Showing posts with label PSIKIK. Show all posts
Showing posts with label PSIKIK. Show all posts

Tuesday, 16 January 2018

PSIKIK (Bahagian 4 Akhir) - Nasa Yusuf


PSIKIK 4 – AKHIR


Adam membuka mata. Kipas di siling bilik berputar laju. Dari kabur, perlahan-lahan kembali jelas. Wajahnya berkerut, terkebil-kebil biji matanya.


“Dah sedar?.”

Cepat Adam menoleh, terkejut mendengar sapaan itu. Dia duduk dari baringan dibantu oleh inspektor Yusuf yang menemani.

“Bila aku di sini?.” Ujar Adam memicit kepala

“Hurm…. dah seminggu.”

“Ha????!.”

“Aku tipu je…” Yusuf ketawa geli hati, dan itulah kali pertama Adam melihat pegawai polis itu gembira. Dan memang pegawai itu seorang yang serius. Barulah kemudian Yusuf berdehem beberapa kali apabila perasan dia diperhatikan begitu. Senyumannya mati serta merta

“Tuan ketawa…” Ujar Adam tersenyum. Mana tidaknya, sebelum ini, Yusuf sentiasa masam mencuka. Lalu dia duduk membetulkan urat tubuhnya yang terasa tegang.

“Kami dah jumpa Rico. Dia ada di hospital dalam rawatan. Kalau kau dah sembuh, jom kita ke sana.”
Adam berwajah tertanya-tanya.

“Jangan risau, Rico ok. Doktor pun kata kau ok, cuma penat. Jom!.”

Adam mengangguk, dia sudah sihat. Sebenarnya dia hanya pelu rehat. Kerana sifat marahnya sebelum ini, dia menggunakan keseluruhan tenaga tanpa sengaja.

*************************

Azilah mengelap sekali lagi luka di sebelah pinggang Akirah. “Siapa yang nak bunuh kau Akirah?.”

“Errr… ko tak tengok berita?.” Tanya Akirah tertanya-tanya, mustahil pula rasanya wanita itu tidak mengenalinya. Namun Azilah menggeleng. Setelah siap membersihkan, dia mengajak Akirah makan. Semua telah siap dihidangkan. Akirah makan dengan gelojoh, macam tak cukup tangan rasanya.

“Perlahan-lahan Akirah, aku masak banyak. Kau boleh tambah kalau nak lagi.”

Akirah terlalu leka dengan makanan di hadapan. Dan sikap itu membuatkan Azilah terperanjat, tidak tahu berapa lama Akirah di luar sampaikan lagaknya seperti terlalu kebulur.

Telefon berbunyi dan selajur itu Azilah meminta diri untuk menjawab. Akirah masih lagi makan, tidak mempedulikan pun apa yang dikatakan oleh Azilah. Sedang dia makan, matanya tertancap pada beberapa bingkai kaca gambar keluarga kecil tersebut. Gambar itu dihias di atas meja dan para dinding. Akirah berhenti makan. Nafsu dan seleranya termati serta merta.

“ABANG di mana? kenapa baru telefon? Saya tunggu dari semalam. Saya risau kenapa abang nak cepat. Ada masalah ke?.”

“Tak Zilah, abang ada hal sikit.” Benjamin berjalan di seberang jalan sambil memerhatikan hospital di mana Rico dirawat.

“Hurmm.. owh ya ada seorang wanita cedera di sini, saya tolong dia, tapi abang jangan risau, dia ok je sekarang.”

“Siapa?.” Benjamin terhenti, dirinya tertanya-tanya.

“Entah, luka teruk di bahagian tubuh, tpi dia tak nak ke hospital, katanya ada orang nak bunuh dia.” Azilah memperlahankan suara, menoleh ke arah meja makan. Akirah tiada!

Azilah berjalan ke arah dapur, namun Akirah tidak terlihat. Dia hairan kemana perginya wanita tadi.

“Heloo!!! Zilah!!.”

“Ye bang…. err…. saya ada ni, errr… saya…”

“Ada yang tak kena ke?.”

“Tak… nanti saya telefon semula ya…” Azilah terus mematikan talian tanpa mempedulikan panggilan abangnya. Dia berjalan ke arah ruang tamu. Kemudian tersenyum apabila melihat wanita itu berdiri memegang bingkai kaca di tangan.

“Gambar siapa ni? Suami?.” Tanya Akirah tersenyum sinis.

“Takk… itu abang saya… Benjamin…”

“Owhhhh….” Akirah menunduk menatap wajah itu kembali. Ya! Dia mengenali lelaki itu.

*************************************

Beberapa orang doktor dan jururawat memenuhi bilik rawatan yang menempatkan Rico. Adam tidak sudah-sudah risaukan keadaan rakannya. Namun Rico memang sihat, Inspektor Yusuf dan Shah mengambil beberapa keterangan dari Rico sebelum mereka bertanya beberapa soalan kepada doktor yang merawat.

Rico menekan-nekan remort televisyen. Siaran semua membosankan. Dia mendapat rawatan di hospital swasta kerana dia merupakan pemegang insuran medical card yang sangat setia. Malah tidak pernah bayarannya tertunggak. Malah pakej yang diambil juga mahal.

“Apa ni? Semua berita?.” Dan dia terus menekan siaran tersebut. Kehadiran Adam dan orang lain tidak dipedulikan. Matanya tertancap pada siaran berita mengenai seorang lelaki yang merupakan suspek pembunuhan lima tahun lepas. Malah wajah lelaki itu sangat dikenali! Rico terbeliak mata. Berita mengenai Benjamin memenuhi setiap siaran. Malah gambaran kereta yang dinaiki sedang kejar mengejar dengan kereta Akirah juga turut disiarkan. Dan kali ini wajah Benjamin terpapar besar di skrin televisyen.

“Kau!!!!!.” Jerit Rico tiba-tiba dan itu menyebabkan kesemua yang berada di dlam bilik itu menoleh serentak. Terdiam. Tidak berkelip. Adam mengangkat kening.

“Errr…. kau…. kau yang bernama seri….relakan cintamu seri… leburkanlah rinduku ini…” Dan Rico terus menyanyikan lagu dari Handy Black bertajuk Kau yang bernama Seri itu sambil mengalihkan siaran televisyen tadi agar mereka semua tidak mengesyaki apa-apa.

“Errr…doktor pasti dia ok?.” Tanya Yusuf menoleh ke arah pegawai perubatan di sebelah. “Mungkin ada hantukan di kepala yang kita tidak ketahui.”

Rico menoleh tubuhnya yang siap dibalut sempurna. Semalam dia dihantar dalam keadaan separuh sedar, tapi dia tahu Benjamin yang mengubat lukanya sebelum ini dan Benjamin juga memastikan dia dihantar ke hospital walaupun hanya ditinggalkan di tepi jalan. Semua gara- gara ingin mengelak dari dikesan oleh polis.

“Kau tak nampak siapa yang hantar kau ke!?.” Tanya Shah kasar. Cepat-cepat Yusuf menolak rakannya lalu dia pula yang berdiri di sebelah Rico.

“Errr… betul ke kau tak nampak siapa yang hantar semalam?.” Tanya Yusuf sedikit memujuk.

“Tak tuan, sebab saya pengsan.”

“Tipu!!.” Sergah Shah sekali lagi. Dan sekali lagi juga Yusuf terpaksa menarik rakannya ke tepi.Entah kenapalah dengan perangai Shah ni. Dia menoleh Rico kembali.

“Hurm… ada apa maklumat lain yang awak tahu?.”

“Tak ada…” Rico menunduk. Sebenarnya dia berkira-kira untuk memberitahu, tapi Benjamin tidak nampak seperti orang jahat. Keraguan mula bersarang di hati. Matanya menjeling inspektor Shah yang sedang memeluk tubuh. Sungguh menjengkelkan sikapnya. Walaupun jawapan itu mengecewakan, namun mereka terpaksa terima yang mereka akan kehilangan Benjamin sekali lagi.

PINTU DEPAN hospital itu ditolak perlahan dan Yusuf akan ke balai menghantar laporan yang diterima, lagipun siasatan keatas Benjamin tetap akan dilakukan. Ditambah dengan soal Akirah lagi. Tapi tumpuan utamanya adalah pada Akirah sebenarnya.

