Wednesday, 24 May 2017

ADRENALINA - Kamarul Ariffin Nor Sadan


“Cari apa kereta apa, bang?” soal jual.
Aku dah serik beli kereta lagi, namun aku dah tak ada pilihan lain. Aku dah tak sanggup naik bas untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya. Termasuk masa menunggu bas, perjalanan pergi ambil masa 2 jam, balik pula 3 jam.
Aku pun tak tahu kenapa balik ambil masa lebih lama. Mungkin kerana penjawat aman masuk kerja pukul 8 pagi, pekerja sektor swasta pula masuk kerja 9-10 pagi, jadi tak berapa sesak. Tetapi waktu petang, kedua-duanya pulang serentak—jam 5 petang.
4 bulan lepas aku beli sebuah kereta terpakai— Proton Putra. Enjin 4G93P 1.8L nya telah diganti dengan 4G63GT Mitsubishi EVO III dan dipadankan pula dengan sistem turbo TD05. Senarai modifikasi kereta ini berakhor di situ. Komponen lain semuanya masih stok.
Aku tak dapat tahan desakan untuk memiliki kereta ini kerana harga yang ditawarkan oleh penjual amat sukar ditolak. Hanya RM10,000. Tak masuk akal. Tapi,memandangkan ia kereta idaman aku, aku takkan lepaskan peluang memilikinya walaupun ada risiko kereta ini bermasalah.
Pada hari aku bawa kereta kuning itu pulang ke rumah, aku menguji kemampuan kenderaan itu. Pendikit minyaknya sangat responsif, tekan sahaja, terus dapat rasakan tujahannya. Pikapnya hebat. Namun, sistem kemudi dan brek pula sebaliknya. Ini menjadikannya sukar dikawal.
Namun begitu, semakin lama aku pandu kereta itu, semakin aku mengenali watak dan karektornya. Kami jadi sahabat kamcing. Ya, aku bersahabat dengan sebuah kereta. Gandingan yang tak masuk akal tetapi itulah hakikatnya.
Pada suatu malam, sedang aku menelusuri Lebuhraya Utara Selatan ke arah utara, aku terasa desakan untuk memecut lebih laju. Padahal, ketika itu aku sudah pun jauh melampaui halaju yang dibenarkan.
“Lagi…”
Pada mulanya aku ingat ia adalah desakan hati aku, sebab ia seperti datang dari dalam diri aku. Aku biasanya akan tidak mengendahkan perasaan itu. Namun, semakin lama, desakan itu berubah menjadi sesuatu yang ada kewujudannya sendiri. Sehingga pada satu tahap, aku boleh dengar suara itu di telinga.
“Lagi… “
Suara itu lembut, sayup dan bersifat memujuk. Seperti suara berbisik dalam hembusan nafas yang tenang. Sukar aku gambarkan kesan suara itu pada kewarasan aku. Ia bagai menyuntik keghairahan untuk aku pergi lebih laju dan laju. Adakah ini sebenarnya desakan adrenalina?
220km/j.
Sedar-sedar jarum speedometer telah mencecah halaju tertinggi pada bacaan meter halaju kereta buatan tempatan ini. Aku segera mendapatkan diriku semula dan memperlahankan kereta. Bulu romaku berdiri, meremang memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Tak sangka begitu sekali penangan adrenalina.
Tak hairanlah ramai yang sanggup memperjudi nyawa untuk lakukan perkara-perkara berbahaya seperti memanjat papan tanda yang berpuluh kaki tingginya, atas nama keseronokan. Malah ada yang memanjat menara KLCC tanpa sebarang pendakap keselamatan. Itu semua bagi melampiaskan ketagihan adrenalina.
Gila!
Sepanjang aku di Melaka, tiada perkara aneh berlaku. Bandar Melaka, jalan raya tidak luas. Kebanyakan masa aku bertenda dengan deretan kereta dalam kesesakan jalan raya. Nasib baiklah tak seteruk di bandaraya Kuala Lumpur.
Beberapa hari berlalu, dan sebaik sahaja urusan aku di Melaka selesai, aku terus memandu pulang ke Johor Bahru. Aku harus balik malam itu juga, kerana esok aku perlu masuk pejabat. Sebaik sahaja aku melewati Hentian Sebelah Yong Peng, aku di datangi sekali lagi dengan bisikan si adrenalina.
“Lajuuuu…”
Seperti dirasuk, aku menekan pendikit minyak lebih lagi. Mengabaikan pengalaman hari sudah. Kereta coupe dua pintu aku pun meluncur laju membelah kegelapan malam. Jam 2 pagi lebuhraya lengang, membolehkan aku memecut sekehendak hati tanpa halangan.
“Lagi…”
Bisikan itu semakin jelas, semakin dekat. Bagai di cuping telinga. Kini aku dapat rasakan seolah-seolah ia milik seorang gadis. Manja, menggoda dan menghayalkan. Aku turuti permintaannya. Gear ditukar, pendikit ditekan, senyuman terukir dibibir.
Deruman enjin dan bunyi geseran angin memenuhi ruang kabin. Ia bagai simfoni yang melalaikan. Getaran stereng dan papan pemuka bagaikan stimulasi sensori yang menyamankan. Aku di ambang berahi.
“LAGI!”
