendapat mesej dari junior, Ijat. “Semua datang ke bilik Jaksa sekarang.” Ini mesti kes Midah meracau lagi. Kami sampai sahaja di bilik Jaksa sudah berkerumun ahli keluarga Sanggar Mas bersedia untuk bacaan Yaasin. Aku melihat Midah duduk kaku di kerusi sofa memeluk lutut sedang merenung tajam tepat ke arah Alang. Renungan benci yang amat pada lelaki itu. Alang pula seperti sengaja memberikan provokasi bertalu-talu.

Jihan yang lebih awal sampai di bilik Jaksa memberitahu, petang tadi Midah mencekik leher Alang dan menjerit kerasukan seperti semalam. Kali ini lebih agresif, dia mencekik kuat sehingga Abang Samat terkejut dan berdiri untuk lepaskan diri. Namun cengkaman Midah terlalu kuat untuk dilepaskan sehingga dia tergantung pada Alang yang tinggi itu beberapa saat sebelum Midah dihempas duduk semula.

Mulalah adegan penambahan cerita dari Jihan, "Midah bergayut pada leher Alang tadi sama seperti kipas helikopter yang berpusing tu." Sekilas aku melihat kuku panjang di jari Midah dan leher Alang. Masih jelas berbekas kuku-kuku yang terbenam pada isi kulit leher yang nipis itu. Pasti pedih. Mungkin ia adalah hadiah dari tindakan provokasi yang dilakukan sejak malam semalam.

Semasa kami bacakan Yaasin, Midah hanya diam membisu. Ada juga diantara kami yang mengaji sayu seperti sedih melihat Midah sebegini, terutamanya Mun roommate si Midah. Sambil mengaji, sambil itu juga aku menjeling Midah. Dalam hati aku nak test pegang Midah lagi tengok reaksi dia takut atau tidak pada aku macam malam semalam. Aku berniat untuk cuba memegang Midah selepas habis kami mengaji.

Sebelum sempat aku langkah datang mendekat, Midah yang dari tadi bagaikan tak berkelip merenung tajam Alang kini sekali lagi dia mengamuk. Misi aku tertangguh.

Dengan regusan kuat dia sekali lagi mencekik padu ke leher Alang. Namun untuk kali kedua, tangan Alang yang panjang itu lebih pantas menekan lutut Midah untuk tidak berdiri dan terus mencekik. Midah terduduk dan menggelupur berusaha berterusan untuk menyerang Alang. Kini reaksi Midah tak ubah seperti hantu cina dengan tangan lurusnya ke depan yang menyasarkan leher mangsa. Kami semua tergamam, Mun bertindak untuk menarik tangan Midah. Melihat reaksi Mun, aku turut membantu memegang tangan Midah.

Pelik. Kali ini aku pegang tangannya, Midah tak mengamuk pada aku. Matanya hanya dijegilkan pada Alang sahaja. Teori pendamping yang dikatakan oleh Ustaz itu mungkin tidak benar atau mungkin pendamping itu tidak ada pada aku waktu ini. Atau Ustaz semalam hanya membuat andaian yang pendamping itu milik aku. Setelah penat bergelut, akhirnya Midah terduduk keletihan.

Aku tanya Epi, Mijan semua semalam macam mana lepas bawa ke DarulSyifa', diaorang kata Midah macam diam je. Bila scan benda tu dah tak ada. Biasalah, bila benda tu tahu kita nak berubat dia lari awal-awal. Maka, semalam balik bodoh je. Tapi takut dia cederakan Mun, Midah duduk dia bilik jaksa sahaja. Alang dan beberapa jaksa yang lain memantau keadaannya.

Sempat kami bergosip, rupa-rupanya bukan aku je tempias kisah semalam. Geng kami, Nad & Asz pun kena ganggu dengan pontianak sewaktu turun bukit menuju ke blok 12. Bukan mereka sahaja! Wanie yang menginap di blok 14 juga nampak benda yang sama. Malam semalam macam pesta ponti. Apa dah jadi dengan kolej ini entah!

Atas nasihat ramai, Midah diarahkan untuk kembali ke bilik. Kami semua memandang Mun dengan simpati tapi apa yang kami lihat sebaliknya. Mun langsung tidak menunjukkan reaksi takut malah dialah orang yang paling risaukan Midah. Dia memimpin Midah bangun dan kami yang perempuan ini beramai-ramai mengiringi mereka sehingga sampai ke bilik. Malam itu, Intan dan Kak Mah menemani mereka.

Menurut Kak Mah, Midah sudah sedar seperti biasa namun masih membisu. Dia hanya berdiam diri dan tidur. Mungkin kepenatan sejak semalam bertarung. Selepas dari peristiwa itu, Midah kembali normal seperti biasa. Dia makin ceria dan mudah tersenyum lagi-lagi melihat Edin.

Apa cerita Edin? Dengar kata malam kejadian itu dia tidur sebelah Abang Zam, takut lemah semangat katanya. Susah jadi rebutan ramai ni. Kesimpulannya, aura kehenseman Edin ini bukan menjadi rebutan Midah sahaja malah makhluk halus juga. Untunglah kau!

Kisah aku pula, seperti biasa selepas tamat latihan teater aku kepingin untuk pulang ke rumah. Seminggu tertangguh disebabkan motor rosak. Sehari selepas kejadian itu aku hanya sempat menghubungi ibu.

“Ibu, sorry minggu ni akak tak dapat balik. Akak jatuh motor lagi tapi tak cedera pun. Motor pon dah hantar ke bengkel,” susah nak menipu seorang ibu lagi-lagi dia mempunyai naluri yang kuat.

“Ibu dah agak.. sebab pelik kamu kata nak balik semalam, ibu tunggu sampai subuh. Akak, ibu nak beritahu kamu satu hal ni. Sejak dua menjak ini ibu selalu mimpi ada ular nak serang kita, mimpi susukan bayi lah, mimpi ngeri hari-hari sampai sakit satu badan. Kamu ok ke kat sana? Ada gangguan lagi?” Aku pejamkan mata sejenak, sebak pula. Ya Allah apa petanda ini? Lindungilah keluarga kami.

Akhinya, “Ibu, semalam ada kawan teater kena rasuk. Ustaz DarulSyifa’ datang berubat pastu dia tegur yang akak ada pendamping. Ibu famili kita ada membela ke?” Lama ibu diam.

“Tok kamu dulu bidan, tapi rasanya saka tu pada orang lain. Selama ini ustaz ‘scan’ ibu bersih je, tapi belah ayah kamu ibu pernah dengar tentang Panglima Hitam.” Ibu terdiam seketika dan aku masih menunggu. Terasa macam berat untuk ‘claim’ pendamping itu adalah Panglima Hitam. Ibu menyuruh aku balik dan bertanya sendiri pada ayah nanti.