“Kenapa kau baik sangat dengan Rico tu!!.”

Yusuf menoleh kiri kanan. Dia meletakkan jari telunjuk ke arah dadanya. “Kau bercakap dengan aku ke?.”

“Tak kan dengan tembok!.” Marah Shah. Dan Yusuf tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengannya sejak dia melepaskan Benjamin pada malam mereka hampir ditembak lima tahun dulu. malah Yusuf tidak mempedulikan sangat hal Benjamin. Malah pendapat mereka juga sangat berbeza, ditambah pula Yusuf seolah-olah cuba mengelak. Yusuf malas melayan, dia berjalan ke arah keretanya.

“Entah-entah kau kenal Benjamin. Ha! Berapa banyak dia rasuah kau untuk tutup mulut!.” Satu tuduhan yang melulu dengan sengaja menyakitkan hati. Namun masih tidak dipedulikan. Shah memegang bahu rakannya dan Yusuf menoleh, menepis kasar. Perbuatan Shah memang melampau!

“Aku masih bersabar lagi degnan kau ni Shah!.” Kali ini Yusuf benar-benar rasa tercabar. Ingin sahaja ditumbuk lelaki itu.

“Kau dengar ni Suf… aku akan laporkan pada pihak atasan kalau……” Sebaik itu juga Shah terlihat Benjamin di seberang jalan. Kedua mata mereka bertentang. Benjamin tergamam sebelum melarikan diri. Shah tidak menunggu, segera berlari mendapatkan lelaki itu. Panggilan Yusuf tidak dipedulikan. Sasarannya adalah Benjamin!

**********************************

Akirah menampar wajah Azilah sekuatnya. Danial yang turut berada di situ cuba melawan, namun tenaga dari budak sepertinya sangat rapuh. Dia berlari mendapatkan ibunya yang sudah tertiarap.

“Kau dengar sini. Aku tak nak lelaki ni datang sini. Aku dengar perbualan kau dan dia!!!.” Ikutkan hati, Akirah mahu lari sahaja, namun kesihatannya tidak mengizinkan dan dia masih perlu beberapa hari lagi duduk di situ.

“Kau tak akan lepas!.”

Akirah mengambil telefon bimbit yang digunakan oleh Azilah tadi. “Call dia, cakap jangan balik sini.” Hulurnya. Namun Azilah tidak bertindak balas.

“Call dia!!!!.”

“Aku tak nak! Apa nak jadi, jadilah!!.”

Sekali lagi Akirah menampar Azilah sehingga terduduk. Bibirnya pecah dan berdarah. Melihat keadaan itu Danial berdiri melindungi ibunya.

“Saya call… saya akan bercakap dengan uncle Ben…” Tawarnya. Air matanya masih berbekas di pipi. Dia jadi takut dengan wanita itu.

“Good…” Senyum Akirah menghiasi bibir
.
*******************************************

ADAM bersiap-siap untuk keluar. Marah benar dia mendengar penjelasan dari Rico. Rico langsung tidak memberitahu bahawa Benjamin ada di tempat kejadian bersama dengan Akirah

“Adam…”

“Kau tak patut sembunyikan perkara tu!! Kau tahu polis cari dia!!!.”

“Tapi dia baik Dam… errr aku rasa Benjamin baik…”

“Kau sendiri tak pasti Rico…. Dia mesti kenal Akirah! Dan dia tahu di mana Akirah!.” Tuduh Adam sambil menyarungkan kasut. Walau apa pun yang diberitahu oleh Rico, dia tidak percaya. Sekarang ini, Benjamin sudah lihat Akirah, dan dia pasti Benjamin tahu di mana Akirah. Dia segera berlari keluar dari bilik

“Dam!!! Weh Adam!!!.” Pekikan Rico tidak dipedulikan. Rico jadi buntu. Dia melihat kesan balutan di tubuhnya, kemudian dia memandang pintu depan semula.

ADAM BERLARI ke arah tempat dia meletakkan keretanya. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat kereta kedua pegawai polis itu masih di situ. Kali terakhir tadi, kedua pegawai itu kata akan ke balai polis. Adam berlari mendapatkan kenderaan yang masih elok terletak.

Adam terpijak kunci kereta di kawasan berkenaan, dan sebaik dia menekan remort, ternyata kunci itu kepunyaan inspektor Shah. Adam segera mendongak memandang sekeliling. Hatinya tidak sedap.

“Mana pula diaorang ni???.” Mustahil untuk pegawai polis melakukan tugas secuai ini sampaikan kunci pun tertinggal melainkan…..

Adam menoleh sekeliling kembali.

*********************************

“Shahh…” Yusuf berjalan perlahan. Senjatanya sudah diangkat separas bahu dilaraskan ke hadapan. Peluh sudah menjejer membasahi baju yang dipakai.

“Shahh…. jawab aku Shah!.” Entah bila rakannya hilang. Risau betul hatinya sekarang. Shah bertindak melulu. Yusuf menghalakan senjatanya ke atas dan bawah, belakang dan depan silih berganti, dia tidak tahu di mana, hanya kawasan tempat kereta terbuang. Yusuf berpaling sebaik mendengar jeritan tidak jauh darinya.

BENJAMIN menepis setiap pukulan, tidak sempat dia menerangkan, pegawai itu terus menyerang, nasib baik sahaja dia tidak ditembak tadi. Pistol yang tercampak itupun tidak dijumpai.

Sekali lagi Shah menyerang Benjamin. Namun setiap pukulannya dapat dielak mudah. Juga sudah beberapa kali Benjamin suruh berhenti, namun Shah tidak peduli. Memang Benjamin berniat untuk menerangkan perkara sebenar.

Shah menumbuk Benjamin berkali-kali, dan bagi mempertahankan diri Benjamin menolak pegawai itu sekuatnya. Shah tergelincir dan kepalanya terhantuk cermin kereta. Dia tidak sedarkan diri. Kepalanya terluka.

“Aiseyhh….” Benjamin mendekati, cuba membetulkan kedudukan Shah. Dia tidak berniat langsung “Encik… tuan… bangun…” Dia menampar perlahan pipi pegawai itu. Namun Shah tidak sedar langsung. Benjamin cuba mengangkat…

“Woooo wooo Benjamin!!! Berhenti!!!.” Yusuf tiba-tiba muncul di hadapan, mengacukan senjata ke arah Benjamin. Lelaki itu menaikkan kedua tangannya ke atas.

“Nanti dulu… nanti dulu…” Ujar Benjamin

“Pusing belakang… pusing!!!.” Pekik inspektor Yusuf

Benjamin berdiri menghadap dinding tembok di belakang. Sebaik sahaja Yusuf mendekati. Dia berpusing dan menolak pegawai itu. Yusuf terpelanting, senjatanya dirampas dan kini Benjamin pula yang menghulurkan senjata itu ke arah pegawai polis di depannya.

Penukul belakang ditarik dan dia memejam sebelah mata sedia untuk menembak.Yusuf berdebar.

********************************************

Azilah memeluk Danial dalam dakapan. Anaknya sekadar memerhatikan Akirah di hadapan.

“Kau nak apa?.” Tanya Azilah

“Orang dalam gambar tu… berguna untuk aku nanti.” Akirah tersenyum, di tangannya masih lagi memegang pisau sebagai senjata, sesekali dia akan menyelak langsir luar untuk melihat situasi.

“Aku dah tolong kau Akirah.”

“Anggaplah kau masih hidup sekarang sebagai ucapan terima kasih aku.”Akirah tersenyum sinis. “Aku cuma perlukan lagi beberapa hari sampai aku betul-betul sembuh!.”

“Tak dapat call.” Danial menghulurkan telefon.

“Cuba lagi!!!.” Akirah berdiri bercekak pinggang. “Aku tak nak dia ke sini, berilah alasan apa-apa pun, atau kau dan dia aku bunuh!!!.” Akirah menoleh ke arah Danial. Dan tiba-tiba lukanya berdarah kembali. Akirah duduk memegang pinggangnya. Tekanan menyebabkan dia tidak tenang dalam bertingkah laku.