Suara itu kini bukan lagi bisikan, malah berubah menjadi dengus yang tegas dan kasar. Demi Tuhan, aku terasa nafas yang hembus bersama suara itu telinga kiri, sehingga aku spontan memalingkan muka ke arah suara itu.
Jantung aku berhenti berdegup, masa berhenti berdetik dan alam semesta berhenti berputar.
Di antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, terpacul wajah seorang perempuan yang lesu. Matanya kuyu, namun lirik senyuman yang menghiasi wajah pucat itu mencarik semangat diri yang menghuni tubuh ini. Senyuman itu penuh keterujaan. Penuh muslihat. Penuh intimidasi.
Pedal brek diinjak kuat, ankup brek mengetap. Walaupun roda sudah berhenti, momentum terus mengasak kereta ke hadapan. Geseran tayar dan tarmak, berciut nyaring menyebabkan bulu roma merinding. Bau getah mencair menyelinap masuk ke dalam kabin.
Kereta semakin tersasar ke bahu jalan dan aku tidak dapat mengawal arah keadaan itu. Kemudi stereng terkunci kerana aku menekan keras pedal brek berterusan. Walaupun terasa masa begitu lewat berlalu, cemas menumpulkan kemampuan berfikir.
Aku hanya kaku melihat muncung kereta menghentam benteng jalan. Aku amati bagaimana hud hadapan mulai remuk. Cermin hadapan merekah dan serpihannya menghujani kabin. Aku menutup mata selepas itu, dan dunia pun hilang dari minda.
Bila aku sedar, muka aku terasa kebas. Aku tak pasti terhantuk pada apa. Mataku berkunang-kunang, dunia bagai keladak hitam yang berpusar. Telinga pula berdesing, seperti ada sekawanan nyamuk yang bertelagah di dalam cerobong telinga.
“Lagi?”
Dalam desingan yang menjengkelkan itu, aku terdengar suara yang jahanam itu. Tersulam sindiran dalam nadanya. Lekas-lekas aku buka tali pinggang keledar dan membuka pintu. Lantas kepalaku terhentak ke bumbung. Serpihan kaca yang ada di bumbung terbenam ke dalam kulit kepala. Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
Aku tak sedar kereta aku terbalik.
Aku gagahkan diri merangkak keluar, dan semasa proses itu aku alami lebih banyak luka di tangan dan bahu kerana terguris dengan serpihan kaca. Aku gunakan semua kudrat yang bersisa dalam tubuh aku untuk menjauhkan diri daripada kereta.
Melihat daripada jarak ini, baru aku sedar kereta aku mungkin telah bergolek beberapa kali. Salah satu tayar hadapannya tiada. Fender hadapan dan hud robek, menampakkan jantung dermaan EVO III di dalamnya.
Kemudian di tingkap belakang, aku perasan makhluk itu menekapkan pipi kanannya ke cermin tingkap, begitu juga kedua-dua belah tapak tangannya. Mata kuyunya tadi kini terjegil memerhati aku. Entah apa sejarah silam kereta ini. Patutlah dijual dengan harga yang rendah.
“Abang OK?”
Seorang pemuda menyapa, lantas memeriksa keadaan aku. Beberapa orang lagi pengguna lebuh raya tiba. 10 minit selepas itu, kawasan nahas ini sudah seperti tapak pesta. Dikerumuni manusia. Tak sangka awal pagi sebegini, ramai juga masih menggubakan lebuhraya.
Aku dibawa ke hospital terdekat dan dubenarkan pulang pada keesokan harinya. Kereta aku pula ditunda ke bengkel. Selepas penilaian, ia diisytiharkan tidak selamat untuk diperbaiki dan perlu dimusnahkan. Baguslah macam tu.
Pihak insurans kereta tak mahu ganti rugi. Ketidakseimbangan modifikasi dipersalahkan. Enjin prestasi tinggi perlu dipadankan dengan sistem brek setara prestasinya. Begitu juga dengan sistem gantungan dan sokongan chasis.
“Cari apa kereta apa, bang?” soal jurujual sekali lagi.
“Proton Arena” jawabku.
“Nak buat kenderaan meniaga, ya?” balas si jurujual cuba beramah mesra. Kenderaan pikap ringan ini sememangnya pilihan popular di kalangan peniaga pasar malam.
“Taklah. Aku takut ada hantu duduk belakang aku. Kalau tak ada tempat duduk belakang, tak cuak sangat.” balasku pula.
“Hahaha. Sarkastik betul abang ni.” ujar jurujual yang berkacamata hipster itu sambil tersengih-sengih. Tak ubah macam kerang busuk.
Lantaklah dia nak fikir aku sarkastik atau apa. Tiada masa aku nak terangkan kisah di sebalik pilihan aku ni. Aku perlukan kenderaan untuk ke tempat kerja. Kenderaan yang tak akan ada “adrenalina” yang boleh duduk di belakang aku. Nak beli supercar tak mampu pula.
Sekarang kau tahu apa itu desakan adrenalina! Maka, hati-hatilah wahai penagih adrenalina sekalian. Silap hari, Adrenalina akan menjelmakan diri.