Jujur sebenarnya ini bukan kali pertama aku mendengar tentang Panglima Hitam. Saudara belah ayah juga banyak bercerita tetapi tidak detail. Setiap kali aku mengadu 'ada hantu', pasti aku akan dimarahi ayah. “Takde mendalah, kamu ni penakut sangat. Cuba jangan sebut atau seru-seru menda tu!! Ayah tak suka!!” Lagi-lagi bila aku bertanyakan tentang Panglima Hitam. Berang ayah tu boleh menempah getah paip di badan.

Kini, aku pulang dengan debaran. Takut sangat menyebut tentang Panglima Hitam ini pada ayah. Selepas makan malam, ayah berbaring rehat sambil melayan WWF. Aku memberi signal pada ibu.

“Abang Din, akak tu teruk kena gangguan kat kolej dia. Minggu lepas ada ustaz DarulSyifa’ beritahu dia ada pendamping. Kami rasa Panglima Hitam awak tu. Awak ingat tak kisah sebelum kita kahwin dulu?” Tetiba TV yang bingit itu dimatikan. Ah sudah!

“Ustaz mana cakap? Harun Din?” Ayah duduk menoleh memandang aku. Alamak.... habislah! Aku dah besar untuk dimaki, janganlah ayah mengamuk. Aku beritahu setiap gangguan yang aku lalui sepanjang dua tahun di UKM.

(haki = atuk lelaki)
***Nota: Baca je! Percaya jangan!

“Macam ni, dulu ayah mertua haki kamu adalah pawang diraja dan dia memang ada jin-jin belaan ni, biasalah orang-orang lama kan. Salah satunya adalah Hulubalang Hitam. Hulubalang Hitam ini antara jin yang terkuat yang dimiliki dan ia juga dikenali sebagai Panglima Hitam. Haki kamu ini meminta izin dari ayah mertuanya untuk memiliki Panglima Hitam.

Haki kamu dulu adalah Pawang Tanah. Dulu zaman perang, Haki jaga kawasan-kawasan dia supaya tak dikesan oleh askar-askar jepun dan komunis. Pawang ini lain dari bomoh. Pawang tak boleh berubat, contohnya cari orang hilang, buka kawasan baru, kalau kawasan ada gangguan dia boleh halau dan lain-lain”.

Kenapa ayah tak marah? Mungkin dia risaukan aku. Mungkin juga dia tahu sesuatu. Pertama kali ayah seperti tenang saja menceritakan tentang Panglima Hitam. Cuak pula aku.

“Panglima ini ada banyak, Panglima Hitam, Merah dan Kuning. Panglima Merah ni handal bersilat, Panglima Kuning ini handal berubat dan Panglima Hitam ini tak pasti handal apa tapi dia antara yang paling kuat, kira macam ketua lah,” aku terkejut, sama pula dengan kenyataan salah seorang kenalan.

“Dulu ayah ada belajar silat dengan Tok Guru ayah di Janda Baik. Kebetulan ada orang di Bentong sakit minta tolong, Tok Guru ayah tolonglah berubat ke dia. Tok Guru ayah ni demam teruk sebab tak minta kebenaran dari Haki nak berubat orang kawasan dia. Punya hebat ilmu Haki kamu dulu, walaupun Tok Guru ayah tu antara orang silat yang hebat bukan calang-calang orang.

Ada juga satu bomoh di Janda Baik tu ajak ayah dan Haki jumpa hantu tinggi. Besar sangat, tinggi habis hantu tu, macam ada gergasi goncang pokok-pokok kat situ. Tapi dia tak keluar tunjuk muka, sebab segan dengan Panglima Hitam. Begitu kuat jin Panglima Hitam ni sampaikan jin-jin yang lain segan dan takut nak buat hal dalam kawasan Haki kamu ni,” aku gigih merakam perbualan ayah ini di telefon.

(Masa ini aku rasa teruja sebab ada bahan original, rasa macam wartawan pula. Aku bukan pentaksub, tapi hanya minat dengan cerita misteri, dulu gila layan mastika).

“Sebelum ayah nak menikah dengan ibu dulu, ada seorang kawan ayah di Kemensah tu kononnya nak berubat ke ayah la takut orang khianat masa majlis nanti ke ada yang dengki hantar sihir ke, biasalah darah manis sebelum kahwin. Ayah pun pergilah berubat dengan dia, silang perasap keris la semua, tetiba gelap mata dia tak nampak apa-apa.

Esoknya orang yang berubat tu demam. Malam tu dia bermimpi tok guru dia beri amaran, kenapa kau berani-berani berubat dia tu? Kau tahu ayah dia siapa? Jangan buat pasal! Menunjukkan Panglima Hitam ini digeruni oleh jin-jin yang lain dan dia ini sentiasa menjaga anak-anak dan cucu Haki kamu”.

“Selepas Haki meninggal saka tu siapa yang dapat?” Soal aku.

“Masa arwah Haki sakit dulu dia ada kata nanti dia turunkanlah pada salah seorang dari anak-anak dia tapi sampai sekarang semua tak tahu siapa yang dapat. Ada la adik-beradik ayah pernah nampak kelibat Panglima Hitam ini menyerupai anjing hitam besar. Tapi serius ayah tak tahu, sebab ayah tak terima apa-apa pun. Mungkin Panglima Hitam tu hanya jaga anak cucu Haki ni dan jaga kawasan sahaja, bukannya saka. Sebab tu mungkin Ustaz DarulSyifa’ tu boleh perasan dia kat kamu”.

Ayah memberi nasihat supaya tak tinggal solat. Sekuat mana pun pendamping, kita ini orang Islam, Allah tu melebihi segalanya. Percaya boleh tapi jangan taksub sehingga menyeru. "Ok cukup, ayah dengar lagi kamu tanya, ayah bagi kaki je nanti!" Ayah berdoa agar keluarga kami bebas dari saka ini, sebab ayah tak mahu ada sebarang perjanjian dengan jin ni.

Walaupun sampai sekarang aku tidak pasti sepenuhnya tentang Panglima Hitam itu, namun aku tahu dia ada. Beberapa tahun yang lepas, seperti kisah yang aku post sebelum ini dalam kisah BEDAH BATIN dulu ada aku nyatakan beberapa pengamal perubatan memberitahu mengenai Panglima Hitam pada aku dan ayah.