******************************************************

“Aku tak salah apa-apa. Dan aku tak berniat bunuh sesiapa…” Benjamin melangkah perlahan kebelakang. Pistol masih di tangan

“Dengar ni… aku tahu polis cari aku, tapi percayalah aku… aku tak salah apa-apa. Aku habiskan hidup aku untuk perkara yang aku tak buat, untuk tuduhan yang aku terpaksa tanggung”

Yusuf berkerut wajah.

“Aku akan pulangkan senjata ni semula… tapi aku tak akan serah diri.”

Yusuf hanya terdiam apabila dia tidak punyai apa-apa untuk memertahankan diri.

“Aku letak senjata ko ni, dan aku akan lari.” Benjamin sekadar berterus terang, hanya itu caranya untuk buat pihak polis faham. Adam berlari, entah muncul dari mana tiba-tiba dia menendang tangan Benjamin sehingga tercampak pistol tersebut.

Benjamin segera melarikan diri dari situ, tidak berniat untuk membuat kekecohan, jauh sekali untuk mencari gaduh.

“Benjamin kau jangan lari!!!.” Adam berlari mengejar.

“Eh! Adam tunggu!!!!.” Yusuf tidak sempat menghalang dan lelaki itu telah jauh meninggalkan. “Aduhh!!!!.” Dia tidak punyai pilihan, Yusuf berpatah balik membantu rakannya yang tidak sedarkan diri.

**************************************************

BENJAMIN bersembunyi ke dalam kilang yang tidak jauh dari situ. Dia tertanya-tanya. Entah siapa lelaki yang mengejarnya.

“Apa malang nasib aku ni…”

“Benjamin!!!!!.”

Benjamin tersentak, dia mendongak, namun masih lagi bersembunyi, bukan takut, sekadar tidak mahu mencari gaduh. Dia bukan lah orang jahat. Tapi tindakan lelaki tadi bersungguh betul.

“Benjamin aku tahu kau tahu di mana Akirah!!!!.”

Benjamin tersentak apabila bunyi barang dilempar ke sana sini dalam kilang tersebut. Bunyi hingar itu memekakkan. “Akirah???.” Dia tidak tahu pon apa yang berlaku dan kenapa dia dikejar oleh lelaki tadi.

“Benjamin!!!!!!.” Adam menyentak tangannya kehadapan, habis terpelanting barang di hadapannya semua.

“Benja….”

“Yeee yeee… aku di sini.” Benjamin muncul tercungap-cungap. Dia sedikit membongkok. “Kau siapa? Sorry aku lupa tanya nama.”

“Adam, nama aku Adam!!!!.” Pekiknya.

“Well…. kau tak perlu menjerit sebab aku tak pekak.” Barulah Benjamin berdiri betul setelah pernafasannya sekata.

“Mana Akirah!!!!.”

“Ha!! Itulah yang aku nak tanya ni. Jangan kata Akirah, kau pun aku tak kenal. Siapa nama kau tadi??.” Benjamin sedikit mengacah.

“Biadap!!!.” Adam berlari dan menendang lelaki itu sehingga terlentang ke belakang.

Benjamin berdiri semula. Mengibas bajunya yang berpasir. “Woohoooo,… dengar ni. Aku tak cari gaduh dengan kau Adam.”

“Pulangkan Akirah!!!!.”

“Ok!! aku pulangkan, kau boleh ambik Akirah tu, ambiklah dia… aku nak balik.” Benjamin berpaling dan berlalu. Adam berjalan menghampiri dari belakang. Menolak tangannya ke kiri, sekaligus Benjamin terpelanting jauh ke tepi. Kemudian dia segera mendekati, menarik kolar lelaki itu

“Mana Akirah!.”

Benjamin menghentak wajahnya ke arah Adam menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan dan menutup wajah, membongkok menjerit sakit.

Benjamin berpusing dan menendang Adam sehingga tersungkur, “Kau gila ke Dam? kalau ye pun perempuan tu tak nak dengan kau, jangan lah paksa. Biar je dia buat pilihan sendiri…”

“Apa kau mengarut ni setan!! Aku tanya mana Akirah!!!.” Adam mengurut dadanya dia berlari untuk menumbuk, Banjamin mengelak ke kiri sedikit dan Adam jatuh tergolek.

“Apa masalah dengan kau ni? kau tak boleh call dia ke? atau pujuk dia? atau buat candle light dinner atau ko boleh hadiahkan pakej percutian untuk korang berdua. Biasa perempuan suka benda macam tu.” Benjamin berpaling dan sekali lagi dirinya melayang disepak dari belakang.

Adam berpusing untuk menendang, Benjamin menarik kaki lelaki itu sebelum menendang di celah kelengkangnya menyebabkan Adam senak terduduk.

“Huuuuuuu….. Aku betul-betul tak bermaksud untuk melakukannya Dam… serius.” Benjamin rasa bersalah tapi Adam tidak memberinya peluang. “Jangan risau, kau masih boleh dapat anak dengan Akirah.”

“Arghh!!!!!.”

sebaik lelaki itu baru bangun, Benjamin sekali lagi melompat untuk menendang, namun Adam terlebih dahulu menyentak tangannya ke hadapan.

Tubuh Benjamin melayang menghempas kotak dan beberapa kayu yang ada.

Adam berdiri tegak. Tidak berpuas hati. Amarahnya menguasai. Dia berdiri di tengah ruang yang kosong. Menunduk, memejam mata, mendepa tangan. Sekaligus barang yang ada di sekelilingnya terapung.

“Adam….” Rico menjelma dari belakang

Serentak itu keadaan kembali normal, barang tadi terjatuh semula dan Adam cepat berpaling.

“Apa kau buat????.” Rico benar-benar terperanjat dengan apa yang dilihat. Dia berjalan masuk mendapatkan Benjamin yang sudah tertonggeng. Adam membiarkan untuk seketika, tindakannya melulu lagi kali ini.

*************************************

Akirah menumbuk Azilah, dia menarik Danial, dan berlari ikut pintu belakang. Azilah tidak dapat dikawal, malah wanita itu melawan dan menjerit sehingga jiran semua mula berkumpul. Untuk menyelamatkan diri, Danial ditarik sekali sebagai jaminan yang dia selamat.

Danial meronta-ronta, namun Akirah terlalu kuat. Budak berumur sepuluh tahun sepertinya tidak mempunyai kudrat yang setara. Kanak-kanak itu menangis merayu. Beberapa jiran yang cuba membantu dihunus pisau dan Akirah melarikan diri.

Yusuf dan beberapa anggotanya bersiap sedia apabila mendapat maklumat tentang Akirah. Mereka berbincang secara ringkas tentang rancangan penangkapan dan kawasan itu tidak jauh dari balainya.

Beberapa anggota siap bersenjata berkumpul, mereka pergi dengan tiga buah kereta, malah sebaik menghantar Shah ke hospital, Yusuf terpaksa meninggalkan lelaki itu dengan tunangnya kerana tugas yang lebih penting. Hal Adam dan Benjamin juga terpaksa dibiarkan, namun hatinya kuat mengatakan yang Benjamin tidak akan melakukan perkara yang melampaui batasan sehingga menyebabkan dia dikenakan tindakan undang-undang.

Malah Yusuf juga tidak risaukan keselamatan Adam ketika dengan lelaki itu. Dia pasti Benjamin menguruskan dengan baik. Dan memang dari awal dulu dia dapat rasakan Benjamin tidak bersalah. Tapi sebagai pegawai polis, dia terikat dengan prosedur tertentu, namun sebagai manusia, dia juga ada sifat yang dikurnikan Allah iaitu “Tidak bersifat menghukum” Antara tugas dan prinsip, selalunya kedua itu berperang di dalam diri.

“Huhhh…” Dalam tidak sedar dia mengeluh juga.

“Kenapa tuan?.”

“Tak adalah… saya cuma harap kes ni settle.” Ujarnya tersenyum.

“InsyaAllah…”

******************************************

Adam menjulur tangannya perlahan-lahan, dan barang di hadapannya bergerak sendiri.

“Wohooo!!!!!!.” Benjamin bertepuk tangan. Dia benar-benar suka.