PANGGILAN - Kamarul Ariffin Nor Sadan




Kringgg! Kringgg! Kringg!
Aku tersentak mendengar deringan telefon, seraya menoleh ke arah bunyi deringan itu. Tak nampak kelibat sesiapa. Bunyi telefon itu terus berdering mencemar sunyi malam. Aku jengah lagi. Lampu di pondok perhentian bas ini suram, hanya bisa menerangi sekitar hentian ini sahaja. Namun bunyi deringan itu seakan dekat. Sepatutnya aku boleh nampak tuan punya telefon tu.

Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Aku bangun daripada bangku pondok hentian bas, dan meninjau. Dengan langkah kecil aku menghampiri punca deringan itu. Telefon bimbit ku genggam erat. Entah apa sebabnya, tapi menggenggam telefon bimbit tu terasa seperti reaksi yang agak rasional dalam situasi ini.
Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Deringan itu masih mencemar suasana. Semakin aku mara, semakin kuat bunyinya. Aku hela nafas panjang dan nekad menuju ke arah deringan itu. Bila ia sudah dekat, baru aku perasan ada pondok telefon di sisi pondok hentian bas ini. Tak terfikir pula aku tentang pondok telefon. Iya lah, zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit, pondok telefon semakin langka. Semakin pupus.

Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Aku capai gagang telefon dan meletakkannya di telinga. Nada dail yang ku dengar di talian. Mungkin pemanggil tadi sudah menamatkan panggilannya. Aku mengangkat bahu lalu meletakkan gagang itu kembali ke tempatnya. Siapa pula yang menelefon pondok telefon malam-malam buta seperti ni?
Kringgg! Kringgg! Kringgg! Telefon itu berdering semula sebaik sahaja aku letakkan gagangnya. Tak guna punya telefon, tersentak aku dibuatnya. Dua kali ia hampir buat jantungku berhenti. Dalam keadaan separa marah, aku mengangkat gagang dan menyuakannya ke telinga.
“Betul! Saya dengan seorang kawan. Awak ni siapa?” aku meneruskan pembohongan aku. Hati aku semakin tak tenang. Bulu roma di lenganku mula meremang. Aku menoleh kiri dan kanan. Nafasku mulai deras.