Ada pula mengatakan Tok belah ibu aku juga terlibat. Adui penatlah aku fikir. Haha… Tapi tok belah ibu pernah beritahu kalau dia meninggal nanti jemur tali pinggang dia kat atas tanah, lepas jenazahnya dikebumikan semua baru ambil semula. Sebenarnya aku ada terniat nak balik kampung dan temuramah tok aku, tapi takut dia menurun pula kat aku nanti.

Ada perkara yang perlu kita tahu setakat itu sahaja. Cukup sekadar bahan penceritaan aku untuk cerpen sahaja.

Semalam aku berborak dengan adik bongsu, Amin. Kami bercerita kembali tentang pengalaman dia sewaktu berurut tangan terseliuh dengan Wak salah seorang kenalan dia semasa belajar di Kuala Selangor dulu. Wak ni guna Mbah untuk berurut, berubat. Mbah tu macam saka nenek moyang dia lah untuk berubat orang. Biasanya untuk berubat, Wak akan bertanya nama pesakit dan ber bin kan nama ibu. Tapi dia macam tak sedap hati, Wak ni bertanya pula nama ayah.

Terus Wak bertanya saka tu jatuh kat siapa? Dia kata kalau nak berurut Amin ni, kena minta izin dahulu dari bapa. Masa dia mengurut tu dia beritahu Amin yang dia yakin ayah sebenarnya penerima saka tu dan salah seorang dari adik-beradik memang ada. Siapa yang selalu sakit kat rumah kamu? Kakak kamu? Dia juga ada, dapat dari Tok belah mak.

Ermm dah bersimpang-siur informasi sekarang.

“Sebab tu kalau kau mengamuk dulu mata kau bertukar jadi merah!” Sergah Amin.

“Ah sudah lah kau! Banyak pula saka aku! Kau la dapat saka babi jadian!” Penat aku fokus interview suka-suka dia kata aku ada saka.

“Kau tanya ibu dan angah, dorang pun nampak mata ko bertukar jadi merah masa kau mengamuk. Sebab tu setiap kali kau mengamuk kami keluar dari rumah, takut!” Aku lempang juga si Amin ni.

Banyak lagi kes aku mengamuk tanpa aku sedar sebelum ini namun semakin meningkat umur ni, semakin kurang aku mengamuk. Alhamdulillah, sampai sekarang aku jarang mengamuk. Cool je sambil merempit motor kriss. Susahlah aku nak marah orang sekarang, kalau marah tu maknanya teruk sangatlah kes tu. Kalau aku marah mesti ternangis sekali. Hati tisu betul. Sekarang ni aku jenis yang suka gelak, kadang-kadang aku gelak pun tanpa sedar. Haha

Mengenai saka tok dan Panglima Hitam itu, serius aku masih tiada jawapan. Minta jauhlah dari saka-saka ini, walaupun aku obses dengan cerita mistik ini. Biarlah aku mendengar cerita orang dari aku mengalaminya sendiri.

Aku pernah berhubung dengan seorang kenalan, berkongsi cerita tentang Panglima Hitam ini. Dia ada beri aku tips nak berhubung dengan Panglima Hitam tu, tapi tips dia itu boleh mengundang bencana pada aku dan mungkin akan menyusahkan keluarga aku. Namun menurutnya, dengan tips itu sahaja aku akan dapat jawapan yang sahih bukan dari mulut ke mulut orang lain. Adakah Panglima Hitam saka ayah atau tidak? Atau sekadar pendamping anak cucu Haki?

Aku tak berharap pun dapat jawapan cumanya naluri ingin tahu tu sangat berkobar-kobar . Ya lah bukan seorang saja yang membuat kenyataan misteri itu pada ayah dan aku, sudah beberapa orang asyik menegur benda yang sama kan.

Tamat untuk segmen pengenalan Panglima Hitam ini. Untuk kisah selepas ini, aku akan menyambung cerita gangguan-gangguan yang berlaku di kolej sekitar tahun 2009. Sebenarnya, ada lagi dua peristiwa besar yang aku nak kongsikan mengenai gangguan di kolej aku ini pada Kisah 5 nanti, in sha Allah.

Sedikit spoiler untuk kisah 5, tengok tajuk cerita, UKM BERHANTU WOI! Maka aku akan lampirkan kisah-kisah di kolej Ibu Zain, Burhanudin, Zaaba, Ungku Omar, Bangunan FST, makmal haiwan yang jauh nunnnnn dalam hutan. Siapa famili UKM yang pernah jalan kaki dari laluan Bangunan FST naik ke laluai Eimas? Laluan itu shortcut dari KKM ke Bangunan FST.

Tapi baru-baru ini aku singgah ke UKM, banyak sangat perubahan, junior-junior sila tanya senior anda ye, hehehehe.

Salam Henshin!

**********************
Gambar : KamenRider

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

Wednesday, 27 December 2017

UKM BERHANTU WOI! : Kisah 2 - KamenRider




UKM BERHANTU WOI! - Kisah 2
Oleh: KamenRider

================================
UKM BERHANTU WOI - Kisah 1

Kalau kita baca kisah seram kan, pengalaman masing-masing lebih kurang sama je semua. Yang bezanya cerita kita adalah reaksi, dalam kisah ini terang-terang aku beritahu aku seorang yang penakut. Penakut yang amat. Kalau datang berani tu, aku masuk hutan sorang-sorang je pergi mengail. Tapi kalau datang masa penakut tu, aku boleh suruh mak aku teman tunggu depan tandas dan tak tutup pintu pun. Sila bayangkan dulu kat kolej aku pernah sakit perut pukul 3 pagi dan aku tak tutup pintu pun. Bersih tak bersih jangan tanya, tapi alhamdulillah aku tak ada kurap lagi. Fuh!

Sebenarnya melalui pengalaman misteri di UKM inilah aku baru tahu ada yang tak kena dengan diri aku sendiri. Salah satunya aku tahu tentang perihal Panglima Hitam, walaupun sampai sekarang aku masih tak tahu dengan secara terperinci mengenai selok-belok dari famili aku. Ada kawan beri aku tips untuk ‘approach’ Panglima Hitam tapi aku tahu aku seorang penakut yang amat.

Aku tahu aku hanya akan mencari masalah dari menyelesaikan masalah. Kalau dapat tengok nanti, ada juga yang berkurap punggung, habis saham aku maka adalah lebih baik jadi tanda tanya sahaja. Ada perkara tak perlu tahu, bukan urusan kita.

Ada orang kata, tengok makhluk halus ini macam penyakit berjangkit. Sekali tertengok, mata/hijab mudah la nak tertengok berkali-kali. Aku ni bukanlah ada kelebihan tengok hantu pun, nak rasa seram-sejuk pun payah sebab lemak badan ini tebal. Tapi kebiasaan yang pernah aku tengok adalah kelibat hitam, macam-macam bentuk, berwajah dan tak berwajah. Ada yang rupa haiwan, yang macam selimut terbang pun ada. Ya Allah sampai sekarang aku berdoa agar aku tak dibuka hijab untuk tengok benda yang bukan-bukan.