“Ada lagi.. ada lagi…” Adam berdiri dan mendepa tangan, secara spontan, kesemua barang terangkat dan terapung.

“Wohooo!!!!.” Sekali lagi Benjamin memekik. Adam turut ketawa apabila melihat lelaki itu kagum. Mana tidaknya seumur hidupnya memang tidak ada orang lain yang tahu tentang kebolehannya.

“Cuba ko angkat benda ni…” Arah Benjamin. Adam terus menunjukkan kebolehannya. Dan perbuatan itu mendatangkan kejelekan pada Rico. Dia sebenarnya cuma terperanjat tadi dan menyuruh Adam menerangkan keadaan sebenar, sebaik masing-masing menceritakan apa yang tak puas hati dan keadaan yang berlaku, tidak tahu pula cepat mereka berdua jadi rapat dan menjadikan keadaan di situ seperti pesta.

“Dah habis ke?.” Tanya Rico bersandar. Dia benar-benar bosan.

“Kejaplahhh…” Marah Benjamin.

“Hello!!!! Korang sedar tak sekarang ni apa masalahnya???.”

Adam berhenti sebaik mendapat panggilan. Tawanya terhenti. Melihat nama Yusuf tertera, dia meletakkan jari telunjuk di tengah bibir. Panggilan itu sekadar bertanyakan keadaannya. Dan perbualan itu tamat tidak lama.

“Kau beritahu aku di sini ke?.” Tanya Benjamin. Adam menggeleng.

“Suruh Yusuf ambil kita di sini, aku tak larat berjalan.” Rico masih lagi letih, sudahlah dia keluar wad curi-curi.

“Tak boleh sebab dia ada tugas dekat perumahan Taman Melawati, ada kes culik apa entah.”

“Itu kawasan rumah adik aku!!!.” Benjamin berdiri, dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Banyak panggilan tidak dijawab dan semuanya dari nombor rumah Azilah. Berdebar hatinya saat ini

Walaupun tidak tahu kenapa, namun dia dapat menganggap perkara yang tidak baik sedang berlaku. Tidak berani mendail semula, Benjamin mengambil keputusan untuk ke sana terus

***************************************************.

“Akirahhhh lepaskan…..” Beberapa kereta peronda polis sudah pun mengepung kawasan, Akirah tidak sempat berlari jauh paabila kesemua jiran di kawasan tersebut mula bertindak. Cuma sekarang ini Danial dipaut dengan pisau dileher kanak-kanak itu.

“Kau datang dekat…. aku bunuh dia!!!!.” Jerit Akirah. Darahnya sudah menitis membasahi baju dan seluar yang dipakai.

“Akirah dengar ni…” Yusuf mara sedikit cuba memujuk.

“Blah!!!! Berambus!!!!!.”

Yusuf sudah letih. Hampir setengah jam juga dia cuba memujuk. Dan kesabarannya kalau nak ikutkan memang dah tak ada. Beberapa kali juga dia bezikir malah beberapa kali melompat-lompat setempat, selain menunduk dan menyanyi menenangkan hati. Dia juga manusia.

TIDAK LAMA itu kereta yang dinaiki Benjamin dan Adam berhenti. Mereka berhenti jauh dari situ namun dapat melihat jelas kejadian berlaku.

“Danial!!!.” Benjamin cepat keluar namun Adam menarik. Dia meletakkan jari telunjuk di tengah bibir.

“Aku uruskan…”

“Tapi…”

“Percaya aku…” Adam meyakinkan. Lagipun dia tidak mahu Benjamin tertangkap. Lama juga Benjamin membuat keputusan, ikutkan hati dia ingin pergi dan meluru. Wajahnya memandang Adam semula.

“Percaya aku…” Sekali lagi Adam meminta.

**************************************************

YUSUF BERJALAN kehulu ke hilir. Dan dia terperanjat apabila Adam sudah di sebelah. Sepatutnya tidak ada yang boleh melepasi kawasan yang telah diarahkan tadi.

“Apa.. kau… errrr… kenapa…” Yusuf menoleh dan menjeling anggotanya. Mereka juga tidak sempat menghalang apabila tiba-tiba Adam berlari ke tengah.

“Akirah!!!.” Jerit Adam. “Hye!!!!.”

Sebaik melihat Adam, Akirah tersenyum. Namun cepat-cepat dia memegang erat Danial dan pisau tadi, dia tahu helah anggota polis.

“Boleh saya pergi dekat awak kejap?.” Adam melangkah.

“Apa ni Adam!!!.” Tahan Yusuf. Gila! tiba-tiba Adam masuk campur.

“Saya uruskan…” Adam melepaskan pegangan dan mengenyit mata. Tidak sampai beberapa saat, Adam sudah berlari anak ke arah wanita itu. Yusuf menakup wajah. Kalau apa-apa berlaku sudah tentu sahaja reputasinya terjejas malah nyawa orang lain turut jadi mangsa.

“Akirah…. lepaskan dia.” Pujuk Adam lembut.

Wanita itu menggeleng.

“Kenapa awak buat semua ni?.” Tanya Adam. Dan sebenarnya dia memang ingin tahu kenapa Akirah membunuh ibunya serta melakukan perbuatan yang dianggap tidak waras!

“Sebab aku nak kau pandang aku sahaja. Aku tak suka orang lain ada antara kita.”

“Itu sahaja?.” Adam masih tersenyum..

“Sebab aku cintakan kau sangat Adam…” Kali ini air matanya mengalir. Aku sanggup buat apa sahaja agar aku memiliki kau.

“Lepaskan Danial…” Arah Adam sebaik melihat pisau itu susah melukakan kulit kanak-kanak itu.

“Kau cintakan aku Adam?.”

“Bercinta tidak bermaksud kita perlu bersama.”

“Kau cintakan aku!!!!.” Tengkingnya dengan pisau yang ditekan semakin dalam. Danial menjerit sakit.

“Ya!!!!.” Tengking Adam. Sebenarnya dia masih marah namun dia tidak dapat mengelak perasaan cinta yang masih ada. Memang Akirah sudah membunuh ibunya, namun benci dan cinta itu bercampur baur. Perasaannya? Dia sendiri tidak tahu. Dia susah menyintai, Akirah adalah yang pertama. Maka perasaan itu bukan juga mudah dibuang begitu sahaja

“Aku masih cinta….” Jawab Adam perlahan.

Dan jawapan itu membuat wanita itu tersenyum. Kalau macam tu aku rasa lega. Akirah mencampakkan Danial, lantas pisau itu ditusuk di perutnya sendiri.

“Nooo!!!!!.” Adam menjulurkan tangannya ke hadapan untuk menghalang, tanpa sengaja menolak pisau itu semakin dalam. Akirah terpelanting jauh dari situ.

Dia berlari mendapatkan wanita itu yang tidak lagi bergerak.

“Nooo Akirah… Akirah….” Adam melutut, memandang kedua tapak tangannya yang sudah menggigil. Beberapa anggota polis sudah mendekati. Yusuf menarik Adam menjauh agar pihak polis boleh melakukan kerja.

SETAHUN BERLALU

Suasana petang itu agak cerah. Sejak dua ke tiga hari ini keadaan cuaca tidak menentu, Adam duduk bersandar sambil menyilang kaki.

“Minumlah.” Pelawanya tanpa menoleh.

“Ko memang tak nak beritahu mana Benjamin?.” Tanya Yusuf

“Nope…” Adam ketawa. Sejak kejadian itu dia sering sahaja dikunjungi oleh pegawai tersebut. Walaupun dia sudah menerangkan beberapa kali tentang keadaan sebenar dan Benjamin tidak bersalah, namun Yusuf tetap melakukannya demi tugas. Walaupun hati manusianya kata Benjamin itu benar!

“Kau dikira sembunyikan penjenayah.” Air kopi dihadapan diteguk perlahan.

“Jadi apa tindakan ko terhadap aku?” Tanya Adam sambil meneguk minuman yang disediakan untuk mereka berdua. Yusuf sengaja berkunjung untuk bertanya khabar. Tapi tanpa sedar juga mereka mula rapat.

“Lawa juga pemandangan dari tingkat aras kau ni.” Sengaja Yusuf mengubah topik. Adam mengangguk dan mereka menikmati minuman tanpa ada lagi perbualan.