“Akhirnya ada orang angkat. Dah banyak kali saya cuba hubungi!” ujar suara di hujung talian sebelum sempat saya menyebut hello. Kedengaran seperti seorang gadis muda. Suaranya seakan-akan berbisik.
“Ya. Ada apa saya boleh bantu?” kataku separa keliru. Telefon bimbit aku sisip ke dalam poket seluar. “Ada sesiapa tak, selain awak, di sana?” soal pemanggil itu.
Aku berkira-kira ingin menjawab soalan itu. Aku bimbang jika ini perangkap samun. Pondok bas ini berada di tempat yang agak terpencil. Jika tidak kerana motosikal aku meragam di sini, tak mungkin aku akan berhenti di tempat yang sesunyi dan segelap ini.
“Ada! Ada beberapa orang” tipuku. “Ada? Awak jangan tipu!” tegas gadis itu. “Tuuuuuttt….”
Telefon di pondok telefon itu berbunyi lagi sebaik sahaja aku berjaya keluarkan telefon bimbit aku dari kocek. Aku swipe skrin aku untuk unlock skrin. Incorrect pattern. Aduh! Dalam keadaan cemas, tangan aku terketar-ketar dan jari aku mulai sejuk kerana pembuluh darah periferi aku mengecut. Ini menyebabkan penderia sesentuh pada skrin telefon bimbit tak dapat kesan jari aku dengan cekap.
Talian teputus. Mata aku meliar ke sekeliling. Pandanganku hanya terhad pada radius 10 kaki, kerana sejauh itu sahaja lampu di pondok hentian bas ini mampu menyinar. Mataku meliar kiri dan ke kanan. Melihat kalau-kalau ada penyamun mendekati.
“Mana pula Joe ni?” getus hatiku. Dia kata 15 minit. Ini dah hampir satu jam masih belum muncul-muncul. Lebih baik aku telefon dia sekali lagi. Aku cuba keluarkan telefon bimbit aku, namun seluar super skinny jeans aku menyebabkan ia suatu perkara yang sukar dilakukan ketika ini.
Kringgg! Kringgg! Kringgg! Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Kekalutan menyebabkan tangan aku berpeluh dan cemerkap, lantas telefon bimbit aku pun terlepas dari genggaman. Aku menutup telinga dan mata ketika ia terhempas ke lantai. Tak sanggup aku melihat. Sedetik kemudian, aku buka mata dan segera kutip telefon bimbit aku dari lantai, dan membelek skrinnya! Sial! Skrin pecah! Berang aku dibuatnya.
Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Kehangatan mula meninggalkan tubuh aku. Gagang telefon dilempar dan aku berlari meninggalkan tempat kejadian seperti tak cukup tanah. Suara hilaian yang nyaring memecah kesunyian malam. Aku teruskan berlari menyusuri jalan raya dan sebaik sahaja aku nampak lampu kereta menghampiri aku, aku pergi ke tengah jalan untuk menahan kenderaan tersebut.
“Kau nak apa lagi ha, betina!” ujar ku sebaik sahaja mengangkat telefon di pondok telefon itu. Marah sudah mengenepikan rasa cuak.
“Saya telefon dari rumah bertentangan dengan hentian bas di mana awak berada tu.” kata gadis di hujung talian. Sejurus selepas itu kelihatan cahaya malap muncul di celah kepekatan malam. Mungkin 20 meter dihadapan.