Kisah kedua ini, adalah tahun kedua aku di UKM, tahun 2008. Aku tidak berpindah blok, masih di blok 11 hanya berpindah aras bawah tapi masih lot corner yang bertentangan dari bilik dulu. Bilik 406 dengan permandangan yang sama seperti bilik tahun pertama iaitu menghadap court bola tampar. Separuh sem, blok 11 buat pembaikian tangki air maka kami berpindah ke blok 10. (Kolej aku dengan isu air tiada pisahnya, bagai aur dan tebing. Biasa je pergi kelas pagi tak mandi, aduh kantoi.)

Aku dan Jihan kononnya pelajar aktif kolej maka kami dipilih untuk menjadi fasilitator untuk Minggu Mesra Mahasiswa tahun 08/09. Kami stay di kolej untuk program menyambut pelajar baru. Waktu itu blok 11 tak ramai penghuni sudah, yang tinggal dua tiga bilik termasuk akak-akak felo, fasilitator dan hehehe. Dikesempatan inilah aku dan Jihan buat projek wajib iaitu curi tilam. Tilam idaman kami dua lapis, kalau tidur tenggelam macam tilam air. Empuk dan sebab itu jugalah aku banyak ponteng kelas (salahkan tilam).

Kejadian sebelum curi tilam.
Kami sangat seronok dapat bilik baru, kami kemas baju-baju dan susun perabot agar bilik kami lebih luas. Waktu tu masih siang, bunyi bising orang sibuk nak balik kampung habis sem. Bising alih-alih perabot macam nak bawa balik sekali almari ke kampung. Kitorang plan curi tilam bila semua dah kosongkan blok. Tapi bunyi bising tu berlanjutan sehingga malam. Bukan bunyi non-stop tapi kerap, sangat kerap.

Malam tu macam biasa, lepas maghrib aku dan Jihan keluar makan kat mapley (GLAM tutup) dan jalan-jalan kat area Kajang naik EX5 Jihan sebab motor aku rosak melambung depan Kolej Kajai sebab bumper baru yang 'invisible'.

EX5 tu motornya kecil, aku ni dua kali besar badan Jihan makanya lebihan lemak punggung aku melebihi seat motor itu. Malam tu kami galak sangat gelak ketawa. Yelah bayangkan punggung aku half terapung paksa, penat kot tahan sampai terketar-ketar otot dan lemah urat-urat.

Jihan pula masa tu jugalah nak jalan-jalan kat Kajang. Berapa kali kami berhenti sebab punggung aku kejang. Sabar je la aku. Kami tukar, aku bawa moto dan dia rasakan melambung-lambung kat belakang. Tapi motor orang kan maka aku bawa agak berhemah malam itu.

Dah puas berjalan, kami pulang. Kalau dari Kajang, kami akan masuk pintu kedua/belakang yang berdekatan dengan kolej kami. Kami akan lalu Puri Pujangga dan Danau. Tiada pilihan. Untuk ke kolej kami ada beberapa laluan. Pertama laluan Danau, kedua laluan stadium dan masuk shortcut belakang bangunan terbengkalai tak siap dan ketiga laluan Eimas (hutan). Ketiga-tiga laluan ni memang seram.

Sekarang aku pergi UKM, banyak perubahan. Tak seseram dahulu. Jalan-jalan angker sudah menjadi laluan cahaya nur kasih. Masya Allah..

Kasihan dengan EX5 Jihan semput bawa kami, namun detik cemas kami melalui laluan di hadapan Danau yang angker itu membuatkan aku pulas throttle minyak selaju mungkin sehinggalah sampai di simpang tiga, kami belok ke kiri dan naik bukit ke kolej. Biasanya naluri rempit aku memang tak kenal erti apa itu 'break'. Aku akan memecut laju, langgar semua bumper berdesup 120km/j naik bukit sampailah ke depan blok. Jarang sungguh aku bawa perlahan kecuali siang, ramai pengguna jalanraya.

Untuk pengetahuan semua di simpang tiga itu ada satu kolam kecil semak-semun kiri bahu jalan sebelum naik ke bukit, ada macam rumah batu kecil TNB. Aku kan suka memancing, pantang tengok kolam. Setiap kali lalu situ, aku memang akan kalih usha kolam terbiar tu. Usha je, tak pernah kejadah aku berhenti tengok betul-betul tempat itu. Tapi malam itu, bukan seperti malam-malam yang biasa sebabnya aku ternampak seorang lelaki baju kelabu dan bertopi sedang memancing. Aku ni peramah, suka menegur, gear EX5 diturunkan perlahan mendekati abang tu.

“Bang, ade ikan ke?”
Diam…………

Mungkin aku tak berapa cantik dan Jihan pula seperti koala melekat peluk badan aku takut tercicir kan, maka pertanyaan aku menjadi krik krik…

Abang itu langsung tak beri respon. "Ek eleh, sombong lak dia ni..."

Aku masuk gear dan teruskan perjalanan. Masa ini aku dah menyesal pula sebab berhenti tadi. EX5 yang terlebih muatan, kena pulas throttle minyak laju-laju dari bawah bukit barulah enjin tak semput naik atas. Sekarang ni motor semput walaupun dah turun gear 1. Rasa nak meletup enjin aku paksa juga naik bukit.

Akhirnya, kami terpaksa turun separuh jalan dan tolak motor sambil tergelak-gelak. Kami kini melalui depan bangunan-bangunan kosong yang terbengkalai. Lampu jalan pula segan-segan menyuluh jalan kami. Sebab kelakar sangat motor semput, kami non-stop gelak sambil saling memaki. "Bodoh la kau gumuk, yang kau pergi stop tadi nape. Kan dah kena tolak motor. Samdol la kau...."

Masa ni aku pegang handle motor, tolak motor naik bukit memang siksa. Jihan pula menyakat tarik-tarik motor ke belakang supaya aku penat menolak.

“Jihan janganlah aku ni semput nak naik bukit ni ha…"

“Haha mana ada (sambung gelak) anggap je la kita exercise malam ni. Tu la kau rajin sangat berhenti tadi kenapa. Aku dah kata kau jangan suka-suka tegur orang, malam pulak. Tah sape-sape kau tegur tadi”

Kami berdua toleh ke belakang tengok abang tadi kat bawah, dia masih berdiri kaku kat situ dengan joran tak gerak-gerak. “Kuang ajar abang tu buat bodoh je bila aku tanya? Macam hensem sangat?”