*******************************************************

BENJAMIN dan Azilah sekali lagi berpindah, menyewa tempat lain. Dan itulah yang dilakukan setiap kali polis mengetahui tentang kehadirannya.

“Love uncle Ben…” Danial be...




Penulis : Nasa Yusuf
Suntingan Gambar : Shizu
********************
Seperti biasa, jika anda ada kisah atau cerpen untuk dikongsikan. Sila email ke aanrc2017@gmail.com atau inbox ke page kami. Kami menerima cerpen bergenre mistik, seram, thriller, misteri dan juga mind-blowing. Akaun media social anda akan kami nyatakan jika cerpen anda dipilih untuk disiarkan oleh page dan blog kami. Sekian dari saya kurator bertugas pada hari Selasa – Shizu.

PSIKIK (Bahagian 3) - Nasa Yusuf


PSIKIK 3


Benjamin memandu keretanya bagai orang gila. Habis semua lampu isyarat dilanggar. Bunyi hon bergema di setiap pelusuk jalan.

“Benjamin!!! Berhenti!!!!.” Inspektor Shah menggunakan speaker dari dalam keretanya. Ya! Lelaki yang dikejar itu memang gila. 

“Catch me if you can bebeh!.” Sesekali Benjamin akan memandang ke cermin pandang belakang. Melihat kereta yang dinaiki inspektor Shah itu juga turut sama terhuyung hayang. Ketawanya besar kedengaran.


Pagi tadi dia hanya keluar mencari pekerjaan, tiba-tiba pula terserempak dengan pegawai polis itu. Dia ingatkan kisah lima tahun lepas sudah dilupakan, ternyata namanya masih dalam fail siasatan polis lagi. Salahnya juga menghilangkan diri. Bagi benjamin dia tidak perlu untuk pergi ke balai dan menerangkan keadaan sebenar. Hidup ini penuh hipokrit. Rasuah merata-rata. Itu pada pandangannya!.

Kematian Sakinah, Azhar dan Fazli lima tahun lepas merupakan kes yang masih belum selesai. Benjamin hilang begitu sahaja malah Azilah turut lesap. Rumah yang diduduki dijual pada orang lain. Tanah dikampung juga dijual. Malah tidak ada pun yang tahu di mana Azilah berada sekarang. Tapi itu bukanlah menjadi soalnya. Perkara utama yang ingin dicari oleh Shah sekarang adalah Benjamin. Itupun dia terpaksa lakukan sendiri apabila inspektor Yusuf buat endah tidak endah tentang hal itu.

Benjamin belok ke kiri. Berdecit tayar tersebut. Sikit lagi keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Tuan! Kita buat apa ni?.” Tanya anggota di sebelah Shah. Mana tidaknya, sepatutnya sekarang ini mereka bersarapan. Bukannya mengejar orang. Entah macam mana tajam betul fikiran Tuan Shah sampaikan wajah Benjamin lima tahun lepas pun masih diingati.

“Kita kejar orang Zahid.. kenapa bodoh sangat ni tanya soalan tu?.”

Zahid terdiam. Masih dia teringat keenakan subway chiken tandori yang baru sahaja masuk ke mulutnya sebentar tadi, namun terpaksa dilupakan hasrat, hanya kerana cinta kepada negara. Klishe ayat tu.


“Cepat Zahid!!!.”

“Ye tuan, sabarlah...” jelingnya

************************************

“Awak ok Akirah?.” Tanya Rico sebaik melihat tubuh wanita itu berdarah.

“Ok....” Jawab nya pendek. Dia menoleh sekeliling, tahu yang Adam tiada dan Rico berseorangan.

“Kejap lagi Adam balik.” Komputer riba di hadapan itu tiba-tiba elok. Rico melihat kembali video tadi yang masih kabur.

Wajah Akirah selamba seolah tidak ada rasa sakit. Di tangannya ada sebilah pisau panjang seakan pedang, cuma agak pendek sedikit. Berkilat tajam.

“Kau nak buat apa dengan senjata tu?.” Rico menelan liur.


Tidak bercakap banyak, Akirah terus melibas senjata itu mengenai dada Rico. Sekali lagi kakinya menendang dada Rico dan lelaki itu tercampak kebelakang.

“Apa ni Akirah??!!.”


“Kau patut mati macam mana Jenny mati!!!.” Akirah berlari dan melompat sekaligus menghalakan senjata ke arah kepala Rico. Nasib baik sahaja mengenai para di atas, habis bersepai kaca. Separuh darinya mengenai tubuh Rico, membelah dan melukakan.

Rico menendang perut wanita itu hingga tergolek dan dia segera berlari keluar dari situ. Pintu tidak ditutup. Dia cabut lari tidak cukup kaki. Tangannya menutup dada sesekali mengaduh sakit.

Akirah bangun. Menarik nafas dalam. Dia menendang semua barang di dalam rumah. laptop tadi juga dibaling hingga berkecai.

“Rico!!!!!!!!.”

Akirah berlari keluar pintu. Luka di tubuhnya tidak diendahkan. Pendek kata tidak ada langsung rasa sakit.

**********************************


Benjamin berlari melintasi setiap batu bata di kawasan belakang bangunan. Keretanya di parking jauh, sengaja ditinggalkan. Memang dia mahu pegawai polis itu penat. Lagipun setakat berlari dan menyorok, dia memang pakar. Jika tidak, tak adalah dia lepas sampai lima tahun.

“Kejar dia Zahid Kejar!!!.” Arah tuan Shah.

“Ye tuan... tuan ingat saya tengah menari ke ni!.” Zahid melompat tembok batu yang baru dilalui oleh Benjamin. Dia berlari mendahului.

“Eh!! Tolong aku dulu!!.” Arah Shah menjerit dari belakang. Melihat keadaan itu Zahid terpaksa berpatah balik. Lambat!

“Tolong aku tersepit ni!!.”

“Tuan! Dekat sana boleh lalu. Kenapa tuan ikut sini??.” Tanya Zahid mendepa tangan. Laluan itu memang sempit

“Kau tolong je keluarkan aku boleh tak, kenapa nak membebel ni!.” Marah Shah. Dia ingatkan laluan sebelah pagar itu muat. Sekarang dia pula tersangkut. Badannya bukanlah besar, malah fit sebagai seorang anggota kumpulan khas, tapi memang kawasan itu kecil dan sempit.

“Cepatlah tuan...”

“Ko ingat aku sengaja ke nak melekat kat sini???.” Marah Shah

Zahid malas betul melayan, dia menghampiri dan cuba menarik pegawainya keluar dari kawasan tersebut.


**************************************


Rico menyorok di bahagian bawah tanah, tempat di mana kerta penghuni kondominium itu ditempatkan. Darah sudah membasahi baju. Sesekali dia mendongak mencari di mana jaga kawasan tersebut.

“Makan gaji buta ke ni!.”

AKIRAH sampai di tempat tersebut. Dia berhenti, dadanya berombak deras. Kedua senjata yang berbentuk pedang itu erat di tangan. Kepalanya menoleh sekeliling, ke kiri dan ke kanan. anak matanya bergerak.

Dia senyap!

Perlahan-lahan kakinya melangkah. Sesekali dia menunduk melihat tapak kaki dari bawah kereta. Kemudian dia bangun dan berjalan semula.

RICO memejam mata. Terfikir-fikir bagaimana dia boleh terselit dan tersepit dalam situasi yang dia sendiri tidak tahu akan berlaku.


“Gila...” Bisiknya perlahan sambil bersandar. Kepalanya awas melihat sekeliling. Dia memang ingin menjerit, namun rasanya tidak sampai lima saat Akirah akan menemuinya. Jadi lebih baik dia diam.

Rico merangkak. Dia melihat Akirah dari jauh. Kawasan basement itu tidaklah besar. Kecil sahaja jadi dia perlu berhati hati. Rico kemudian meraba jaket yang dipakai.

“Damn!!! Macam mana boleh tertinggal telefon ni???.”