“Nampak tak lampu rumah saya yang saya baru buka?” kata gadis itu lagi. “Nampak! So?” balasku.
Kenderaan berkenaan sempat berhenti di hadapanku. Aku segera berlari ke sisi kereta itu, dan mengetuk tingkap pemandu dengan buku jari bertalu-talu.
“Saya cuma nak kepastian. Betul ke ada orang lain dengan awak? Saya tak yakin gadis yang berambut panjang yang duduk di atas bumbung hentian bas itu kawan awak.” jelasnya. HOOOONNN!!!!!
“Buka pintu Joe! Kita berambus dari sini!” ujarku termengah-mengah.
“Hoi! Kau gila ke Kamarul! Nasib baik aku tak terlanggar kau! Kenapa kau ni? Nak mati ke? ” tempik pemandu itu pada aku sebaik sahaja tingkap keretanya diturunkan. Rupanya kenderaan yang aku tahan itu adalah kereta Joe.
Sedar-sedar ambulans dah tiba. Joe dan Faizul masih tak sedarkan diri ketika Pembantu Pegawai Perubatan bertandang pada mereka. Entah siapa yang call ambulans. Mungkin gadis di rumah hadapan hentian bas itu juga, kerana sekitar kawasan itu, tiada rumah lain.
Sejurus aku masuk dalam perut kereta dan melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah pemandu, aku mula menceritakan perkara yang jadi. Tersasul-sasul aku bercerita. Joe mendengar sambil memandu.
“Perempuan yang call kau tu tak cuak pula?” soal suara dari tempat duduk belakang.
“Kau dah kenapa?” soalnya disusuli dekah ketawa di tempat duduk belakang
Aku terkejut sehingga terlompat dari tempat duduk. Bagai nak luruh jantung aku terdengar suara itu. Muka Joe berkerut melihat aku.
“Ni siapa pula?” soalku sambil menoleh ke belakang dan menghulurkan jabat tangan pada gadis di sebelah Faizul.
“Cis, kau Faizul! Aku tak perasan kau ada kat belakang. Aku ingat hantu tadi” kataku sambil mengurut dada. “Aku lambat sebab ambil si Faizul ni dulu lah!” kata Joe.
Kami cedera ringan, dan dibenarkan pulang keesokan harinya.
Faizul pandang aku. Joe pandang aku. Aku pandang muka gadis yang menyeringai itu. Selepas itu kereta yang kami naiki terbabas kerana Joe terlanggar motosikal aku yang aku letakkan di hadapan hentian bas tadi.
Entah.
Dalam perjalanan pulang dari hospital, kami suruh bapa Joe singgah di hentian bas semalam. Niat hendak bertandang ke rumah gadis yang bantu kami. Hendak ucapkan terima kasih. Malangnya setibanya disana kami dapati di hadapan perhentian bas tersebut, tiada rumah. Cuma paya.
"Kenapa ada hentian bas di sini sedangkan tiada apa disekelilingnya." tanya Pak Mus, ayah si Joe.

Arkib Angker Negara.


Selamat datang ke Arkib Angker Negara.

Arkib ini merupakan pusat repositori kisah-kisah seram, mistik dan angker yang di alami oleh orang awam.
Jika anda ada mengalami pengalamanan angker, hantarkan kisah anda kepada kami. Kisah anda akan direkod dan dikongsikan untuk manfaat orang ramai.
Kisah anda hendaklah tulis dengan bahasa yang baik dan menceritakan pengalaman anda dengan jelas agar dapat diselami oleh para pengunjung AAN.

Terima Kasih