Tiba-tiba aku rasa motor laju ditolak, Jihan tolak dari belakang. Kenapa Jihan tiba-tiba diam ni. Ada yang tak kena la tu.

“Weh sabarlah. Kita naik bukit ni kang aku tergolek.” Jihan diam lagi.

Sampai depan pejabat kolej, kami lepak kat cafe sekejap ada taklimat dengan fasilitator yang lain. Diumumkan esok kami ada acara ice-breaking di Hutan Pendidikan UKM. Selepas itu kami pulang ke bilik dan rutin kami adalah ke tandas bersama-sama. Masuk tandas memang sunyi, bangunan dah kosong! Masa tu sudah lewat mungkin semua baki penghuni sudah tidur. Selesai solat kami tutup lampu dan tidur. Baru nak lelap mata, bunyi orang alih perabot macam siang tadi tapi kali ni kuat sangat dan non-stop. Bunyi seretan itu membingitkan telinga. Jelas bunyi dari bilik atas kami. Banyak kali kami jerit dari tingkap “Woiiii orang nak tidur esok lah mengemas”.

Tapi tak jalan, bunyi seretan masih kuat. Bengang tapi sebab mengantuk, kami paksa tidur. Esoknya mata bengkak. Sebelum pergi tandas mandi, kami naik tangga tengok bilik atas kami, sebab bengang kan.

Naik je, kami nampak pintu bilik semalam terbuka luas, tak ada orang, maka kami fahamlah kitorang kena kacau lagi malam tadi. Redha sangat muka sebab dah biasa kena. Aku dan Jihan buat-buat muka tak berperasaan, kami usha line kiri kanan untuk sambung plan curi tilam. Sebabnya untuk sambut pelajar baru, banyak stok tilam baru sampai. Tilam baru tilam keras kan, kami pergi kat bilik yang ada tilam double, kami ambil tilam lama yang empuk.

Sudah bersiap semua pagi tu, kami ke lobi nak naik bas ramai-ramai. Masa ni Jihan buka cerita.
“Kau kan lepas ni jangan tegur, jangan tegur apa pun. Ni kita nak masuk hutan ni. Jaga mulut kau. Semalam kau tegur siapa kat kolam tu?” Jihan sebenarnya bengang dengan perangai aku.

“Mana aku kenal abang tu? Aku tanya je mana tau ada ikan aku boleh test gak tempat tu”

“Abang mana kau ni? Aku tak nampak abang langsung semalam. Kosong, ko bebel sorang-sorang berhenti tepi longkang tu. Seram gila weh. Sah-sah lah dia ikut kita semalam. Kau ni aku dah cakap banyak kali, nanti dia kacau bilik kita yang baru ni macam mana?” Jihan menekan nada tapi masih cool.

“Siapa ikut kita? Dia ikut kita ke? Weh kau tak nampak ke?? Ikut sampai mana? Last aku tengok dia memancing berdiri keras je kat situ. Mungkin tak nak kita bising takut ikan lari,” aku bebal dan masih bebal.

“Kau tegur orang ke? Sebab semalam aku tak nampak pun abang khayalan kau tu. Suka-suka berhenti pastu kena tolak motor. Bila kau asyik ulang, abang abang tu. Aku terus rasa seram gila semalam,” sebab tu Jihan tetiba diam, terus tolong tolak motor laju-laju.

Aku terdiam. Adui kenapalah aku tegur? Serius aku risaukan akan ada gangguan lagi kat bilik kami sekarang.

“Sorry, tapi kau kena kacau ke semalam?”

“Macam biasa aku kena hempap. Tapi aku rilek je, baca ayat-ayat sikit lama-lama ok,” ya Allah selambernya kau Jihan. Kalau aku, kecoh satu kolej aku canang.

Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa, kami hanya naik bilik untuk salin pakaian. Tidur kami tidur ramai-ramai kat bilik gerakan. Sehari selepas pelajar baru masuk, motor aku siap. Rindu nak pulas dan merempit. Bila test power, memang dasyat selepas repair macam apek tu install NOS kat moto kriss aku. Syukur sebab lepas ni kalau lalu depan DANAU aku boleh bawa 180km/j.

Kenapa aku takut sangat dengan Danau ni? Danau ini Danau Golf Club UKM Bangi. Curlas kau, UKM ada kelab golf tapi aku tak pernah main golf la, cuma pergi swimming pool je mandi-manda sambil cuci mata. Sebabnya kolam tu campur laki perempuan haha (syukur nikmat cuci mata di situ). Apapun megahnya Danau dengan keindahan rumput karpet menghijau tersembunyi 1001 kisah misterinya juga. Kisahnya begini. Watak terbaru dalam cerita kisah kedua ini adalah Kak Mah. Masa menulis ni aku telefon Kak Mah untuk double confirm kesahihan cerita yang aku karang ini sebelum keluar secara publik.

Maaf kepada saksi-saksi kejadian kalau versi penceritaan aku lari sedikit dari cerita asal atau banyak lobang moment penting tertinggal, maklumlah kejadian sudah bertahun lamanya. Kisah ini diceritakan beramai-ramai oleh saksi-saksi berserta gambar bukti sewaktu latihan teater Sanggar Mas. Kak Mah ini adalah senior Zoology dan senior hebat dalam kelab teater Sanggar Mas. Kami rapat sampai jadi geng kera dengan gelaran Kak Mah the Boxer Batik. Kak Mah bercerita, masa mereka tahun pertama ada makan malam di Danau. Lupa dinner Kelab SM atau dinner kolej. Geng-geng SM ni sangat-sangat rapat, ke mana pun mesti bersama.

Dinner kan semua pakai cantik-cantik dan makeup macam rombongan Cik Kiah. Lapan orang berjalan kaki ramai-ramai ke Danau. Dah nama perempuan, gila bergambar pantang nampak port cantik kat dalam Danau tu. Tapi malam-malam begini memang payah nak bergambar, kalau ikutkan teknologi kamera dulu sangat sadis berbanding dengan sekarang.

Maka mereka ambil gambar kat lokasi-lokasi bercahaya sahaja. Last bergambar depan pintu masuk Danau di signboard tulisan DANAU itu la. Si Kak Mah inilah tukang ambil gambar. Masa kat depan Danau ni dengan tiba-tiba Kak Mah rasa tak sedap hati, rupanya bukan dia seorang saja, malah semua rasa tak sedap hati malam tu meremang lain macam, tanpa sebab. Tapi permpuan kan, buat-buat kepoh galak je macam biasa.