AKIRAH menjengah kepala cepat, membongkok sedikit, tapi tidak ada orang. Bunyi seretan bilah tajam itu ke arah dinding sangat ngilu malah Rico dapat mendengar dari jauh

“Kenapalah kau bercinta dengan orang psiko ni?.” Sampai sekarang pun Rico tidak tahu apa tujuan Akirah bersikap begitu. Wanita itu bukanlah kasar, malah seorang yang lemah lembut. Mereka tidak pernah bersengketa malah entah apa tujuan dia bertukar watak.


Rico berdiri perlahan-lahan, tubuhnya diselindung di balik kereta, dia hanya matanya sahaja yang kelihatan.

Akirah tiada. Hilang! Rico berdiri tegak. Tercari-cari juga. dia menginjak ke belakang, menapak perlahan-lahan, dihadapannya hanyalah berbaris kereta sahaja.

“Mana pula Akirah ni?.”


Rico berpatah balik dan berpusing. Namun sebaik itu dia berhenti. Akirah betul-betul berada di hadapannya sekarang.


***************************************


KERETA inspektor Yusuf berhenti di bawah kondominium tempat dimana Adam tinggal. Tadi Adam berjumpanya di balai menyatakan tentang Akirah. Tidak pasti adakah dia suspek, dia sendiri tidak percaya, tapi kemungkinan itu ada. Sebaik keluar Yusuf melihat sekeliling. Kemudian menoleh kebelakang.

“Kau nak ikut ke tak?.” Tanyanya. Dari tadi Adam mengadu sakit kepala.

“Nak lah... dah tentu rumah saya...” Adam terbongkok-bongkok menahan sakit. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia menurut.

Sebaik pintu rumahnya ditolak, Adam terkejut apabila melihat darah bersimbah di merata tempat. Rumah terabur dan laptop bersepah pecah. Manakala tidak ada sesiapa di rumah. Yusuf mengeluarkan senjatanya. Mengacukan laras kehadapan.

“Akirah tentu cari saya.”

“Kau cakap nak bawa aku tengok video... video apa?.” Marah Yusuf.

“Tulahh ko tak nampak ke laptop tu dah pecah!.” Tidak ada lagi hormat pada panggilannya. Mereka berdua mencari di setiap sudut rumah. Adam berdiri, bernafas semahunya. Dia juga hairan apa berlaku. Tidak boleh berfikir apa yang terjadi. Akhirnya mereka berdua hanya tercegat di situ.

Telefon bimbit pegawai polis itu berbunyi. Senjatanya disimpan kembali. Dia berjalan jauh sedikit untuk menjawab. Matanya mengerling Adam yang masih blur dengan apa berlaku.

“Apahal ni Shah call aku?.” telefon itu diletak di telinga


“Kau tahu tak aku jumpa Ben!!!!.”

“Siapa tu?.” Tanya Yusuf tercengang.

“Benjamin Ibrahim!! Suspek pembunuhan kita lima tahun lepas!!!!.” Tangan Shah mendepa, terangkat kiri dan kanan. Zahid duduk bersandar di tempat di mana Shah tersepit tadi.

“Ok....” Yusuf menggaru dagu. Dia menoleh ke arah Adam. Kedua kening lelaki itu terangkat, tidak tahu kenapa direnung begitu. Kemudian Yusuf mengangkat tangan kanannya sedikit menyuruh Adam tunggu.

“Ok!! ok??? Itu sahaja???! Yang kau boleh cakap Suf???.”

“Kau nak suruh aku buat apa? terbang ke sana?.” Marah Yusuf

“Beb!!! Aku dah agak dia hidup lagi!.”

“Bila pula dia mati?.”

“Yusuf!! aku serius!!.” Tengking Shah.

“Ok... aku call kau semula.” Sebaik itu talian di matikan. Malas lagi Yusuf mahu menyambung dengar bebelan rakannya. Dia mengeluh seraya menyimpan telefon tersebut. pening kepalanya melayan kerenah Shah. Dia memicit dahi dengan kedua jarinyaTidak cukup kerjanya, kesnya, ragam pegawai atasannya, isterinya dan sekarang ni...

“Partner?.” Tanya Adam mengangkat kening sambil mendepa tangan. Merujuk kepada lelaki yang baru sahaja membuat panggilan tadi.

“Ha???.” Kedua jarinya diturunkan
“Err.... tuan nampak stress.”

“Bukan urusan kau!.” Yusuf berlalu dan dia melihat keadaan sekeliling. Adam hanya mengangkat bahu. Baginya Yusuf sinis. Siapalah yang boleh tahan dengan orang sepertinya.


********************************


Benjamin memandu keretanya laju meninggalkan kawasan tadi. Dia ketawa gembira apabila berjaya.
“Kau tak akan dapat tangkap akulah...” Mata Benjamin melirik kepada kereta di belakang, sekadar memerhati jika ada lagi pegawai polis yang mengekori. Untuk seketika dia lega.

Sebaik Benjamin membelok kenderaannya, keretanya berlanggar dengan sebuah kereta lain yang dibawa dalam keadaan kelam kabut.

Wanita!


Ya.. dan wanita itu tidak berhenti.

“Woiii!!!!.” Jeritnya dari dalam kereta dengan tingkap yang terbuka. Namun wanita itu tidak mengendahkan.

Benjamin behenti di tepi. Bonet depannya terangkat. Dia memegang kedua kepala dengan kedua tangannya. Rambutnya ditarik.


“Aku tak kerja!!! Macam mana aku nak betulkan kereta!!.” Kepalanya berpaling ke arah kereta yang semakin menjauh. Akhirnya Benjamin masuk ke dalam kereta semula dan mengekori dari belakang.

Sepanjang perjalanan dia menekan hon beberapa kali, namun wanita itu tidak mengendahkan.
Benjamin menekan dan menghantak stereng keretanya beberapa kali. Bunyi hon yang membingit menarik perhatian orang sekeliling.


“SHIT!!! Siapa ni!!!.” Akirah menoleh kebelakang. Kedua tanganya memegang stereng kereta. Bukan Akirah tidak tahu lelaki itu yang dilanggar, namun dia tidak menyangka lelaki itu nekad untuk mengejar.

RICO menendang bonet kereta. dia memegang kepalanya yan sakit. Bengkak! Entah bila dia tidak sedarkan diri, tiba-tiba ada di dalam kereta pula.

“Oi gila!!!!! Oi Akirah gila!!! Lepaskan aku lah!!!.” Rico menendang beberapa kali. Sudahlah dia tu penakut, malah berlawan pun tidak pandai. Yang dia tahu lari.

Rico menoleh sekeliling, mencari apa-apa perkara yang boleh digunakan untuk melapaskan diri.


“Gelap pula... mana ni...” Tangannya teraba-raba.Tiba-tiba badannya terhumban ke depan dan sekali lagi dia terhumban kebelakang. Melayang-layang kereta yang dinaiki.

BENJAMIN melanggar kereta wanita tadi. Akirah semakin melajukan pemanduan. Sekali lagi Benjamin menekan minyak dan melanggar belakang bonet kereta.

Akirah membelok kenderaan ke kiri dan kanan. Tanpa dia sedar, keretanya hampir sahaja terbabas, Akirah membelok, ke kanan, namun bagi Benjamin apabila tidak sempat mengelak.

Keretanya melanggar pembahagi jalan dan terbalik berpusing-pusing.


AKIRAH ketawa besar dan akhirnya pemanduannya tidak ada lagi gangguan.

BENJAMIN keluar secara merangkak dari keretanya yang semakin penuh asap. Dia terbatuk-batuk. Kereta Akirah semakin menjauh. Dia melihat kawasan lorong bukit itu yang mana menggunakan jalan yang sama. Tidak membuang masa, Benjamin berlari menuruni curam perlahan-lahan mengikut ke arah mana kereta itu pergi. Bagai manapun dia tahu, Akirah akan melalu jalan di bawah juga.

“Bodoh!! Kau tahulah nasib kau!!.” Sekejap sahaja Benjamin hilang dalam semak samun yang menebal.


***********************************



“RICO!!!!.”

Sudah habis usaha Adam mencari, namun temannya tidak juga dijumpai. Adam terduduk di ruang tamu rumah rakannya. Sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Dia kemudian bersandar dan mendongak perlahan....


Suasana sunyi.

Sepi.