Malam dah lewat, tak sedar galak sangat bergambar. Bila terasa insaf sikit tu baru mereka sedar nak pulang. Sekali lagi ramai-ramailah berjalan kaki pulang ke kolej. Dalam perjalanan balik, tetiba ada seorang kenalan lelaki berhentikan kereta bertanya pada mereka. Dari riaknya seperti nampak sesuatu yang aneh. Kereta itu memecut laju meninggalkan mereka.

Sesampainya mereka ke bilik masing-masing, Kak Ninie dan Kak Wanie tengok semula gambar-gambar tadi dari telefon. Tiba-tiba mereka macam tak sedap hati tengok satu gambar ni, tak puas hati transfer terus ke laptop. Dalam masa yang sama, mereka hubungi Kak Gee datang bilik tengok gambar itu. Reaksi Kak Gee terus delete sebaik sahaja melihat gambar mereka depan Danau tadi. Masing-masing terkedu, meremang, takut kalau-kalau entiti dalam gambar tersebut mengikut mereka balik.

Rombongan Cik Kiah tadi ada 8 orang. Tukang ambil gambar masa tu Kak Mah. Maka, hanya tujuh orang sahaja dalam gambar tersebut. Bila dikira, ADA SEMBILAN jasad. DUA entiti tak dikenali menumpang. Satu entiti berupa budak kecil ketinggian paras pinggang rambut panjang sangat-sangat jelas dan satu lagi ada entiti tangan panjang jelas jari-jemari runcing yang tajam di atas bahu Kak Nik, kiranya jelas tangan tu tepi bajunya. Dan-dan masa ni bunyi burung hantu “Kruuuuh….kruhhhh” kuat sangat rupanya haiwan tu betul-betul tepi tingkap bilik dorang. Akibat terkejut yang amat, terus dorang off laptop dan tidur.

Malam itu masing-masing kecoh hal yang sama, lagi mengejutkan Kak Wan ada gambar yang sama. Semua pelik. Mustahil dapat gambar tu. Transaksi gambar perlu guna infrared kot. Aku yang menulis cerita ni rasa macam makhluk tu berteknologi advance sangat, kalau bluetooth pon kena 'on' dulu kot. Susah nak fikir logik masa ni.

Dulu tahun 2006-2008 telefon bimbit dah mampu milik oleh pelajar lagi-lagi jenis flip legend. Tapi masa tu mana boleh whatsapp, bluetooth pun tak ada lagi. Yang ada infrared. Haaa, budak sekarang tahu ke infrared ni? Macam Bluetooth, tapi nak transfer gambar atau file lagu ke kena ada sentuhan pada lampu infrared kedua-dua telefon ala fungsi macam NFC sekarang. Tapi tak boleh lepas tau telefon tu masa transfer, wakaka kenangan betul.

Malam itu semua berkumpul satu bilik, buat bacaan yaasin dan mereka tidur beramai-ramai dalam bilik tu. Esoknya masing-masing berkumpul di bilik latihan teater, gambar yang ada pada Kak Wan ditunjukkan pada senior mereka Abang Atta dan Ketua Jaksa, Abang Nuar. Hari itu, Kak Ninie mengadu sakit bahu, mereka syak memang entiti itu sudah mengikut mereka balik. Cuba kau bayang, kat atas bahu Kak Ninie masa tu ada makhluk hodoh duduk renung je muka orang sekeliling dia.

Gambar itu viral, aku sempat copy dalam pendrive tapi habis rosak pendrive tu tanpa sebab. Paling bijak aku sempat hantar gambar tu kat Uncle Seekers melalui email. Gila kau masa tu popular dengan rancangan The Seekers. 

Untuk makluman, group Seekers pernah datang dan buat test kt blok-blok terbengkalai kolej kami tu. Tapi aku tunggu juga masuk TV, tiada. Mungkin masa mereka datang, hantu-hantu semua segan, pemalu. Tiada sebarang rekod berjaya dirakam haha.

Sebenarnya ada satu kisah lagi pengalaman aku sendiri berlaku di hadapan DANAU, untuk kronologi teratur aku akan sambungkan cerita itu pada kisah ketiga untuk post akan datang. Salam henshin!

**********************
Gambar : KamenRider

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

UKM BERHANTU WOI! : Kisah 1 - Kamenrider


UKM BERHANTU WOI! - Kisah 1

Oleh: Kamenrider


Salam semua, aku KamenRider (KR). Hari ini aku volunteer ganti slot SP. Harap semua tak kecewa dengan celoteh aku kali ini.

Aku tahu ada yang di antara kalian tak kenal pun aku. Kenapa aku boleh tiba-tiba join AAN? Misteri bukan? Aku nak beritahu kalian yang aku dulu pernah hantar cerita ini di beberapa page yang terkenal. Di situlah permulaan aku bergiat serius dalam bidang penulisan, jika sebelum ini sebagai hobi luangkan masa di blog biawak saja.

Mungkin ramai akan beri komentar... "Arghh dah baca lah cerita ni" Apa yang bezanya di sini, aku perbaiki semula penulisan aku dan ada penambahan sedikit. Sekali lagi aku beritahu, istimewanya AAN ini adalah kami barisan kurator bersungguh-sungguh membuat suntingan hampir kesemua karya penulis yang dihantar. Kerana apa? Kami nak sama-sama belajar dan maju. In sha Allah..

Kalian ingat tak kisah yang aku paparkan sebelum ini? Itu adalah spoiler EPILOG dari kisah UKM BERHANTU WOI! Bayangkan, aku tahu mengenai misteri famili aku bermula di UKM. Fuh!

BEDAH BATIN


Cukup intro... Aku mulakan dengan Bismillah,
===================================

Cerita yang aku lampirkan ini adalah kisah-kisah benar yang berlaku pada aku 3 tahun menetap di UKM. Ramai juga komen, “aku duduk Bangi ok je,” itu kau, untunglah tak kena kacau. Aku hanya ceritakan pengalaman aku saja. Pengalaman ini bukan melibatkan aku sahaja malah rakan sekeliling aku.

Aku graduan UKM budak Zoology, sesiapa yang tahu makmal haiwan jauh nun di dalam hutan UKM. Eh, sabar! Kali ini aku hanya nak ceritakan tentang kolej kesayangan dahulu. Disebabkan berpuluh-puluh pengalaman misteri aku di UKM, aku akan buat banyak sambungan. Jaga! Mana yang aku ingat aku akan tambah. Jangan risau, sambungan aku bukannya cerita tergantung. Kisah demi kisah.