Adam bersendirian di tengah ruang tamu yang suram itu, dia janji! Janji tidak akan berputus asa dalam mencari semua jawapan yang tersembunyi.

“Dam!!! Jom ikut aku...”

“Ha???.”

“Jomlah ikut aku kejap...” Arah Inspektor Yusuf.

“Nak pergi mana???.”

“Video tu dah berfungsi... aku nak suruh kau tengok orang dalam video tu.” Mereka masih lagi di rumah Rico. Dan kali ini video itu akan ditayangkan di rumah Pn Jenny, yang tidak jauh dari mpenempatan Rico.

Adam berjalan perlahan, sebenarnya dia berdebar-debar, seolah mengetahui apa yang bakal dilihat. Tapi demi untuk mencari kebenaran, dia terpaksa turutkan.

Adam menginjak kawasan ruang tamunya perlahan-lahan. Kaca bersepah-sepah. Kemudian dia duduk di kerusi yang disediakan. Yusuf sekadar berdiri di sebelah memeluk tubuh.

Rakaman video di matikan di saat wajah Akirah betul-betul berhadapan kamera, ketika itu dia sedang mengangkat dan bersedia untuk membaling kerusi ke arah Pn Jenny yang sudah pun terbaring di lantai.


Sengaja Yusuf tidak memainkan perakam video tersebut. Tahu tentang perasaan dan penerimaan Adam nanti.

“Your mom?.”

Adam mengangguk.

Yusuf membongkok separas mata dan mendekatkan tubuhnya. Dia menekan beberapa kunci di laptop. Kemudian menoleh ke arah Adam.

“Itu Akirah?.”

Adam mengangguk lagi.

“Ok!.” Yusuf berdiri, dia menoleh ke arah anggotanya yang ramai di situ. Suspek dijumpai dengan mudah. Dan sekarang gerakan mencari akan dilakukan.

Adam teragak-agak untuk memainkan rakaman video di hadapan, kepalanya menoleh kearah pegawai polis dan anggota yang sudah pun beredar. Kemudian kepalanya menoleh kembali kearah skrin latptop di hadapan. Nafasnya dihela kasar. Niatnya dimatikan dan skrin laptop ditutup kasar.


“Dia mungkin tak jauh.” Arah Yusuf kepada anggotanya. Tidak lama kemudian Shah datang, terkocoh-kocoh. Dia menyatakan tentang maklumat yang didapati. Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita dan lelaki kejar mengejar di jalan raya besar. Ada beberapa orang yang menelefon polis dan sekejap sahaja kejadian itu viral di facebook, twitter dan instagram.

Shah bersemangat menunjukkan video itu kepada Yusuf, jelas dapat dilihat Benjamin yang memandu, namun wanita itu tidak nampak pula. Dari siasatan awal tentang jenis kereta dan susuk tubuh, memang mereka mengesyaki kereta yang sebuah lagi dipandu oleh Akirah. Yusuf lebih tertarik tentang keadaan Adam sebenarnya.

“Aku tak kira, Benjamin mesti ditangkap.”

“Yeee...” Yusuf tidak terlalu mengambil berat kerana dia rasa Benjamin tidak bersalah langsung. Kejadian malam dia hampir ditembak itu menceritakan segalanya. Lagipun Benjamin hanya membunuh mereka yang terlibat. Mungkin! Mungkin juga tak! Dia polis, dia tahu ada yang tidak kena dengan perihal kes tersebut.

“Shah, kau tunggu aku, nanti aku jumpa kau semula.” Yusuf melangkah pergi.

“What!!!!.”

“Shah... please...” Yusuf malas melayan. Dia segera meninggalkan rakannya

ADAM masih duduk di kerusi tadi, wajahnya berpeluh, sebenarnya dia menahan marah. Bagaimana dia bolehbuta. Dan dia hampir sahaja mengahwini wanita itu. Kedua tangannya menakup kepala.

“Kami akan cari dia.”

Adam mengangguk, namun tidak mendongak. Kedua matanya dipejam rapat. Yusuf duduk di sisi sekadar menenangkan.

“Bila mati, manusia terpisah dengan tiga perkara. Amalnya. Ilmu yang dibawa dan.... doa dari anak yang soleh. Kau berdoalah untuk dia.” Pujuk Yusuf dalam diam. Sebenarnya dia tidak tahu pun menenangkan, ayat tu pun difikir masa dia melihat video tersebut.

“Tuan ada mak?.” Barulah Adam menoleh.

“Ada...”

“Bila last tuan jumpa dia?.”

Soalan tersebut mematikan kata-kata Yusuf. “Errr....”

“Pergilah jumpa. Kalau tak sempat, telefon.... itu pun dah cukup.” Adam tersenyum lantas bangkit dari situ meninggalkan mereka semua.


*********************************


Benjamin berhenti berlari apabila dia melihat kereta yang dinaiki Akirah tadi tersadai, namun tiada penghuni. Kepalanya terjengah ke dalam, pintu bonet terbuka, darah pula mengotori setiap tempat.

“Apa benda ni?.” Terluah juga perkataan itu dari mulut Benjamin. Pelik benar dengan apa berlaku.

“Patutlah ko bawa kereta macam orang hilang akal.” Benjamin menutup pintu bonet dan dia menoleh sekeliling. Memikirkan kemana wanita tadi. sepatutnya wanita itu membayar ganti rugi keretanya yang sudah hancur di atas.

Benjamin memandang ke atas bukit, di mana dia tinggalkan keretanya. Cahaya matahai sangat terik. Berpeluh tubuhnya kala ini. Sudahlah penat berlari. Kepalanya merunduk ke bawah, melihat kesan seretan.

Benjaminmerangkak di atas tanah, dia menekap telinganya. Dan kemudian barulah dia terfikir
“Apahal aku buat macam ni? Dah macam haiwan pula???.” Benjamin bangkit kembali, dia berlari mengekori kesan seretan. Mengikut dari arah di mana bermula sehinggalah ke kawasan semak-semak.


Dia akhirnya berhenti apabila melihat seorang wanita sedang mengkabus tanah. Terdetik rasa hairan tapi dia tidak mahu mengambil tahu hal itu. Dengan beraninya dia berjalan mendekati. Ketika itu Akirah baru sahaja selesai.

Benjamin bertepuk tangan, memeranjatkan wanita dihapdannya. Akirah berpaling pantas.

“Kau kat sini!.”

Akirah mengacukan senjata ke arah Benjamin. “Kau nak apa?!.”

“Nak apa??? Kau langgar kereta aku!!! Aku nak ganti rugi. Kau tahu tak aku tengah cari kerja? Mana ada duit nak bayar semua tu!!!.”

Akirah malas melayan, dia sambung mngemas kini tanah tadi.

“Kau tanam apa tu?.” Benjamin sedikit menjengah

“Bangkai...”

“So! Macam mana dengan kereta aku tu?.” Benjamin mendekat dan menarik tangan wanita tiu. Cepat sahaja Akirah melompat dan menumbuk, namun Benjamin menepis mudah.

“Wohoooo pandai berlawan...” Tawa Benjamin

“Aku tak nak cederakan kau, jadi tolong berambus!.”

“Wooo I like...” Benjamin duduk bersandar di atas sebatang pokok yang menjulur sambil merenung Akirah yang sibuk mengambus tanah. Hairan! Wanita itu berlagak macam tak ada apa berlaku.

“So cik adik manis. Macam mana kereta abang.” Serta merta Benjamin berubah watak. Gadis tadi masih lagi tidak melayan.

“Well sekurang-kurangnya beritahulah nama....” Benjamin berpaling kebelakang, dia memegang batang pokok yang diduduki tadi. berdiri tersipu malu “Abang boleh lupakan masalah kita dengan satu syarat....” Benjamin menoleh

Sebaik sahaja melihat lelaki itu berpaling, Akirah dengan pantas menghentak kayu di kepala Benjamin. Benjamin jatuh dan pengsan. Kemudian Akirah menyambung kerjanya. Sebaik selesai. Doa meninggalkan tempat tadi.


************************************



Adam membongkar laci rumah Akirah. Habis semua barang di rumahnya disepahkan. Walaupun rumah Akirah sudah direntang dengan plastik kuning – dilarang melintas. Namun apa yang dilihat dan diketahui sangat mencabar kesabarannya.