Kisah pertama adalah tentang bilik aku di kolej pada tahun pertama, tahun 2007, blok 11 bilik 506 ke 516 (haha siapalah penghuni bilik ni sekarang?). Bilik aku macam corner lot, menghadap court bola tampar. Belakang court bola tampar ada hutan, tasik. Malam-malam memang gelap, sunyi betul. Satu bilik dua orang, roommate aku Jihan. Jihan ni jenis slumber, hati kering, berani dari aku dan dia adalah kawan baik yang susah senang bersama aku. Tiga tahun kami bersama gaduh, gelak sampai sekarang kami masih berhubung, dia dah beranak dua dan aku pula masih mencari jodoh. Eh!

“Jihan, aku ni penakut tau. So aku minta jasa baik kalau aku nak pergi tandas malam-malam please teman aku,” ini ayat klise yang wajib aku syaratkan kepada rakan-rakan sebilik sejak matrikulasi lagi. Syukur sangat Jihan jenis memahami, dia tak pernah merungut selama tiga tahun menjadi roommate aku.

Kami berdua aktif kelab di kolej, aku kelab Teater Sanggar Mas dan Jihan kelab sukan. Walaupun kami balik lewat, penat macam mana pun kami mesti berteman pergi tandas. Bilik kami selang sebuah bilik dengan tandas, maka kami selalu lah terserempak dengan jiran kami terus jadi BFF. Nad dan Liza, mereka selalu juga lepak di bilik kami, gosip gelak-gelak.

Satu hari, jiran datang bilik kami teman study katanya. Semuanya diam fokus, tekun belajar (padahal masa ni aku layan cerita anime, Code Geass) atas katil. Kiranya atas katil, ada laptop, buku Biology Campbell, ada kertas, ada kamus, memang berselerak. Cadar aku pula berwarna hijau askar material nylon.

Malam itu panas sangat, dan kami jarang sangat jatuhkan langsir, biasa aku puntal dan ikat langsir supaya angin malam masuk seperti aircond. Bila lama-lama duduk atas cadar rasa rimas berlengas, aku alihkan laptop ke atas meja depan tingkap menghadap permandangan luar (court bola tampar dan hutan). Alihkan semua buku-buku ke atas meja dan tiba-tiba ada sesuatu jatuh dari atas (siling konkrit) tepat mengenai cadar depan aku. DARAH? Aku pandang atas..., celah mana batu konkrit keluar darah? Darah tadi merebak pada tilam aku sehingga sebesar 50 sen. Aku terkejut, “Jihan….wehhh mende ni?”. Semua bangun tengok.

“Erkkk siapa datang bulan ni?” Semua menafikan. Siap cek seluar lagi.

“Nadey kaki ko berkudis ke? Cer tengok berdarah kot,” aku yang sedia berseluar pendek terus menyelak depan tiga orang saksi, masing-masing telek tiada kesan darah terpalit. Kami berempat tarik cadar tu, tinggal tilam bogel. Kami periksa mana tahu aku terpijak pepijat kenyang ke? Tiada. Ok darah siapa? Mungkin hantu itu period lupa pakai pad. Masa ni meremang habis, kami berempat diam seribu bahasa hanya berbalas pandangan.

Ah sudah, macam mana aku nak tidur ni? Jihan tak nak bagi aku takut, gigihlah dia ambil air kesat darah tu tapi masih berkesan kot. Sempat lagi dia hidu, memang bau darah. Jiran kami dah cuak, masing-masing pantas je ke bilik mereka. Jihan ajak aku solat dan tidur awal. Jihan tahu aku takut, tapi dia buat bodoh je. Malam tu kami pasang ayat Al-Quran sehingga subuh. Kami tak jatuhkan langsir sebab panas sangat.

Selang beberapa hari, selepas solat Isyak, aku sambung ulangkaji di meja. Kes tilam tu aku buat-buat lupa. Malam tu Jihan nak tidur awal. Tengok Jihan guling-guling atas katil sambil tengok drama korea, aku pon macam tergoda tapi aku ada beberapa bab lagi nak dihabiskan. Rasanya dalam sejam-dua atas meja mata aku dah panas, aku berhenti rehat pandang ke luar.

Sebenarnya aku tak berani pandang ke arah court bola tampar dan hutan tersebut, aku cepat-cepat alihkan mata aku pandang tempat parking motor kat bawah. Paling haramnya, dan-dan tu juga mata aku macam gatal je nak tengok juga arah hutan itu. Aku tak tahu apa yang aku nampak tapi macam kelibat atau benda hitam lari-lari di court bola tampar tu, aku terus rasa meremang. Tidak semena-mena angin kuat masuk ke dalam bilik seperti nak hujan.

“Jihan, nak hujan ni. Syok la kita tidur,” aku terus tutup buku, susun elok-elok dan melompat atas katil. Jihan bersorak sebabnya sudah beberapa hari kami tidur bermandi peluh. Jihan bangun terus tutup lampu utama, namun bilik kami masih berbalam dengan pantulan lampu jalan dari luar.

Selepas beberapa minit tutup lampu bilik, aku dan jihan baru je nak terlelap tetiba, “gedebukkk!" Bunyi buku yang tebal jatuh kat lantai dan bunyi itu memang betul-betul dekat dengan aku. Aku dan Jihan terkejut lalu kami buka lampu study tepi katil. Buku Biology Campbell yang tebal gila tu boleh jatuh tergolek tepi meja aku. Tak logik sebab tadi aku susun buku tu tengah-tengah meja. Kejadah?!

Aku pandang Jihan, dia beri signal suruh tidur. Dan-dan pula cermin solek Jihan yang bercangkuk gantung pada almari jatuh. Bersepai kaca tepi almari kami. Sumpah pelik cangkuk cermin tu bukan jenis mendatar tapi melengkung. Bila cermin tu bergantung kat cangkuk melengkung itu kena ade stail untuk sauk masuk dan sauk keluar. Kesimpulannya, bukan mudahlah untuk cermin itu jatuh. Jihan terus cakap, “dah Nadey diam, esok cite!” Malam tu kami tidur biarkan lampu terbuka.

Hari ni Sabtu, ramai yang balik. Lepas solat subuh aku pandang Jihan, “Jihan, jom kita usha bilik atas? Bilik kosong, aku nak tukar tilam ni. Takutlah tilam berdawah ni”

“Jom!” Laju je Jihan membalas. Kami ini budak nakal, banyak perangai haram kami buat bersama-sama (hehe). Kami keluar jalan-jalan naik ke tingkat 6 tengok bilik kosong sambil bawa tilam berdarah tu. “Bestnya bilik atas ni, angin kuat,” Jihan ambil feel macam scene Titanic.

Tiba-tiba bilik yang kami lalu tadi berdentum pintu tertutup. Melatah aku. Darah naik terus ke kepala, meremang satu badan. Jihan tercengang. Dengan pantas kami masuk ke bilik sebelahnya ambil tilam dan campak tilam yang berdarah tu atas katil, tak susun pun, takut. Kami gigih berlari sambil heret tilam yang kami curi tu sambil terjerit-jerit (tolonglah bayang macam mana aksi kami masa tu). Macam haram.

Sampai je di bilik, aku spray tilam tu dengan air yasin dan masukkan cadar. Kami duduk termenung, mengenangkan perihal misteri yang berlaku dalam bilik kami sejak akhir-akhir ini. Menurut Jihan, malam kejadian cermin jatuh tu dia langsung tak boleh tidur, telinga dia asyik kena sembur/sergah beberapa kali "Fuh! Fuh!" . Dia dengar orang cakar dinding, bunyi orang menangis huuu...huuuuu...

Bagai disuntik hormon berjoyah. Jihan mula berani buka cerita satu per satu yang dia selalu terjaga malam sebab tombol pintu bilik kami macam ada orang nak buka banyak kali, ada juga orang ketuk pintu bilik pukul 2 3 pagi bagi salam tapi tengok aku tidur lena dia pun buat-buat tak dengar je. Pernah sekali dia nak ke tandas, malas nak kejut aku dia pergi seorang. Sampai je pintu tandas dia nampak ada perempuan pelik duduk atas sinki, kepala tertunduk, rambut berjurai. Terus dia pendamkan hajat dia, nasib baik tak batu karang. Mungkin juga dia tengok aku lena, dia lepas hajat kat tepi tingkap. Haha..

Ada satu hari aku pergi latihan teater sehingga lewat pagi, Jihan kata laptop aku ter 'on' tiba-tiba siap buka Yahoo Messenger dan main game Mafia Wars di Facebook. Dia malas nak cerita detail sebab aku ini penakut. “Kita tukar bilik nak?” Jihan beri cadangan macam ini.

Kan aku beritahu, Jihan ni jenis berani, bila dia sebut macam ini aku terus gelupur nak buat aduan dan minta pindah bilik. Esoknya kami jumpa felo, buat aduan.

Muka kakak felo masa itu, tak terkejut langsung. Dia kata bukan kali pertama kes aduan macam sebegini. Bila kami tanya, dia seperti serba-salah nak cerita takut kecoh pula. Masa tu belum zaman viral lagi. Dia buat muka tenang dan berjanji akan beritahu pihak Jaksa. Dia minta kami jangan kecoh-kecohkan hal ini nanti ramai pula yang gelabah.

Dengan perasaan takut yang bersisa, kami kembali ke bilik seperti biasa. Selepas Isyak, ketua Jaksa datang ke bilik kami dan bacakan ayat (mungkin pagar bilik). Kami lihat dari luar saja. Ketua Jaksa keluar dan berikan kertas dengan potongan ayat-ayat yang mana perlu kami amalkan. Dia nasihatkan, "jangan takut. In sya Allah dia takkan kacau kalau kamu jaga bilik ni dengan ayat suci al Quran dan, dan jangan tinggal solat."

Lepas Ketua Jaksa dan felo keluar dari bilik, jiran kami beritahu yang Jaksa bukan datang bilik kami sahaja, malah ada beberapa buah bilik lagi kena kacau juga. Ada yang kena rasuk, katanya saka keluarganya mengamuk. Bilik mana kami tak tahu. Kami yang dengar ini terus rasa tak sedap hati. Apa dah jadi dengan bangunan kolej ini? Namun kami syukur ini bukan kes tunggal yang terjadi pada kami (beramai-ramai kena kacau baru adil bukan?) dan syukur juga kami tak nampak apa-apa hanya kena kacau sahaja.

Tak lama selepas kejadian bilik tu, rutin selepas maghrib aku akan ke GLAM (kedai makan) makan malam bersama Solehin sebelum ke latihan teater. Tetiba kecoh dengan van ambulan dan beberapa buah kereta parkir di depan GLAM. Seorang kawan aku yang keluar dari bilik jaksa beritahu tadi ada seorang perempuan kena rasuk sampai terapung-apung.

Beberapa orang lelaki pegang dia pun tak kuat nak lawan kudrat budak itu. Tak ada pilihan, terpaksa panggil Allahyarham Harun Din tolong. Masa ni arwah dah sakit-sakit tapi sanggup juga datang membantu. Menurut kawan aku, bila Ustaz tanya, terus suara perempuan tu bertukar jadi garau. Katanya saka famili, nak buang tapi saka itu mengamuk.

Rupanya, baru kami tahu punca misteri bangunan blok 11 diganggu sejak akhir-akhir ini mungkin disebabkan saka dia. Dan-dan pula, senior kami datang menyampuk, "kolej ni lain macam sikit. Abang dah 6 tahun kat sini, kau tanya je semua aku tahu. Hantu-hantu ni dah biasa dah aku tengok.." Abang Bear ini memang cabul sikit mulutnya tapi dia baik. Acah-acah sindrom senior.

Sebenarnya ada sebab lain kawan aku beritahu tapi aku dah lupa. Sambil dengar gosip tengok orang ramai kerumun di bilik rawatan, kueh teow habis aku bedal. Menandakan sudah sampai masa untuk ke latihan teater. Maka kami naik meninggalkan tempat kejadian dan menunggu gosip mendatang. Tak habis di situ, sambung pula cerita-cerita seram dari senior teater pula. Malam tu memang aku telefon Jihan ambil aku di Foyer sebab aku takut nak jalan kaki ke blok seorang.

UKM BERHANTU WOI!

Al fatihah hadiah pada Allahyarham Harun Din, sesungguhnya Allahyarham banyak membantu orang sekeliling aku termasuk orang taman aku merangkap kawan sekolah aku di Gombak. Yelah, rumah aku dekat dengan Markas Pas Melewar. Selalu juga berjumpa dengan beliau, ayah aku dulu hobinya heret satu famili dengar ceramah pas Allahuakbarrrr!! Allahuakbarr!!! Allahuakbar!! Tapi apa aku buat? Aku beli makanan dan aku tidur je.

Habis kisah pertama segmen kolej UKM seperti yang dijanjikan. Untuk spoiler kisah kedua, tahun kedua gangguan semakin hebat. Aku dah start kena ganggu dari segi penampakan kelibat, Jihan masih watak utama dan akan ada watak baru. Semua dalam cerita ini adalah kisah benar dan cerita dikongsi mewakili saksi-saksi kejadian.

Aku belanja kisah kedua.


Demi nak post cerita ini, aku skip tengok kamenrider malam ni. 

Salam Henshin!

**********************

Gambar : KAMENRIDER

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.