Laci ditarik dan Adam membaling kesemua barang di dalamnya. Begitulah yang dilakukan pada setiap benda di rumah Akirah. Tujuan? Sebenarnya dia tidak tahu apa yang dicari pun. Tapi dia kesal, kesal kerana menyintai wanita itu.

“Damn!!!.” Habis semua kerusi dan meja di baling. Adam berdiri di tengah ruang tamu. Dia memejam mata, menunduk dan mendepa kedua tangannya. Perlahan-lahan barang di dalam rumah itu terangkat dengan sendirinya, terapung tidak ada graviti.

Ya! Dia marah, kali ini dia betul-betul marah. Kemudian kedua tangan itu di angkat ke atas dengan kasar, menyebabkan semua barang di dalam rumah itu menghentam dinding. Pecah dan kopak segala almari. Malah kaca pula berderai. Untuk seketika dia penat. Dan apabila penat tenaganya tiada lagi. Dia terduduk. Walaupun perbuatannya tadi nampak mudah, tapi dia menggunakan keseluruhan tenaga dalamannya. Keadaan itu seperti dia berlari laju tanpa henti.

Dadanya turun naik bernafas. Hidungnya berdarah

.
YUSUF DAN SHAH menghentikan keretanya di hadapan rumah Akirah. Namun dia terkejut apabila melihat semua cermin tingkap pecah.

Sebaik mereka baru mula menghampiri, Adam dilihat keluar dari situ menggunakan pintu belakang.


“Weh!!!.” Sapa Shah berlari mendapatkan lelaki tadi. Sebaik tiba dia menarik baju Adam kasar sehingga lelaki itu terpaling dan tanpa sengaja juga, Adam menolak tubuh pegawai itu. Tidak kuat, hanya sekadar luahan perasaan marah.Tanpa sengaja juga Shah tercampak jauh menghentak keretanya sendiri. Yusuf tercengang. Dia berpaling ke arah Adam.

“Sorry...” Adam mengangguk beberapa kali, dia tidak terniat. Tapi Shah tidak bersopan dalam menegurnya.

“Apa... kau...” Yusuf menoleh ke arah rakannya sekali lagi memastikan Shah dalam keadaan baik dan dia berpaling ke arah Adam semula.

“Aku minta maaf... aku minta... maaf...” Suaranya tenggelam dan matanya semakin kabur.

”Adam kau ok?.” Yusuf memapah lelaki itu yang tidak berdiri betul.

“Aku penat...” Adam berwajah pucat dan dia pengsan tidak lama itu. Inspektor Shah berlari mendapatkan rakannya dia membongkok.

“Huhh...” Shah menunduk. “Dasatnya dia... kuatnya.” Ujar Shah dalam tidak sedar sedikit memuji.

“Kita bawa dia ke klinik.”


********************************


Benjamin tersedar dari pengsan. Dia terduduk melunjur. Memandang kiri dan kanan dalam keadaan siap siaga. “Pukul curi!!.”

Sebaik dia bangun, dia terdengar bunyi hentakan tidak berhenti. Puas dia mencari namun tiada. Dia merangkak kembali. Dan menekap telinganya di atas tanah.


“TOLONG!!!!! TOLONG!!!.” Rico mengetuk kotak yang ditutup di atas nya. Dia dimasukkan ke dalam kotak berbentuk keranda dan di tanam di dalam tanah. Manakala lokasinya tidak diketahui. Jeritannya kedengaran sayu. Dia terbatuk-batuk.

Di sebuah kawasan yang jauh dari orang ramai. Rico bersendiri. Dia menangis. Tubuhnya sakit, luka itu semakin membisa. Walaupun tidak sampai setengah jam, namun dia terasa seperti bertahun di dalam. Sudah tentu tiada yang menjumpai.

“Makkkk....” Jeritan Rico semakin kuat. Tangisannya teresak-esak. Kali ini dia gagal melawan ketakutan. Mati sebelum mati. Rasa sakitnya hilang dek kerana takutnya pada keadaan sekarang.Setelah penat dia berhenti. Namun tidak lama dia terdengar kayu di atasnya diinjak kasar. Mendengar sahaja, Rico terus meronta-ronta dan dia menendang kayu tersebut. suaranya hilang akibat menjerit dengan terlalu kuat.

“Tolongggg!!!!!! Tolong!!!!!.”

Dan tidak lama kemudian penutup atas keranda itu terbuka. Sinaran cahaya matahari mengaburi pandangan. Di atasnya kini seorang lelaki yang tidak dilihat jelas, sedang berdiri memegang kayu. Lagaknya gagah sebagai seorang hero. Rico menutup dengan kedua tangan. Dia menangis kerana kegembiraan.

“Kau datang selamatkan aku???.”

Benjamin menunduk melihat seluruh tubuh Rico yang cedera. Kemudian dia memandang mata lelaki itu semula.

“Aku nak ganti rugi kerosakan kereta aku.”

Rico tercengang. Dia terbeliak mata. Dia baru sahaja dijumpai dan dia tidak tahu kereta apa yang dimaksudkan.

“Haaaa?????.”


*************************************


Akirah berjalan ke arah rumahnya yang sudah pun habis disita. Dia berlari meninggalkan tempat tersebut. Tidak tahu mahu kemana. Kereta polis sudah banyak berlegar mencari, dan wajahnya terpampang di televisyern mahupun siaran di alam maya.Akirah berlari laju, tidak tahu ke arah mana. Ketanya ditinggalkan di tepi jalan, kemudian dia menuju ke arah suatu kawasan lapang. Sebenarnya dia tidak tahu mahu ke mana. Semua polis mencarinya. Untuk masa sekarang dia akan menyendiri, biarlah keadaan reda, barulah dia akan fikir apa yang perlu dilakukan.Dan kakinya melangkah meninggalkan tempat dan negeri dia mana tinggalnya orang yang dicintai. Segalanya akan dimulakan semula. Dan dia akan kembali lagi.

Untuk seketika, Akirah perlu berehat dan dia memerlukan rumah, tempat untuk berlindung.


*******************************


“Ya bang... saya sihat...” Azilah menyiapkan makanan di dalam pinggan. Pagi ini dia bangun awal kerana hari cuti. Tujuannya membawa anaknya berjalan.

“Abang tak payah risau, saya sihat je.” Azilah merenung anaknya yang sedang bermain video game di hadapan.

BENJAMIN menelefon ambulans menyatakan lokasi Rico. Lelaki itu lemah dan dia tidak akan meninggalkan lelaki itu sendirian. Lagipun kos kerosakan keretanya siapa nak bayar?

“Kenapa telefon abang ni?.” Benjamin tidak selesa bercakap waktu sekarang.


“Ya.. saya nak ingatkan abang hari jadi Danial minggu depan. Jangan lupa datang.”

“Ye... abang ingat.”

DANIAL berhenti bermain permainan video tadi sebaik sahaja pintu depan rumahnya diketuk. Dia membuka dan tersenyum melihat wanita yang berdiri di depan. Namun senyumannya dimatikan apabila melihat ke arah tubuh yang berdarah.

“Mama!!!.”

“Sekejap sayang...” Azilah meletakkan pinggan di tempatnya. “So abang jangan lupa ok! saya tunggu, Danial pun tunggu.”

“Ya Zilah. Errr kita bercakap nanti lah ya?.” Benjamin mematikan talian. Dia menoleh ke arah Rico yang sudah pun tidur.

“MAMA!!!!” Danial menjerit lagi apabila panggilan petama tidak disahut.

“Ye Danny, kan mama dah cakap jangan jerit kalau.... ahhh!!!.” Azilah terperanjat melihat seorang wanita berdarah di muka pintu, langkahnya terhenti.

Azilah memapah wanita itu masuk. Keadaannya sungguh lemah. “Saya telefon ambulans.”


“Jangan!!.” Wanita tadi menghalang, menarik tangan Azilah lemah. “Mereka nak bunuh saya... mereka nak bunuh saya.”

“Cik ni siapa?.”

“Akirah....” Selajur itu Akirah tidak sedarkan diri.